Saturday, January 18, 2014

UNTUK 5 HARI.

Assalammualaikum.

Entry pertama di awal tahun 2014 ini. Wah! tajuk entry macam pakej percutian je kan. Masuk sudah setengah bulan January tentunya dah kurang bizi sikit kan? Dah boleh  absorb jadual harian berpagi2an yang selalunya tenang kini menjadi sibuk semula menguruskan anak2 ke sekolah. 






Pagi2 kat rumah aku hatta kat rumah sapa2 sahaja yang ada anak sekolah macam tu lah keadaannya. Masa ni kalau ada call/sms yang masuk mesti tak berjawab atau berangkatlah. Sibuk mengejar masa menyediakan segala keperluan. Tercungap2 ambil nafas. Penat!

Ini cerita anak2 aku ke sekolah. Bila dah besar2 nanti baca balik entry ni mesti dia orang ingat. Tahun ni kat rumah aku ada 3 orang lagi yang masih bersekolah. Tumpuan utama of course lah Anas sebab last year Anas mencatatkan rekod kedatangan yang paling burok! Hampir 2 bulan tak ke sekolah gara2 appendik dan cikgunya yang garang. Nasib baik nama tak dipotong.

 Jan 2014 pendaftaran untuk sekolah Anas. Dengan rambut yang masih panjang dan berpakaian biasa Anas ikut aku ke sekolah. Ramai rakan2 sekolah yang datang dan dia nampak happy. Dalam hati berbunga2...wah! harap2 Anas tak buat hal lagi. Masa beli baju sekolah cuti hari tu susah nak bawa dia. Dia tak nak beli baju sekolah sampai aku tarik tangan dia masuk kedai dan sarungkan baju untuk dicuba.





Bila aku tanya Anas nak masuk asrama tak?..tiba2 dia senyum dan mengangguk. Apa lagi cepat2 ambil borang asrama dan boleh masuk asrama hari tu juga. Mula lah jadi lipas kudung. Berpusu2 di Koperasi Sekolah membeli buku2 dan T shirt asrama. Berlari ke Mydin berhampiran membeli lain2 barang keperluan.






Sebenarnya rancangan nak hantar Anas ke asrama memang dah lama. Sejak umur dia 8 tahun lagi. Sekolah Anas Sekolah Keb. Pendengaran Khas yang satu2 nya di Selangor yang ada asrama kalau tak silap aku. Sebelum ini Anas pernah transit di asrama untuk setengah hari dan aku rasa tak ada masalah dalam hal ini cuma masa tu tak sampai hati nak hantar sebab masih terlalu kecil. Masih manja sangat lagi.

Satu lagi aku nak Anas lebih banyak belajar dengan cara mereka yang tersendiri bila bergaul bersama kawan2. Boleh belajar solat, berdikari dan pandai menjaga diri sendiri.

Petangnya masa hantar Anas ke asrama dia nampak happy dengan suasana baru dan buatkan hati aku lega. Minggu orientasi dah bermula dan bermulalah satu lagi pengalaman baru dalam hidup Anas.





menuju ke dewan makan untuk dinner.



Tak sedih ke? Ikutkan memang sedih. Masa ni aku teringat rakan sekolahan Azman Ahmad dari Sabah  yang menulis di FB akan perasaannya ketika melepaskan anaknya pergi belajar. Begitulah perasaan ibu bapanya ketika melepaskan dia ke Semenanjung 36 tahun yang lalu. Sekarang aku pula merasakannya walau pun Anas hanyalah berada lebih kurang  20km sahaja dari rumah aku. Rasa risau, gusar bersilih ganti. Boleh ke dia jaga diri dia? Boleh ke dia tidur malam ni? Budak2 ada kacau dia tak? Macam2 perasaan membalut hati. Aku terjaga jam 4 pagi sambil berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan Anas.

Hubby lagi lah teringatkan Anas. Pagi2 lagi dah tanya aku Anas ni dah bangun ke belum? Sebenarnya aku tahu hubby lebih suka Anas berada di rumah sahaja dan dengan perasaan izin dalam paksa dia melepaskan Anas ke asrama.



classmate. 3 of 4 orang je...


Beberapa hari setelah itu aku sms cikgu Anas bertanyakan khabar Anas dan barang2 keperluan serta wang belanja yang diperlukan sebab petangnya nanti aku bercadang untuk ke asrama melawat Anas. Bila jawapan sms yang diterima buatkan aku terkejut dan tertawa. Anas tak nak apa2 dan duit belanjanya cukup cuma dia nak BALIK! Dia nak mama dia!....hahaha...aku ketawa dalam sedih. Anas mesti dah rindu kat rumah ni.

