Friday, September 7, 2012

Warna warni di Aidilfitri ..


Assalammualaikum. 

"Biar kulit segelap Almond London
asalkan hati seputih bersih Kuih Bangkit
Biar iman sekental Dodol
jangan senipis tempeyek
Biar jiwa selembut Bahulu
akhlak secantik Biskut Dahlia
senyumlah semanis Wajik
agar Raya anda penuh warna dan ceria..."




Masih lagi dalam mood raya. Sana sini rumah terbuka rasanya sampai habis Syawal ni. Ditambah dengan cuti umum yang bersambung2 menjadikan Syawal kali ni memang awesome!

Jemputan rumah terbuka, kenduri doa selamat dan kenduri kahwin buatkan my tummy tak karuan. Kena control gak. Nanti baju kebaya nyonya tak boleh pakai untuk dinner x smk nanti. Ahaks! ia lah tu...

Ini entry nak cite pasal raya hari tu. Aku belum melengkapkan lagi blog ni dengan cerita raya. Anak2 dah tak sabar nak tengok muka dorang kat dalam blog ni.

Ringkas2 je lah ye. Raya hari tu semua adik beradik pompuan berkumpul accept mak usu balik ganu rumah mertua dia. So kami masak ramai2. Dah lama tak masak ramai2 untuk raya. Memang seronok sebab  ada yang che'ngelat curi2 masa untuk berehat. Masak masa puasa memang besar dugaannya.

First of all..ambik itik dulu yang dah tempah. Lepas sembahyang Jumaat aku singgah kat Kg Melayu Sg Buloh nak ambik itik. Punya lah haru..itik baru nak tangkap! Baru nak sembelih dan kita orang terpaksa jadi saksi korban itik.

(28 Ramadhan 1433H)









Tak banyak pun. Dapat 2 ekoq je..janji lepas hajat abah nak makan rendang itik.



29 Ramadhan 1433H

Raya tanpa ketupat tak meriah. Masa ni baru lah ada yang nak belajar buat ketupat. 



Ketupat Pasar. Bentuk 4 segi.





Ketupat Satay. Lebih kurang macam ketupat pasar tapi lagi nipis dan tak de 'ekor'.




Ketupat Bawang. Ketupat ni yang paling susah nak buat. Tapi ketupat ni lah je yang aku tau buat. Ada juga yang panggil ketupat diamond.




(merah inai mak ngah...)


Berbuka puasa di hari terakhir Ramadhan. Tiba2 black out.  Nampak tak lilin2 yang masih menyala.



cucu2 Tok Tam dan Tok Teh ramai lelaki. Makan free style.



Malam Raya.


Takbir dari rumah ke rumah masih diamalkan. Rumah yang awal2 memang penuh tapi yang dah last2 tu tinggal 2 3 kerat je. Rezeki rumah orang yang terakhir dapat kain pelikat selai sorang. Nasib kau lah labu..













Pagi Raya 1 Syawal 1433H. 


Indah berseri wajah si puteri
selendang sutera kanda hadiahkan
anakanda menyusun sepuloh jari 
salah silap harap maafkan

Lemak manis isi kelapa
menanti kanda minum bersama
bermaafan sesama kita
di Aidilfitri yang mulia


Aidilfitri bukan untuk ditangisi tapi untuk di rai dengan penuh kegembiraan. Tapi kadang kala bila hati tiba2 menjadi sangat hiba dan sebak airmata memang tak dapat ditahan2. Semenjak 2 3 tahun kebelakangan ini abah menjadi sangat sensitif di pagi raya. Tengok abah nangis aku pun rasa sedih...huhuhu..





Selalunya abah dan mak akan duduk di atas kerusi untuk anak2 bermaaf2an di pagi raya tapi raya kali ni abah berat hati nak tinggalkan tilam tempat abah 'lepak2' sejak abah tak sihat ni. Kain pelikat pun abah tak nak salin. Hanya terbiar sepi di sebelah. Tak apalah.... asal abah selesa.





first time mak pakai tudung pink! mak aku bukanlah jenis yang suka warna terang tapi kena paksa dek anak2. Biar nampak cerah dalam gambar...alahai...




menantu kesayangan abah...hihihi...abah selalu marah aku bila tak panggil hubby makan walaupun aku dah panggil banyak kali. Hubby bila balik kampong dia selalu 'diet'!..hihihi..





tak tau lah apa abah rasa sampai tak dapat nak tahan menangis bila anak kesayangan ni..mak uda Ina salam ngan abah. Ina kalau balik kampong selalu urut belakang abah, kaki abah, kepala abah. Macam2 jenis minyak dia bawakan untuk abah.





Amirul Shafique.




Amirul Faiz






Amirul Iman





Amirul Nashry (Anas). Gambar kak cik tak de sebab dia photographer.




Keluarga Along - Rasa






 Angah - Shah Alam




Alang - Ipoh mali.





Uteh with her doter...MBA nih!..hihihi..







