Salam dihujung minggu.
Waktu untuk bersantai bersama keluarga. Minggu depan 1hb Mei cuti umum hari pekerja. Ada yang sambung cuti hujung minggu terus ke hari Isnin. Dapatlah cuti lama sikit kan? Bagi wanita bekerjaya macam aku tiada istilah cuti yang tepat untuk menggambarkan cuti itu sebenarnya.
Balik dari ofis terus sambung dengan kerja2 rumah yang tak pernah habis. Dalam seminggu tu dari Isnin sampai Jumaat ligat dengan segala macam kerja tapi selalunya hari Jumaat aku dah 'flat' cam malam tadi. Ingat nak buat satu projek kek yang tengah hangat sekarang kat dunia maya ni tapi semua terbantut. Penat giler!. Kalau hari cuti budak2 semua ada kat rumah lagi macam2 yang nak kena buat especially bab makan2. Iman minta spagetti, kak cik nak nasi beriani, mirul nak talam suji, faiz nak kek batik. Anas? Anas makan semua dan selalunya dia akan tunjuk tanda 'best' dengan ibu jari means sedap dan sesuai dengan tekak dia.
Kalau nak cuti dari semua kerja2 rumah, elok pergi bercuti ke mana2, stay kat hotel, makan order je, jalan2, lepak2 dan shoppinggggg! Best kan?
Okey, hari ni nak sambung lagi projek dapor aku last 2 3 days ago. PDapor means pi masuk dapor. Masaklah! Ini semua sebab nak perabis mangga yang hubby beli hari tu. Sementelah pula semangat nak membaking meluap2 panas cam oven yang tengah baked kek so baik teruskan. Kalau tengah bersemangat apa2 yang kita nak buat Insyaallah menjadi! Buat dengan penuh perasaan, dengan penuh kasih sayang nak bagi anak2 makan. Itu yang buat masakan kita jadi lebih sedap.
Resepi ni aku ambil dari blog zachoes. Kek keju salah satu kek favourite aku. Kelazatan kek keju sebenarnya terletak pada rasa dan bau kek yang harum semerbak masa membakarnya. Kalau tengah puasa tu mahu bergegar air liur!...hahaha... Kek keju plain selalunya digabungkan dengan sedikit perasa lemon. Ini akan membangkitkan lagi rasa keju dan memotong rasa lemak atau muak keju itu. Kali ni kek keju ni dicampur dengan mangga. Sedap! Anak2, kawan2 dan jiran2 yang rasa kek ni semua cakap sedap! Resepi di bawah menggunakan loyang kecil 7 inci. Keknya tak tinggi sangat dan dah jadi tabiat kek keju memang malu nak naik tinggi2. Kalau nak tinggi doublekan adunannya.
Kek Keju Manga Bakar
Resepi
asal dari Chef Catherine Lau.
Rujukan:
http://zachoes.blogspot.com
Bahan-bahan: (loyang bulat 7")
- Inti:
- 250g cream cheese, suhu bilik
- 4sb @ 60g gula kastor - boleh dikurangkan kalau guna
fresh cream atau mangganya manis
- 1/2sb + 1/2st @ 6g tepung kastad
- 2sb @ 15g tepung jagung
- *Tepung jagung dan tepung kastad diayak bersama
- 1/2C + 4sb @ 180g isi mangga, diblend halus, dari
sebiji mangga besar
- 2 biji telur Gred A
- 100ml @ 100g UHT dairy whipping cream - sy guna 100g
fresh cream yang sudah dipukul kental tapi dibiarkan pada suhu bilik
hingga ia cair dan lembut. Boleh ganti dengan yoghurt asli atau yoghurt
perisa mangga tapi adjust gula ikut kesesuaian.
- Hiasan:
- 1 biji mangga, dihiris
- 40g gilis apricot (apricot gel)
- 40ml air
Cara-cara
1.
Panaskan oven pada suhu 150C.
2.
Dalam bekas besar, pukul cream
cheese bersama gula kastor hingga sebati. Masukkan tepung jagung, tepung kastad
dan kacau sebati. Masukkan isi mangga yang diblend halus dan pukul lagi.
3.
Masukkan telur satu per satu, sambil
dipukul rata. Masukkan whipping cream@fresh cream dan pukul hingga adunan
menjadi pekat.
4.
Balut loyang springform@loose pan
dengan aluminium foil 2-3x untuk elak air meresap ke dalam loyang kek.
5.
Bakar secara bain marie/water
bath/steam bake (loyang kek diletakkan dalam loyang lebih besar, isikan air
panas dalam loyang besar hingga mencecah separuh ketinggian loyang kek
tersebut. Tak perlu banyak sangat, asalkan loyang kek tu boleh bergoyang sikit
oklah). Bakar selama 1 jam 10 minit, dengan 10 minit terakhir loyang
di'rotate'kan untuk dapat permukaan dibakar rata.
Tutup suis
oven dan biarkan kek di dalamnya selama 30 minit. Keluarkan bekas berisi air
dari oven. Biarkan kek betul-betul sejuk di dalam oven dengan pintunya
direnggangkan sedikit. (Permukaan kek akan kelihatan sedikit kering tapi jangan
sampai merekah, dan tengah-tengah kek akan bergoyang/jiggle sedikit apabila
loyangnya digoyangkan).
6.
Sesudah kek sejuk, keluarkan dari
oven dan hiaskan dengan hirisan mangga. Untuk tujuan mengilatkan dan
mengelakkan mangga teroksida menjadi hitam, cairkan glis apricot dan air dalam
periuk kecil di atas api yang kecil. Kacau hingga glis larut dan sapu atas
hirisan mangga tadi. Biarkan kek sejuk dalam peti sejuk selama 6 jam sebelum
dikeluarkan dari loyang spring form/loose pan dan dihidangkan.
Lets baking!
No comments:
Post a Comment