Saturday, January 18, 2014

UNTUK 5 HARI.

Assalammualaikum.

Entry pertama di awal tahun 2014 ini. Wah! tajuk entry macam pakej percutian je kan. Masuk sudah setengah bulan January tentunya dah kurang bizi sikit kan? Dah boleh  absorb jadual harian berpagi2an yang selalunya tenang kini menjadi sibuk semula menguruskan anak2 ke sekolah. 






Pagi2 kat rumah aku hatta kat rumah sapa2 sahaja yang ada anak sekolah macam tu lah keadaannya. Masa ni kalau ada call/sms yang masuk mesti tak berjawab atau berangkatlah. Sibuk mengejar masa menyediakan segala keperluan. Tercungap2 ambil nafas. Penat!

Ini cerita anak2 aku ke sekolah. Bila dah besar2 nanti baca balik entry ni mesti dia orang ingat. Tahun ni kat rumah aku ada 3 orang lagi yang masih bersekolah. Tumpuan utama of course lah Anas sebab last year Anas mencatatkan rekod kedatangan yang paling burok! Hampir 2 bulan tak ke sekolah gara2 appendik dan cikgunya yang garang. Nasib baik nama tak dipotong.

 Jan 2014 pendaftaran untuk sekolah Anas. Dengan rambut yang masih panjang dan berpakaian biasa Anas ikut aku ke sekolah. Ramai rakan2 sekolah yang datang dan dia nampak happy. Dalam hati berbunga2...wah! harap2 Anas tak buat hal lagi. Masa beli baju sekolah cuti hari tu susah nak bawa dia. Dia tak nak beli baju sekolah sampai aku tarik tangan dia masuk kedai dan sarungkan baju untuk dicuba.





Bila aku tanya Anas nak masuk asrama tak?..tiba2 dia senyum dan mengangguk. Apa lagi cepat2 ambil borang asrama dan boleh masuk asrama hari tu juga. Mula lah jadi lipas kudung. Berpusu2 di Koperasi Sekolah membeli buku2 dan T shirt asrama. Berlari ke Mydin berhampiran membeli lain2 barang keperluan.






Sebenarnya rancangan nak hantar Anas ke asrama memang dah lama. Sejak umur dia 8 tahun lagi. Sekolah Anas Sekolah Keb. Pendengaran Khas yang satu2 nya di Selangor yang ada asrama kalau tak silap aku. Sebelum ini Anas pernah transit di asrama untuk setengah hari dan aku rasa tak ada masalah dalam hal ini cuma masa tu tak sampai hati nak hantar sebab masih terlalu kecil. Masih manja sangat lagi.

Satu lagi aku nak Anas lebih banyak belajar dengan cara mereka yang tersendiri bila bergaul bersama kawan2. Boleh belajar solat, berdikari dan pandai menjaga diri sendiri.

Petangnya masa hantar Anas ke asrama dia nampak happy dengan suasana baru dan buatkan hati aku lega. Minggu orientasi dah bermula dan bermulalah satu lagi pengalaman baru dalam hidup Anas.





menuju ke dewan makan untuk dinner.



Tak sedih ke? Ikutkan memang sedih. Masa ni aku teringat rakan sekolahan Azman Ahmad dari Sabah  yang menulis di FB akan perasaannya ketika melepaskan anaknya pergi belajar. Begitulah perasaan ibu bapanya ketika melepaskan dia ke Semenanjung 36 tahun yang lalu. Sekarang aku pula merasakannya walau pun Anas hanyalah berada lebih kurang  20km sahaja dari rumah aku. Rasa risau, gusar bersilih ganti. Boleh ke dia jaga diri dia? Boleh ke dia tidur malam ni? Budak2 ada kacau dia tak? Macam2 perasaan membalut hati. Aku terjaga jam 4 pagi sambil berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan Anas.

Hubby lagi lah teringatkan Anas. Pagi2 lagi dah tanya aku Anas ni dah bangun ke belum? Sebenarnya aku tahu hubby lebih suka Anas berada di rumah sahaja dan dengan perasaan izin dalam paksa dia melepaskan Anas ke asrama.



classmate. 3 of 4 orang je...


Beberapa hari setelah itu aku sms cikgu Anas bertanyakan khabar Anas dan barang2 keperluan serta wang belanja yang diperlukan sebab petangnya nanti aku bercadang untuk ke asrama melawat Anas. Bila jawapan sms yang diterima buatkan aku terkejut dan tertawa. Anas tak nak apa2 dan duit belanjanya cukup cuma dia nak BALIK! Dia nak mama dia!....hahaha...aku ketawa dalam sedih. Anas mesti dah rindu kat rumah ni.

Anas terus menangis petang itu bila nampak aku datang. Terus tarik tangan aku masuk ke dorm dia sambil teresak2. Tersedu2 sedan. Tersekat suara di celah kerongkong menahan tangis. Sedih sangat2! Dia terus berkemas memasukkan baju2 ke dalam beg pakaian. Aku cuba memujuk dengan macam2 cara tapi semua tak betah. Memang Anas benar2 nak balik. Menangis sampai tak keluar suara. Nampaknya aku terpaksa akur bawa Anas balik ke rumah sebelum dia 'mengamuk'. Budak2 macam ni kalau 'mengamuk' memang tak makan pujuk dah.

Dalam perjalanan balik dia minta makan. Lapar ke? Anas kata makanan di asrama tak sedap...hihihi...aku gelak sorang. Dah tau dia membezakan makanan asrama dengan hasil tangan aku. 

Sampai di rumah memang nampak dia happy sangat. Sambil lepak2 depan TV terus tertidur dengan sangat lena. Nampak kepenatan. Mungkin sebab baru selesai minggu orientasi. Anas terjaga jam 11.00 malam. Bangun mandi dan sambung tidur semula.

Kini Anas bersekolah seperti biasa. Jangan sebut perkataan asrama dengan dia pasti merajuk. Tak tau lah apa yang buat dia sampai tak mau masuk asrama lagi. Apa2 pun aku bersyukur Anas tetap mahu ke sekolah. Lagi pun tahun ini Anas mempunyai seorang guru kelas yang cantik dan baikk! Harap itu jadi penarik untuk dia ke sekolah.





Walau pun hanya 5 hari merasai kehidupan di asrama tapi banyak memberi kesan pada dia. Bahasa isyaratnya semakin laju sampaikan aku terpinga2 berfikir untuk 'membaca' maksud yang nak disampaikan.

Semoga Anas menjadi seorang yang berjaya dan rahmati Allah di dunia dan akhirat.  Amin.





No comments:

Post a Comment