Tuesday, September 4, 2012

MERDEKA! indahnya bumi kita ini..



Salam bahagia.





Warisan 

Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
airmata darah bercampur keringat
bumi di pijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesama kita
cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya 
harta mengalir 
ke tangan yang lain
peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersatulah hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
majulah dengan maha perkasa
janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara.

Song by : Dr Nordin Kardi
Source : Google



Masih dalam bulan kemerdekaan. Selamat MERDEKA! untuk semua. Seperti selalu entry terlewat. Tak ada masa nak update blog tapi tak sampai hati nak biarkan blog sepi. Minggu2 yang sibuk selepas raya namun semangat merdeka tetap tak pernah padam.

Pernah dengar lagu ni? Pernah menyanyikan lagu ini suatu waktu dahulu? Ini adalah versi asal lagu Warisan. Sekarang dah diubah sedikit liriknya sebab...lirik yang lama ni terlalu patriotik tapi BUKAN POLITIK ok! tak de masa aku nak cerita pasal politik dalam blog ni.

First time aku kenal dan nyanyi lagu ni masa kaki melangkah ke alam Pra-U. Rupanya budak2 U zaman 80an dulu memang bersemangat patriotik yang tinggi.
Minggu orientasi lagu ni memang famos. Salah satu lagu wajib untuk dapatkan tandatangan para senior. Yang tersiratnya..lagu ni benar2 melekat kat otak dan hati aku sampai sekarang.

Rangkap pertama je aku dah sebak. Lagu ni buat aku kenal harga diri jati diri orang Melayu yang sebenar. Lagu ni adalah untuk peringatan orang2 yang rasa dirinya peribumi Malaysia yang sejati. 

55 tahun mengharungi kemerdekaan dari penjajah. Terlepas dari kuasa barat dan dari segala yang ingin merobek khazanah kita. Alhamdulillah..hidup kita masih aman di bumi yang indah ini.

Setiap pagi kita dapat melihat indahnya matahari memancar tanpa diselindungi oleh kepulan awan bom seperti di Syria.

Kita masih boleh mendengar deruan enjin kereta2 meluncur di jalanraya dan bukannya deruan kereta kebal dan siren2 polis dan ambulan.

Bahagianya kita menghirup bau2an alam yang manis dari menghidu hanyirnya bau2 darah yang mengalir dari pembunuhan yang tidak berdosa.

Lazat dan enaknya menikmati juadah harian. Merayakan Syawal selama sebulan dan menjamu selera di mana sahaja walaupun ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi.

Alangkah indahnya bumi kita. Bertuahnya kita dilahirkan di sini. Kita lah yang menjadi penyambung kepada Warisan ini dan mengekalkannya untuk warisan yang akan datang.

Bagi aku, merdeka itu adalah keamanan. Bila negara kita aman segalanya menjadi mudah. Hayati lirik di atas dengan pandangan mata hati agar suatu hari nanti kita tidak putih mata!

SELAMAT HARI MERDEKA!






manisnya Merdeka...







No comments:

Post a Comment