Anas terus menangis petang itu bila nampak aku datang. Terus tarik tangan aku masuk ke dorm dia sambil teresak2. Tersedu2 sedan. Tersekat suara di celah kerongkong menahan tangis. Sedih sangat2! Dia terus berkemas memasukkan baju2 ke dalam beg pakaian. Aku cuba memujuk dengan macam2 cara tapi semua tak betah. Memang Anas benar2 nak balik. Menangis sampai tak keluar suara. Nampaknya aku terpaksa akur bawa Anas balik ke rumah sebelum dia 'mengamuk'. Budak2 macam ni kalau 'mengamuk' memang tak makan pujuk dah.

Dalam perjalanan balik dia minta makan. Lapar ke? Anas kata makanan di asrama tak sedap...hihihi...aku gelak sorang. Dah tau dia membezakan makanan asrama dengan hasil tangan aku. 

Sampai di rumah memang nampak dia happy sangat. Sambil lepak2 depan TV terus tertidur dengan sangat lena. Nampak kepenatan. Mungkin sebab baru selesai minggu orientasi. Anas terjaga jam 11.00 malam. Bangun mandi dan sambung tidur semula.

Kini Anas bersekolah seperti biasa. Jangan sebut perkataan asrama dengan dia pasti merajuk. Tak tau lah apa yang buat dia sampai tak mau masuk asrama lagi. Apa2 pun aku bersyukur Anas tetap mahu ke sekolah. Lagi pun tahun ini Anas mempunyai seorang guru kelas yang cantik dan baikk! Harap itu jadi penarik untuk dia ke sekolah.





Walau pun hanya 5 hari merasai kehidupan di asrama tapi banyak memberi kesan pada dia. Bahasa isyaratnya semakin laju sampaikan aku terpinga2 berfikir untuk 'membaca' maksud yang nak disampaikan.

Semoga Anas menjadi seorang yang berjaya dan rahmati Allah di dunia dan akhirat.  Amin.





Monday, December 30, 2013

Akhir sebuah cerita 2013...

Assalammualaikum.

Ya ampunnnn!!...lamanya blog ni koma walaupun masih bernafas. Bukan tak jenguk, tak bukak tapi bila bukak, jenguk2 sekejap dah tutup balik. Tak sempat nak tinggalkan jejak atau titip pesan. Selak2 kalendar sudah hampir sebulan blog tidak diupdate. Sudah hampir tamat tahun 2013 ini. Tak kisahlah..blog sendirikan. Senang2 nanti aku catat kembali cerita2 yang tak sempat dicoret di sini.

Sekadar ringkasan catatan sepanjang December yang teramat2 sibuk dengan macam2 hal duniawi yang tak sudah2. Selain dari kerja2 ofis yang berlambak2 di hujung2 tahun ini macam2 agenda yang mendatang. Kiranya inilah entry terakhir untuk tahun 2013 ini.  


Tempahan kek.
















masih sempat bercuti bersama my big family ke Melaka dan Port Dickson sempena cuti birthday Sultan Selangor ari tu. Bawa budak2 sebagai percutian akhir tahun.







klasik gambar ni..di bilik pengantin rumah Melaka.





di Port Dickson menghadap laut luas. Nanti aku share lagi gambar2 yang lain.





Ke Melaka lagi cuti Krismas yang lalu.  Masih sempat menyiapkan sisa2 bunga pahar yang belum sempurna di dalam kereta dalam perjalanan ke Melaka untuk kenduri minggu depan.  Tak ke busy sangat tu?
















terkejar ke sana ke mari masih sempat memenuhi undangan perkahwinan anak kawan aku di felda Hulu Rening. Best sangat dengan suasana kampung tambahan lagi rumah pengantin betul2 di tepi sungai yang jernih. Buatkan si Ain Mahseri tak lepas peluang mencecah kaki ke dalam airnya yang sejuk dan jernih.






merah, meriahnya mak ngah!





Ain main redah je. Tak hingat dunia bila nampak sungai. Nasib baik boleh ditahan2 kalau ikut dia dah nak berenang dah.








mak dan cik Mon.





Undangan terakhir untuk 2013. Rewang di majlis perkahwinan anak Sjn Mejar Mokhtar dan Pn Maimun di Kompleks PDRM Sec. 20.

Tan Sri Rahim Noor dan isteri turut hadir.















jangan marah heh...!....





Fuh!...somput den!.


Selamat tahun baru 2014. Semoga ceria2, bahagia dan diberkati Allah segalanya. Aman, lancar dan barokah. Amin.

2014... ada impian yang bakal digapai...insyaallah.


Monday, December 2, 2013

DURIAN DAN SAHABAT.

Assalammualaikum.

Hujan dari pagi hingga tengahari ini. Sejuk. Dingin. Masih renyai di luar sana buat perut cepat lapar.

