Tuesday, May 29, 2012

REDHA DENGAN KETENTUANNYA.


Salam Bahagia.

Tak tahu nak mulakan macamana. Tiba2 aku rasa hilang kata2 tapi masih perlu untuk coretkan sesuatu.

Mungkin saat aku tulis entry ni abah dah discharged dari hosp. Sejak malam tadi tiba2 hati jadi mendung. Mood terus merundum. Siang semalam aku rasa sakit hati sangat dengan "kap lam ya nga" yang cakap belit2 putar2 macam ular. Semua orang tahu salah dia tapi dia tetap putar belit nak lepaskan diri dari kesalahan diri sendiri. Salahkan orang lain termasuk aku. Geram betul! Rasa nak lempang je! (memang panas baran aku ni..)

Malam tadi Idah call suruh aku ikut Along pergi Hosp. Selayang esok sebab doc. nak jumpa dan discuss pasal sakit abah tu. Dia bagi hint2 sikit abah sakit apa sebab dia pun tak sure. Doc. cuma kata nak bincang je. 

"angah tak boleh pegi nanti angah nangis"

"alah angah ni..itu pun nak nangis"

"angah kan sensitif. Tengok cerita kartun yang sedih2 pun angah boleh nangis. Tak pe, Along ada. Along tu kuat." aku cuba kuatkan semangat.

Bila jumpa doc. pagi tadi aku tengok Along cool je. Aku dari malam tadi dah doa sangat dalam hati nak jadi sekuat Along bila hadapi saat2 genting cam ni. Mak tak cakap banyak cuma mak kata tanya tuan punya badan.

Mungkin sebab zaman sekarang ni teknologi dah canggih2, doktor pakar dah ramai dan ubat2an banyak yang terhasil so aku tenang dan terima penerangan doc. dengan seadanya.

Tapi abah macamana?




Aku tak pasti abah faham atau tidak dengan penerangan doc. tentang penyakit dia sebab aku tengok abah rilek je. Mungkin sebab dia rasa sihat dan tak sakit tu yang buat dia tak risau dan banyak alasan yang abah bagi bila doc. suruh refer ke HKL untuk rawatan susulan. 

Abah tak mahu susahkan anak2 yang kena hantar dia ke HKL. Nanti susah nak ambil cuti. Kalau dia masuk hosp. lagi siapa yang nak jaga mak, nak bawa mak pegi pasar naik motor sebab mak selalu semput, bla..bla..bla..dengan 1001 alasan yang tak terjangkau difikiran. 

Wajah abah berseri2 bila doc. kata abah boleh balik hari ni. Selera makan abah nampak bersemangat bila bertambah2 makan kuew tiau yang mak bawak. Memang nampak abah sihat, abah fit.

Tak tau lah bila dah sampai rumah nanti mungkin masa abah duduk sorang2 sambil hisap rokok bawah pokok manggis depan rumah abah akan terfikir atau abah akan tersedar bahawa dalam diri abah, abah sedang membawa kedua2 paru2 dia yang telah rosak teruk dijangkiti kanser pada stage 4!

Semoga abah tabah menghadapi segala dugaan ini. Anak2 abah akan sentiasa di sisi abah memberi semangat dan berdoa untuk kesejahteraan abah. Dan selebihnya kita serahkan kepadaNya.

Amin.





1 comment:

  1. Allah hu Akbar.. ini adalah sebahagian dari ujian dari Allah swt untuk isteri dan anak-anaknya.. banyakkan bersabar.. insyaAllah...

    ReplyDelete