Saturday, February 16, 2013

CUTI PENUH XTVT.



Assalammualaikum.

Selamat bercuti kepada yang masih bercuti sambung raya cina. Budak2 sekolah cuti seminggu. Lepas ni cuti hujung minggu pula. Patutlah dua tiga hari ni jalan lapang je. Rasa macam kerje hari Sabtu pulak.



Tahun baru Cina seminggu dah. Tak menyempat2 nak update xtvt seminggu dua ni. Lambat pun tak pe lah..untuk kenangan diri sendiri. Orang lain tak kisah pun. Ada ko kisah!...




Aku pulang lambat ke kampong walaupun dah plan nak balik lepas subuh sepie..nak round2 kat pasar pagi Batang Kali. Semuanya gara2 nak siapkan tempahan biskut tart untuk hantaran. 













kalau ada berkenan nak order jangan malu2 ahh..contact aku k.




yang ini satu kotak tart sekundang/labu/limau untuk diterbangkan ke Sabah. Man..masih ada lagi ke tart ni?


Juga yang ini. Muffin coklat dan vanila yang masih mendapat tempat di majlis nikah kahwin. Tempahan dari Massalmi untuk majlis adiknya di Kampung Medan PJ. Sorry Mas tak dapat hadir. Apa2 pun adik kau dah 'selamat' kan?..hihihi...









Hampir rembang petang waktu sang mentari merebahkan wajahnya di ufuk barat baru aku dapat melangkah kaki keluar dari Shah Alam menuju ke kampong ku yang tak lah berapa jauh tu..















Guthrie Highway lengang..sebab semua orang tengah siap2 nak 'makan besar'. Tiba2 rasa macam nak raya pulak. Serius!..perasaan tu susah nak rasa sekarang ni. Teruja sangat macam kecik2 dulu.







ohh!..orang dah tak ramai kau baru nak keluar ekk!... (kereta merah tu..bukan aku.)












tangan gegar atau jalan yang bergegar.



Bandar Rawang yang semakin cantik. 


Cuti raya cina sambut birthday Along dan Kak Cik. Kita2 orang je. Satu family. Happy family. Happy birthday along dan kak cik. Birthday jatuh 1 hari berbeza sahaja. Along 7 feb dan kak cik 8 feb. Selamat Hari Lahir. Selamat menyandang gelaran warga emas tapi Along aku still maintain manis je.. Happy Birthday kak Cik. Dah jadi anak dara kena lagi rajin ke dapor. Boleh mewarisi satu2nya ilmu yang aku ada ni.




Menu utama - nasi ayam. Tukar sikit color nasi bagi nampak macam nasi minyak.



kak cik hias kek birthday sendiri.



Tiramisu made by along. Along dah semakin pandai buat kek. Ada improvement. Belajar kat kolej Komuniti. Cayalah!!..



Limau mandarin penambah rasa.

Jom intai2 apa yang ada di sekeliling rumah Along.



Nenas yang sangat membiak. Berangkai2 anak2 benih yang tumbuh.




Huh!..kreatipnya along aku ni. Senangkan long tak payah nak siram2. Kembang sepanjang zaman.




ish!..ishh!..ishhhh!...ini lagi kreatip!. Tak payah nak berdusun2 bagai. Orang kerja kat Pejabat Tanah kena jimat tanah kan Long?




ke mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi..
hobi Hafiz yang sama dengan
arwah atok.

Burung apa anak2?... mari kita berpantun.

Burung serindit terbang melayang
singgah hinggap di pohon nangka
bukan ringgit di pandang orang
orang memandang budi bahasa







di kelab Golf Bukit Beruntung menjemput kak cik dari bermain bowling.  Tempat bowling tu aku tak masuk pun sebab dah melekat kat sini. Next time boleh bawa budak2 berendam ni.




tak cukup lagi ke Anas?




menjamu selera di Restoran Gerak 21. Famos kot rest. ni sebab ada banyak gambar2 YB Isa kat wall dia dan juga gambar YB Kamalanathan. Tengok deretan lauk pauk di belakang tu. Heaven!

Back to Shah Alam dengan projek masak memasak. Cuma sempat snap gambar ayam ni yang telah bersedia terjun ke dalam sambal untuk digaul menjadi ayam masak merah. Yang lain2 tak sempat nak snap sibuk membungkus 120 pax makanan untuk order dari Mak Da. Thanks Mak Da atas kepercayaan kau pada aku. "ayam masak merah kak ita lain dari lain"... hihihi...biasa2 je.




last but not least..

Happy Birthday Ila. 


enjoy your Rainbow cake. Ordered by Mak Da juga.

Sekian. Satu cerita di hari cuti yang melelahkan. Cuti means berehat. Tido. Makan. Tido. Tapi tidak bagi orang2 yang macam aku. Alhamdulillah...Allah bagi kekuatan tulang 4 kerat untuk terus bersama2 mencari rezeki untuk orang2 tersayang.

Selamat berhujung minggu.

Daaa...permisi...adios.

No comments:

Post a Comment