Salam semua yang sudi menjenguk blog aku.
2 3 minggu ni cuaca panas. Musim panas melanda Malaysia dijangka sehingga bulan September walau pun tidak sepanas tahun lalu. Itu berita yang aku dengar 2 hari lepas. Dalam kepala aku dah terbayang akan melalui bulan puasa yang panas (insyaallah). Dugaan ada di mana2. Sebenarnya negara kita banyak musim. Musim hujan, musim banjir, musim panas, musim buah, musim penyakit, musim orang kahwin dan macam2 musim lagi. Bersyukurlah kita di bumi Malaysia.
Kalau panas2 ni bumi jadi kering. Pokok 'ong' aku kat beranda depan dah macam mati beragan. Layu dan kecut dahan2nya. Bila jirus air membasahi tanah dalam pasu akan 'naik' bau tanah yang kering. Ramai yang tak suka bau ni tapi aku suka! Bau bumi.
Bau2 bumi, bau2 alam sering mengimbau kenangan silam. Aku paling suka bau rumput yang dipotong yang masih basah dipagi hari. Bau flora yang tersendiri. Terasa segar dan nyaman.
Mungkin sebab dari kecil aku memang dah bersahabat dengan bumi especially dengan pokok2 sebab abah kerja sebagai Pegawai Perhutanan yang rumah2 kuarters selalunya di kawasan berhampiran hutan.
Masa abah bertugas di Sg Buloh rumah kuarters di Kg Kubbit (Cubbit) dekat Kg Baru Sg Buloh sekarang. Masa tu ada 3 buah rumah pegawai yang terletak di atas bukit sikit. Bukitnya taklah tinggi sangat cuma keadaan tanahnya yang agak tinggi so nampaklah cam atas bukit. Di bahagian bawah adalah berek2 rumah kakitangan biasa. Tahun 70an masa tu umur aku 6 atau 7 tahun camtu lah. Selalunya aku bangun tidur waktu mentari dah lama tersenyum. Waktu pagi2 tu aku suka menghidu bau pokok pine yang ditanam berderetan di hadapan rumah. Itu trademark Jabatan Perhutanan. Bau pokok pine wangi!
Ada waktu2 tertentu orang akan menebas rumput di halaman rumah aku yang dipenuhi rumput2 padang. Aku akan berlari dengan laju menuruni bukit melalui rumput2 yang telah disabit sambil mendepakan tangan seperti kapalterbang sambil menghidu harum bau rumput segar. Masa tu rasa diri bagai diawangan dan bahagia sangat. Macam dalam cerita fairy tales. Lari laju tu bukan apa..nak lari dari mak jangan nampak aku nak turun main kat bawah dengan rakan2 sebaya yang ramai kat berek2 bawah. Indah sungguh dunia kanak2.
Kadang2 kalau balik Btg Kali sesekali lalu kat Templer Park aku akan turunkan cermin kereta semata2 nak menghidu bau pokok2 hutan simpan yang dah tinggal sekangkang kera je sekarang ni. Ada satu pokok tu aku tak tau nama apa..baunya sebijik bau sarsi! Korang tak percayakan? Nanti aku tanya abah apa nama pokok tu.
Bau alam apa lagi? Bau air sungai. Menyegarkan. Dari jauh dah boleh rasa kesejukan dan kesegarannya walaupun kaki belum lagi mencecah riak di air. Bau hari selepas hujan. Pun terasa nyaman dan segar sebab masa tu banyak ion2 negative terhasil. Ion2 negative akan buat kita rasa segar. Anugerah dari alam. Anugerah Terindah.
Apa kaitan musim panas sekarang dengan Manggo Panna Cotta?
Beberapa hari yang lalu hubby bawa balik banyak buah mangga jenis chukanan kot. Kalau nak makan cam tu je sure mangga tu masak kecut nak menghabiskannya. So dalam kepala aku mula berkira2 nak buat sesuatu dengan mangga ni. Apa lagi..google lah!
