Assalammualaikum
Dah masuk fasa ketiga bulan Ramadhan. Berada dalam 10 hari2 terakhir bulan yang suci. Lambaian Syawal dah terasa. Lagu2 raya terus berkumandang. Kadang2 rasa sebak gak dengar lagu2 raya ni.
Alhamdulillah dapat berblog sekejap ni. Tak boleh nak coret panjang2. Bulan puasa ni terasa waktu nak mengadap blog ni pendek sangat.
Bon voyage untuk satu2nya harta paling berharga pada aku yang dah pergi sekelip mata semalam. Setia bersama jasad dan nyawa pergi buat selamanya. Tak payah nak berdramalah..huhuhu...aku kehilangan sebatang lagi gigi geraham. Sedih dan sakit!
Setelah menanggung sakit sejak dari mula puasa, aku belai2 dan baja dengan antibiotik dan pain killer tak jalan2 gak. Last2 semalam dia terpaksa 'jalan'. Setengah hari aku tido menanggung sakit bila ubat bius dah habis. Bukan sakit sebab gigi kena cabut tapi sakit sebab kena injek ubat bius tu. Hampir 10 suntikan bius doktor bagi kat keliling geraham tu. Biasalah kan kalau gigi geraham ni seriau sikit nak cabut. Sampai hari ni kalau dibelai2 rahang sebelah kiri ni masih terasa sakitnya.
Anas jadi 'doktor' kat rumah peneman aku. Sekejap2 masuk bilik suruh aku nganga buka mulut nak tengok gusi yang berlubang tu. Rugi pulak tak bawa balik gigi tu. Boleh tunjuk kat dia dan biar dia ingat untuk selalu gosok gigi dan biar dia tengok rupa fizikal gigi yang sebenarnya bila nampak 'kaki' gigi yang panjang tu.
Petang masak bubur lah nak mengisi perut yang berkeroncong. Saje nak share kat sini bubur yang sering aku masak bila ada ahli keluarga yang tak sihat yang takde selera nak makan. Bubur jadi hidangan utama. Kak cik pun dah pandai masak bubur ni.
Jangan pandang tak de mata pada bubur ni. Mulanya aku pun anggap ni bubur biasa yang mak selalu masak untuk kami dulu. Bubur orang lain lagi canggih. Tapi macam biasa aku tau ada juga orang lain yang suka dan tak pernah makan bubur cam ni sebab pernah sekali bagi kat rumah Ummi sikit je sebab bila sebut bubur je dia kata jangan bagi banyak2 bagi sikit je. Ok lah..aku pun hantarlah sikit je. Lepas tu Nuha datang rumah bawa pinggan kosong. "mama..ada bubur lagi tak. Sedaplah. Nak lagi"..hehehe..nasib baik lah sedara kan. Aku tak kisah pun. Dan lepas tu Ummi call minta resepi. Sedap lah tu!
Resepi dari mak. Check it out!
2 cawan beras
air secukupnya.
Masak hingga kembang. Aku guna pressure cooker. 10 minit je.
3 sudu makan udang kering yang telah ditumbuk.
2 sudu makan lada hitam yang telah ditumbuk kasar.
3 cawan santan (nak lemak tambah lagi)
ikan bilis digoreng (suka hati banyak mana)
Bila bubur dah kembang masukkan semua bahan2 lain kecuali ikan bilis. Tambah garam. Kacau rata. Biarkan mendidih sekejap untuk masakkan santan.
Hidang bersama ikan bilis goreng. Boleh juga dimakan bersama lobak jeruk yang dipotong halus2 atau apa2 sahaja yang sesuai (ayam goreng, sambal kering, serunding, telur asin dll)
Selamat meneruskan ibadah puasa.
Permisi.
No comments:
Post a Comment