"don't be sad ita. Kalau Allah ambil satu dari kita Dia akan gantikan dengan something yang lebih lagi. Sometime it's double value. It's happened to me.." kata2 Mr Adam buat aku tiba2 rasa sebak. Walau pun aku redha atas segala ujian ini tapi bila ada orang yang cuba bagi semangat dan kekuatan pada aku sebenarnya ia lebih melemahkan aku. Buat aku lebih 'melece'. Aku kan sensitip.
Lately banyak betul dugaan yang mendatang. Dari semenjak abah masuk hospital ari tu aku dapat rasa beberapa perkara yang tak enak akan terjadi. Bukan perkara yang buruk sangat lebih kepada ujian dan dugaan Allah untuk aku dan family dan adik beradik lain.
Bukanlah nak meyombong atau riak. Aku memang hambanya yang lemah namun masih ada kekuatan dalam diri. Semenjak ujian terbesar yang terjadi pada aku 15 tahun yang lalu jiwa jadi lebih kuat. Semangat jadi lebih tebal sebab aku tahu Allah itu selalu menguji hamba2nya yang dia tahu mampu untuk melalui ujian itu. Orang keliling tak nampak, tak tahu tapi yang menanggungnya sendiri adalah aku! Kesabaran aku kalau diukur agaknya...sky is the limit. Kalau tak kerana secebis iman di dada agaknya aku kat Tg Rambutan sekarang ni.
Dugaan datang lagi bila Allah utuskan Anas pada aku. Aku dah semakin lali. Berserah dan pasrah. Aku terima semua dengan tabah dan redha. Semua yang baik dari Allah dan yang buruk adalah atas kekhilafan sendiri. Setiap hari berlalu dan menjadikan aku semakin bersedia untuk menghadapi segala dugaan yang mendatang sebab aku tahu aku ada Dia!.
Abah masih menjalani terapi di klinik swasta. Bukan tak nak pergi hosp. kerajaan tapi sebab kena duduk wad 2 hari nak buat kimo abah lebih rela pilih swasta. Pergi pagi ambik injeksen dah boleh balik. Mudah bukan? Abah kena kuat semangat nak melawan penyakit dia. Mak kata sejak abah ambik ubat tu abah dah mula 'mengukur jalan' Taman Seri pagi dan petang untuk keluarkan peluh dan bagi badan dia cergas.
Cuti sekolah hari tu memang dah plan lama nak balik Melaka. Round2, jalan2 bandar Melaka yang dah banyak sangat berubah. Selalu kalau balik kg dari Ayer Keroh terus ke Sg. Rambai. Dah ada Lebuh AMJ lagi lah aku skip bandar Melaka. Tau2 dah sampai Parit Perawas.
Kalau balik kg tak sah kalau tak pekena seafood kat Umbai atau Serkam. Tapi kali ni kita orang makan kat Kuala Sg. Duyong. Dah tertulis di azali agaknya kali ni balik Melaka tercatat cerita duka. Aku dan hubby kena food poisoning yang amat2 teruk! Nasib baik anak2 tak kena. Aku rasa gara2 benda ni. Korang penah makan menatang ni?
(thanks google)
Kalau aku tunjuk lah menatang ni kat along, for sure mati hidup balik pun dia tak makan sebab isi nya sebiji macam ulat daun pisang!
Orang panggil pepahat atau siput buluh. Orang Melaka sebut kekunci kalau tak silap aku. Sebab dah lama teringin aka mengidam nak makan menatang ni dan aku jumpa kat restoren tu aku pun orderlah. Rasanya aku rasa, sedap lagi rasa kupang. Memang betul2lah 'mengunci' perut aku dan hubby. Lepas 12 jam makannya aku rasa sakit perut yang amat sangat. Rasa angin dalam perut berputar2 dan berbelit2. Baru 2 kali berulang ke toilet aku dah 'flat'. Satu badan lemah. Lepas tu muntah2. Aku rasa macam nak merangkak menuju ke katil. Malamnya aku demam. Tak boleh tidur. Gelisah kiri kanan. Walau pun rasa tak boleh tidur tapi aku tak perasan pulak rupa2nya hubby dah stat pulak berulang ke toilet. Pagi esoknya dua2 tumbang. Aku bangun gagahkan jugaklah kemas barang2 nak balik Shah Alam. Hubby ambik injeksen kat klinik lepas tu tidor sampai Dengkil. Nasib baik mirul boleh drive take over tempat ayah dia.
Monday aku mc lagi walaupun dah kurang tapi badan rasa lemah. Peluh sejuk memercik dahi. Kaki tangan masih rasa sejuk2. Teruk betul aku kena kali ni. Hubby lagi teruk sampai admitted kat SALAM sebab penyakit lama berulang lagi! huhuhu...aku kena handle semuanya. Budak2 stat sekolah balik, auditor pulak datang, berulang ke hosp. jenguk hubby dan kadang2 tidor hosp. temankan dia.
Dan setelah seminggu kat SALAM, semalam hubby kena operate jugak akhirnya. Redha je lah..
Ni beberapa jam lepas operate. Patutnya tak boleh makan tapi hubby dah lapar sangat sebab dah puasa dari pagi. Nasib baik pihak hosp. ada sediakan bubur dapatlah merasa sesudu dua.
Masih sempat layan sms2 yang datang. Dan yang paling aku terkejut sekali bila hubby tiba2 duduk dan menjerit...goal!!!! bila Malaysia menambah gol ke 2 lawan Spore.
aduhai laki aku....
No comments:
Post a Comment