Apa kaitan musim panas sekarang dengan Manggo Panna Cotta?
Beberapa hari yang lalu hubby bawa balik banyak buah mangga jenis chukanan kot. Kalau nak makan cam tu je sure mangga tu masak kecut nak menghabiskannya. So dalam kepala aku mula berkira2 nak buat sesuatu dengan mangga ni. Apa lagi..google lah!
Banyak resepi yang guna kan mangga. Dalam banyak2 tu aku teringin nak cuba dessert yang satu ni sebab tengok bila dah jadi nampak cantik sangat. Resepi ni ada dapat dari blog citarasawan. Aku gunakan bahan2 yang ada kat dapor je. Susu segar aku gantikan dengan susu cair. Tu sebab lapisan panna cotta tu nampak kuning2 sikit. Kalau guna fresh milk akan jadi warna putih.
Rasanya ok..sedap makan sejuk2. Terasa rasa mangga yang manis. Cuma presentation aku tak cantik cam k wan punya. Kena buat lagi lain kali.
Ini adalah resepi dari blog citarasawan. Aku taip semula. Untuk lebih detail boleh jengah blog dia.
MANGGO PANNA COTTA
Resepi Asal : Citarasawan
Puri manga
3
biji mangga masak
Kupas
dan kisar halus jadikan 300gm puri manga. Ketepikan.
Lapisan
Bawah-krim Panna Cotta
150ml
susu segar
100ml
whipping cream/thickened cream
2
sb gula pasir
1
½ sb gelatin + 2 sb air panas (larutkan)
Lapisan
tengah – kiub manga
1
biji manga potong kiub
150gm
puri manga***
1
sk gelatin + 1 sb air
1
sb gula pasir
Lapisan
Atas – Mousse Mangga
150gm
puri manga***
1
sb gula pasir
100ml
whipping cream/thickened cream-dipikul hingga kental
2sk
gelatin + 2 sb air
CARA2.
LAPISAN
BAWAH (PANNA COTTA)
Masukkan
air panas dalam mangkuk, tabor gelatin dan kacau hingga gelatin larut.
Ketepikan.
Panaskan
susu segar dan whipping cream hingga kelihatan buih2 kecil ditepi periuk. Tutup
api. Masukkan gelatin dan kacau rata. Biarkan suam baru dituang ke dalam 3 biji
gelas yang diletak condong. Simpan dalam freezer selama 15 minit.
LAPISAN
TENGAH (KIUB MANGGA)
Masukkan
air panas dalam mangkuk, tabor gelatin dan kacau hingga gelatin larut.
Ketepikan.
Campurkan
puri manga dan gula ke dalam periuk dan masak hingga gula larut.
Anggkat
dan masukkan kiub manga dan gelatin cair. Gaul rata.
Keluarkan
gelas dari peti sejuk (pastikan cream telah beku) dan sudukan campuran kuib
manga. Sejukkan lagi selama15 minit.
LAPISAN
ATAS (MOUSSE MANGGA)
Masukkan
air panas dalam mangkuk, tabor gelatin dan kacau hingga gelatin larut.
Ketepikan.
Panaskan
puri mangga dan gula dengan api perlahan. Kacau hingga gula larut. Angkat dan
biarkan suam baru masukkan whipping cream dan gelatin cair.
Masukkan
dalam piping bag picit kedlm gelas. Simpan semula dalam peti sejuk hingga beku.
oh ya!..abah kata nama pokok yang aku kata bau sarsi tu ialah Medang Sarsi. Agaknya orang buat air sarsi tu guna pokok ni kot. (weh! aku dah google..betullah orang guna kulit pokok ni untuk hasilkan air sarsi. Wallahhualam.Kalau dia tipu aku bohong lah.)
Hmm...apa kata u alls tukar manggo panna cotta jadi sarsi panna cotta?
Hmm...apa kata u alls tukar manggo panna cotta jadi sarsi panna cotta?
No comments:
Post a Comment