Monday, December 2, 2013

DURIAN DAN SAHABAT.

Assalammualaikum.

Hujan dari pagi hingga tengahari ini. Sejuk. Dingin. Masih renyai di luar sana buat perut cepat lapar.

Sekarang durian dah bermusim. Ada yang dah nak sampai ke penghujung dan ada yang tengah lebat gugurnya. Macam aku yang tak ada dusun ni...bak kata mak, dusun kami berada di tepi2 jalan. Di sepanjang jalan yang ada jual durian. Di situlah 'dusun' kami. 








Kalau nak pergi beli durian selalunya hubby naik motor aje. Tak boleh bawa kereta besar Highway Star yang besar gedabak tu. Nanti  dan-dan tu harga durian naik meroyan!

Hujung minggu lalu aku dapat undangan dari sahabat sekolahan yang dah lama tak jumpa. Tak sangka juga dapat undangan luarbiasa ini. Undangan ke rumahnya jamu makan doyan kau! hahaha...kau hado?

Ramailah geng2 FB bersemangat nak bergether2 ke rumahnya makan doyan sambil bertemu muka bercerita apa sahaja sebab dah banyak kali geng2 sekolah nak buat gather2 tapi selalu tak jadi.

Tiba waktu dan hari yang dijanji sorang demi sorang tarik diri sebab ada hal melintang yang tak dapat nak dipatahkan. Buat aku hampir patah semangat juga. Tapi mengenangkan tuan rumah yang dah beria2 mengajak berbual bicara tak kisahlah tiada teman2 seperjuangan aku redah juga. Aku dah rasa bagaimana perasaannya bila majlis yang dicipta terasa hambar bila yang diundang tak kunjung tiba. 

Sahabat  ini adalah merpati dua sejoli dari alam persekolahan hingga janji termeterai sampai kini. Salamo Manap dan Hairon Imam. Alhamdulillah jodoh berpanjangan.

Aku angkut anak-anak sendiri dan anak-anak buah yang berada di kampung cuti-cuti ini untuk memeriahkan majlis. Tak formal mana pun..santai-santai je.

Kami yang terawal tiba di rumah Saloma. Masih peramah mulutnya seperti dulu. Tak henti-henti bertanya khabar. Bercerita macam2 hal maklumlah Saloma antara sahabat yang baru 2 kali ini aku bertemunya setelah lama meninggalkan zaman sekolahan.








dari tepi jalan dah nampak pokok durian di keliling rumahnya.



Amran tiba sejurus selepas kami. Lone Ranger lagi..




mula mengexplore keliling rumah.








tikar sudah dihamparkan.




durian sudah dikumpulkan siap untuk dijamu.








hubby sudah memulakan langkah.





bismillah....jom makan!.

























berjenis-jenis durian yang dihidangkan tapi bukan dari jenis yang biasa. Semuanya mempunyai gred. Tak mengendahkan gred apa yang pasti duriannya sedap!. Setiap kali durian dikopek ada suara2 yang berteriak..wow!...uhuuuu!...wahhh!...warna kuning menyerlah, isinya tebal, bijinya keset, lemak manis. Melekat!. Hmmm...seulas dua dah kenyang. 

Budak2 ni bukanlah 'hantu' durian.  2 3 biji durian dikopek dan surender. Selebihnya mereka lebih seronok mengutip durian yang jatuh berdebuk-debuk ketika itu.


 

Durian ini yang paling susah sekali untuk dikopek sebab kulitnya sangat liat ibarat seperti tuan punya durian. Satu ketika dulu dia seorang yang sangat pendiam. Serius. Susah nak senyum. Nak bertegur sapa pun segan sebab budak kelas sains kan...tapi siapa sangkakan sekarang Hairon ini seorang yang mudah mesra dengan rakan2. Ibarat durian ini..liat sungguh tapi isinya ..wallah!.




Rosli Din pengerusi PERTINAM satu ketika dahulu menyusul tiba. Dia kata dia tak kisah makan sebiji je...tapi 10 bijik nak bawa balik!





'hantu' durian gak dia ni. Dekat 10 ulas boleh habiskan tanpa henti. Hati2 bro...





ambil nafas dulu.




rambutan pun ada.









semakin ramai yang tiba. Senior aku...abang Khamdani@Kamsani dengan family. Ingat2 lupa.









Roslan (baju hitam) dan Suraya Mohidin bersama suami. First time jumpa Suraya selepas sekolah. Alhamdulillah..









budak2 di mana?..oh..masih mengutip durian yang jatuh berdebuk2.




Terima kasih Sal dan Hairon untuk satu petang yang sungguh seronok. Seronok makan2, seronok jumpa kawan2. Terima kasih juga untuk bekalan durian, tempoyak, cili api, limau kasturi yang semuanya ditanam sendiri. Semoga rezeki korang bertambah2.

Durian dan sahabat...
durinya melukakan
sakit dan berdarah
tapi lemak isinya pengubat luka
harumnya sewangi kasih kita
yang terhidu di kejauhan...



5 comments:

  1. Alhamdulillah. Seronoknya makan durian & gather2.. Sg Selisik tu rumah Salman ke rumah family dia? Haish.. yan ni Sg Selisik pun tak pernah sampai lg.

    ReplyDelete
  2. bukan sg. selisik tapi Kg. Serigala..hambik kau! pernah dengar tak? Tak tau lah ada lagi ke serigalanya tapi yang pasti kera banyak bertaburan di tepi2 jalan.

    ReplyDelete
  3. Mana satu lebih banyak di lakukan? Makan durian...atau borak sakan..atau kedua-duanya sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. borak sakan lah che mid!...tiba2 durian jatuh no. 2 sbb byk mkn durian mengundang risiko di usia2 cam ni. Thanks for singgah.

      Delete
  4. Adeeeeehhhh.... puas saya menjamu mata melihat isi durian yang kuning menggoda!!!!!

    ReplyDelete