Sekarang durian dah bermusim. Ada yang dah nak sampai ke penghujung dan ada yang tengah lebat gugurnya. Macam aku yang tak ada dusun ni...bak kata mak, dusun kami berada di tepi2 jalan. Di sepanjang jalan yang ada jual durian. Di situlah 'dusun' kami. 








Kalau nak pergi beli durian selalunya hubby naik motor aje. Tak boleh bawa kereta besar Highway Star yang besar gedabak tu. Nanti  dan-dan tu harga durian naik meroyan!

Hujung minggu lalu aku dapat undangan dari sahabat sekolahan yang dah lama tak jumpa. Tak sangka juga dapat undangan luarbiasa ini. Undangan ke rumahnya jamu makan doyan kau! hahaha...kau hado?

Ramailah geng2 FB bersemangat nak bergether2 ke rumahnya makan doyan sambil bertemu muka bercerita apa sahaja sebab dah banyak kali geng2 sekolah nak buat gather2 tapi selalu tak jadi.

Tiba waktu dan hari yang dijanji sorang demi sorang tarik diri sebab ada hal melintang yang tak dapat nak dipatahkan. Buat aku hampir patah semangat juga. Tapi mengenangkan tuan rumah yang dah beria2 mengajak berbual bicara tak kisahlah tiada teman2 seperjuangan aku redah juga. Aku dah rasa bagaimana perasaannya bila majlis yang dicipta terasa hambar bila yang diundang tak kunjung tiba. 

Sahabat  ini adalah merpati dua sejoli dari alam persekolahan hingga janji termeterai sampai kini. Salamo Manap dan Hairon Imam. Alhamdulillah jodoh berpanjangan.

Aku angkut anak-anak sendiri dan anak-anak buah yang berada di kampung cuti-cuti ini untuk memeriahkan majlis. Tak formal mana pun..santai-santai je.

Kami yang terawal tiba di rumah Saloma. Masih peramah mulutnya seperti dulu. Tak henti-henti bertanya khabar. Bercerita macam2 hal maklumlah Saloma antara sahabat yang baru 2 kali ini aku bertemunya setelah lama meninggalkan zaman sekolahan.








dari tepi jalan dah nampak pokok durian di keliling rumahnya.



Amran tiba sejurus selepas kami. Lone Ranger lagi..




mula mengexplore keliling rumah.








tikar sudah dihamparkan.




durian sudah dikumpulkan siap untuk dijamu.








hubby sudah memulakan langkah.





bismillah....jom makan!.

























berjenis-jenis durian yang dihidangkan tapi bukan dari jenis yang biasa. Semuanya mempunyai gred. Tak mengendahkan gred apa yang pasti duriannya sedap!. Setiap kali durian dikopek ada suara2 yang berteriak..wow!...uhuuuu!...wahhh!...warna kuning menyerlah, isinya tebal, bijinya keset, lemak manis. Melekat!. Hmmm...seulas dua dah kenyang. 

Budak2 ni bukanlah 'hantu' durian.  2 3 biji durian dikopek dan surender. Selebihnya mereka lebih seronok mengutip durian yang jatuh berdebuk-debuk ketika itu.


 

Durian ini yang paling susah sekali untuk dikopek sebab kulitnya sangat liat ibarat seperti tuan punya durian. Satu ketika dulu dia seorang yang sangat pendiam. Serius. Susah nak senyum. Nak bertegur sapa pun segan sebab budak kelas sains kan...tapi siapa sangkakan sekarang Hairon ini seorang yang mudah mesra dengan rakan2. Ibarat durian ini..liat sungguh tapi isinya ..wallah!.




Rosli Din pengerusi PERTINAM satu ketika dahulu menyusul tiba. Dia kata dia tak kisah makan sebiji je...tapi 10 bijik nak bawa balik!





'hantu' durian gak dia ni. Dekat 10 ulas boleh habiskan tanpa henti. Hati2 bro...





ambil nafas dulu.




rambutan pun ada.









semakin ramai yang tiba. Senior aku...abang Khamdani@Kamsani dengan family. Ingat2 lupa.









Roslan (baju hitam) dan Suraya Mohidin bersama suami. First time jumpa Suraya selepas sekolah. Alhamdulillah..









budak2 di mana?..oh..masih mengutip durian yang jatuh berdebuk2.




Terima kasih Sal dan Hairon untuk satu petang yang sungguh seronok. Seronok makan2, seronok jumpa kawan2. Terima kasih juga untuk bekalan durian, tempoyak, cili api, limau kasturi yang semuanya ditanam sendiri. Semoga rezeki korang bertambah2.

Durian dan sahabat...
durinya melukakan
sakit dan berdarah
tapi lemak isinya pengubat luka
harumnya sewangi kasih kita
yang terhidu di kejauhan...