Assalammualaikum.
Alhamdullilah. Masih di sini. Masih boleh melihat mentari bulan Rejab. Bulan ke 7 dalam kalendar Islam. Hari ini sewaktu aku menaip entry ini dah masuk 3 Rejab. Tak tau lah bila entry ni keluar dah Rejab yang keberapa.
Ramai yang berpuasa sunat dalam bulan Rejab ni. Ramai yang mula 'menjinak2kan' perut sebelum sampai Ramadhan yang akan datang. Ada juga yang berpuasa Qada untuk Ramadhan yang lalu. Banyak amal ibadat yang boleh dilakukan dalam bulan ni. Yang paling senang boleh buat kat mana2 ialah berselawat ke atas Nabi s.a.w.
Hari ni gelap 11 hari abah kat hospital. Abah pegi check-up darah tinggi. Mula2 admitted kat Hosp. Kuala Kubu Bharu selama seminggu. Berulang alik ke hospital Selayang buat medical check-up sebab suspected TB. Ada benjolan kat bahu abah yang makin membesar. Sekarang abah ditahan di Hospital Selayang. Jumaat ni abah akan dihantar ke Hospital Sg. Buloh pulak untuk check benjolan tu. Kalau tak de apa2 Sabtu Ahad mungkin boleh keluar sementara tunggu result.
Aku tahu abah tak betah lama2 kat wad. Lagi2 Hosp. Selayang yang abah tak biasa. Kat mana kantin, kat mana HospiMart untuk abah jalan2 hilangkan boring. Mati kutu abah ni! Semalam call along sebab along dah tengok abah kat hospital. Nak ketawa pun ada bila along cerita camni. Masa tu ada seorang doktor tengah check abah.
Doktor : "Pak cik ni ok, sihat, cuma kencing manis naik sikit." (aku tak tau pulak abah ada kencing manis selama ni, gabra kot!)
Abah : "sikit je doktor. Dah rehat tido malam ni esok ok lah tu. Cuma kepala pak cik ni pening sikit lah doktor".
Doktor : "Kenapa pak cik?"
Abah : "Pak cik tak dapat hisap rokok lah!"
Hahaha!...aku dah agak jawapan abah tu. Abah seorang perokok tegar! Dah x boleh nak cakap apa dah. Bila aku tegur dia banyak hisap rokok dia akan kata cam ni.."ni baru sebatang ni" ialah..baru sebatang untuk masa tu tapi dah berbatang2 sebelumnya. Even kat hosp. KKB pun abah boleh hisap rokok. Tak tau camne abah boleh 'terlepas' kat gerai luar pagar hosp. hisap rokok sambil minum2. Akal abah panjang. Masa naik ambulance nak pi check-up kat Hosp. Selayang sempat lagi dalam perjalanan balik ke KKB singgah minum tepi jalan dan dapat hisap rokok. Hmmm...abah...abah.
Abah aku yang macho. Kat hospital pun buat macam kat rumah sendiri. Berkain pelikat dan berlenggeng.
Mak yang setia tunggu abah kat hosp. KKB. Cuma kat Hosp. Selayang mak datang sekali sekala.
Semoga abah cepat sembuh dan balik semula ke rumah. Boleh teruskan projek arca cendawan abah.
Kasihnya ibu membawa ke syurga. Kasihnya ayah sepanjang masa.
Adios.
Wassalam.
Kasihnya ibu membawa ke syurga. Kasihnya ayah sepanjang masa.
Adios.
Wassalam.
semoga abah ita cepat sembuh...
ReplyDelete