Mak Uda's family from Port Klang. Pak Uda keje. Kalau dia cuti kapal tak boleh masuk kat port tu!..alahai...!





Che Amy..from Port Klang gak. Masih belum berkeluarga. Orangnya pendiam. Sekali sekala senyum manis gitu..

Lagi 2 orang adik tak de dalam gambar. Che Ali beraya di Perak dan Mak Usu Aja di Ganu kite!..

Satu hari raya rumah abah penuh dengan sedara mara, anak2 buah datang menziarah abah sementelah pulak kesihatan abah yang semakin uzur. Abah dan Mak Usu Midah sahaja mak dan bapa saudara yang masih ada lagi untuk sepupu2 aku sebelah abah untuk diziarahi. 

Balik dari Kerling lepas menziarahi Usu rumah abah pula dia orang serbu. Sampai malam masih ada yang datang. Kami adik beradik angkat je juadah raya yang masih ada.

2 hari raya pun masih ramai yang datang. Sepupu2 dari Klang pula yang serbu. Campur dengan sedara mara yang lain memang tak menang tangan. Dari pagi sampai petang mengadap dapur. Masak nasi lemak dekat 10 kg. Janjinya nasi lemak tu untuk breakfast kita orang. Bila dah ramai2 memang kena buat lebih. 

Dah masuk petang tetamu masih ramai. Makanan dah habis! Camne niii...?

"Ita, aku on the way ni"..saba call aku dari Kalumpang.

"angah..kak ani nak datang satu family, angah masak lah sekali".. Ina tiba2 menyampuk.

Woit! main order je kau..

ting!..ting!..ting!...dalam kepala dok fikir masak apa yang cepat dan senang. Murtabak Maggi! Nah! ambik kau! 

Semuanya macam lipas kudung. Beli maggi berdozen2. Telur 2 tray. Siap! habis licin murtabak maggi petang tu sampai tetamu yang datang malam pun merasa. Agaknya sebab suasana hari raya dan makan beramai2 tu buatkan murtabak maggi jadi sedap.

Sorry lah Saba, tiap kali raya kau datang rumah mak aku penuh dari atas sampai bawah. Nak santai2 datang ke rumah aku je.

Fuh! rasa nak patah pinggang! 3 raya aku nak balik Melaka ingat nak buatlah rendang lagi. Bila nak stat je masih ada yang datang dan terpaksa 'bungkus' semula. Last2 rendang naik dapor pukul 9.00 malam.

Tak de gambar on that kelam kabut punya occassion. Tak teringat langsung. Nasib baik teringat nak salin baju kurung masa tetamu datang. Kalau tak alamatnya berseleking je lah..
Yang tetap ada gambar hanyalah yang ini. 
Budak2 ni kalau posingg...mak budak pun nak tumpang sama. Layan je le..




sebahagian dari cucu2 atok.






cucu atok yang sulong. Shasha. Now dah balik Bintulu. "sha..tiket kapalterbang tak boleh nak tukar2 macam tiket bas tau. Nak tukar beli baru je.."






Mirul dan Charmine.




Anas n his sepupu sepapat. Waktu umur2 cam ni hariraya memang indah.



 Charmine yang semakin rendah. Kalah dengan Kak Cik dan Hafiz.




ada berani?...hahahaha...(ketawa jahat)









2 aksi yang berbeza. Anak sedara yang paling keletah. Namanya panjang. Aku panggil Ain je. Suka usik dia.

"sapa nama pakwe Ain?"

"Shawn!.." sambil terkinja2 depan aku.

"dia tak datang raya ke?"..

"dia keje..kat KL"..

"keje apa?"..

"keje polish!"..dengan gaya gedik2 manja.

"hah! polis lagi?"..

Mulut dia memang lepas lah. Mulut budak2 yang tak fikir bila bercakap. Bila ramai sedara-mara datang masing2 kecoh bercerita sambil makan2. Tiba2 dia mencelah..

"masa makan tak boleh bercakaplah!.."

hah! ambik kau!..hahaha...gelak bolehkan Ain.





lupa lak nak letak gambar yang 'mahal' ni. Adik beradik with ayah ibu without Che Ali n Mak Usu Aja.




With Along. Selamat hari raya maaf zahir batin long. Maaf masa kecik2 dulu ita selalu buli along sebab along ni pendiam dan pemalu. Ita bukan agak nakai tapi memang nakai.




With kak cik. My only doter. Penah cakap kat hubby masa kak cik umur 2 3 tahun, agak2nya ini ajalah anak pompuan kita. Memang masin mulut aku. Redha je lah...



Sesungguhnya setiap hari raya itu mengukir banyak kenangan manis dalam hidup kita. Ciptakan kenangan itu sementara masih ada orang2 yang kita sayangi bersama2 kita. Satu yang cukup indah untuk dikenang dan tak mudah untuk melupakan.

Salam lebaran yang manis.




No comments:

Post a Comment