Salam semua.
Dah pertengahan bulan April ni. Cepat sungguh masa berlalu. Sibuk sangat sejak menjejakkan kaki ke Fidani ni. Ikutkan aku stat on 2nd April tapi tercepat sebab staf kat sini tiba2 dapat better offer kat tempat lain pulak. So kelam kelabut lah handover semua keje.
Kat sini tenang, aman damai. Sebab ofis ni dah lama so environmentnya tak lah canggih sangat tapi aku suka. Tenang. Tak de orang 'kacau'. Akaun pun tak complicated cam KD. InsyaAllah boleh handle. Cuma satu yang aku rindu kat KD tu bau harum coklat! Setiap kali keluar dari ofis nak ke guard house harum semerbak coklat menusuk2. Kat sini bau harum tu tak de. Mungkin production kat belakang so bau tu tak sampai ke depan. But it's still ok bila coklat2 nya aje yang sampai kat ofis ni..hehehe..bestnya!
2 3 minggu ni hujan di mana2. Last week paling teruk sampai banjir kat Klang. Kat rumah aku pun teruk gak akibat hujan ni. Kasut sekolah tak kering. Lagi teruk Anas punya. Weekends boleh lah jemur kalau weekdays camne? Semalam kasut habis basah bila dia melenjan kat padang sekolah yang becak. Tak nak pakai kasut lain. Nak yang tu jugak. So aku pun back to cara biasalah..basuh kasut spin dalam mesin basuh dan selit belakang peti sejuk. Kalau dulu2 letak bawah peti sejuk sebab peti sejuk dulu2 ada 'kaki'. Sekarang dah canggih semua flat kat bawah. Terpaksa selitkan je. Esok pagi gerenti dah kering. Cara terbaik untuk keringkan kasut dimusim hujan. (anak2..nanti boleh ikut cara ni ya..)
Entah kali ke berapa dah aku keluar masuk keluar masuk kat entry ni. Tak siap2 lagi. Kalau tak sibuk kerja atau tiba2 idea mati. Stop lagi.
Talam cendol ni rasanya memang sedap. Lemak2 manis. Bau cendol yang wangi tu memang buat rasa betul2 macam makan cendol. Resepi aku ambil kat sini. Resepi asal dari chef asma. Tapi aku modified sikit ikut cara aku. Untuk bahagian bawah aku ganti tepung jagung dengan tepung ubi. Campur semua bahan A kacau atas api hingga agak pekat baru campur dengan cendol. Kalau adunan cair nanti cendolnya terapung kat bahagian atas. Bahagian atas gula merah tu aku ikut cara aku juga. Aku campur gula melaka dengan gula merah dan gula pasir. Aku suka rasa lemak gula melaka tapi aku campur sikit dengan gula merah untuk mendapatkan warna yang agak gelap bila dah masak. Resepi aku kat bawah resepi chef. Halal ye chef.
TALAM CENDOL
Publish by: Resepidaria.blogspot.com
Sumber: Kelas talam chef asma
Lapisan bawah
Bahan A
200gm tepung beras*
250ml santan pekat*
450ml air*
1 tbsp tepung jagung*
450ml air*
1 tbsp tepung jagung*
150gm gula caster
1 tsp garam
1 tsp garam
Bahan B
200gm cendol @ 1 paket kecil
Cara-caranya:-
Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. Kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut).
Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastic. Kukus selama 25 minit
Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu.
Lapisan Atas
Bahan-bahannya:-
Bahan A
300gm gula merah (saya guna gula melaka/gula kampung)
50gm gula castor
500ml air
Bahan B
150gm tepung gandum
3 biji telur (boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur)
250ml santan pekat
1/2 tsp garam
Cara-caranya:-
Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit
Ini resepi versi aku.
Talam Cendol
Lapisan bawah
Bahan A
200gm tepung beras
4 cawan santan pekat
2 tbsp tepung ubi
2 tbsp tepung ubi
150gm gula caster
1 tsp garam
1 tsp garam
Bahan B
400gm cendol (1 mangkuk)
Cara-caranya:-
Masak bahan A sehingga naik wap dan agak pekat sikit dan masukkan cendol. Kacau rata dan tutup api. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik. Kukus selama 15 minit. Selepas masak cakar-cakar dengan garpu.
Lapisan Atas
Bahan A
100gm gula merah
150gm gula melaka
50gm gula castor
150gm gula melaka
50gm gula castor
santan secukupnya.
Bahan B
150gm tepung gandum
1 biji telur
1tsp vanila
Cara-caranya:-
Masak bahan A kecuali santan dengan sedikit air sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar. Tapis dan campurkan dengan santan menjadikan sebanyak 750ml. Ambil sedikit campuran santan dan gula melaka dan blend bersama tepung. Tuang ke dalam periuk dan campurkan lebihan santan gula melaka tadi. Pukul telur dan vanila. Masukkan dalam periuk dan masak sehingga naik wap dan agak pekat sedikit. (Kacau sentiasa agar adunan tidak berketul).
Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
Tips buat kuih talam cara aku:
Aku tak guna kain untuk tutup penutup periuk supaya tak bagi air jatuh. Aku buka tutup periuk setiap 5 minit dan lap. Selepas kuih talam masak buka penutup periuk dan biarkan selama lebih kurang 5 minit lagi sebelum tutup api untuk mengeringkan bahagian atas kuih jika terdapat air. Juga supaya kuih tahan lama.
Aku selalu guna cendol yang beli kat Pasaraya Hero. Cendol ni dalam bekas plastik putih (bekas taufufah). Cendol ni harum bau daun pandan dan bila dah masak warna hijaunya tak bertukar menjadi pucat. Rasa2nya kat Giant pun ada tak tau lah brand yang sama atau tak. Okey..sila lah try mencuba dan tambahkan koleksi kuih talam anda.
Kalau dah cuba tak menjadi secantiknya atau tak sempat nak buat order je kat aku. Contact/sms 0178927929 or email myrossi_ita@yahoo.com.my
murah je Rm20.00 satu loyang but self pick-up.
Daa...
Aku selalu guna cendol yang beli kat Pasaraya Hero. Cendol ni dalam bekas plastik putih (bekas taufufah). Cendol ni harum bau daun pandan dan bila dah masak warna hijaunya tak bertukar menjadi pucat. Rasa2nya kat Giant pun ada tak tau lah brand yang sama atau tak. Okey..sila lah try mencuba dan tambahkan koleksi kuih talam anda.
Kalau dah cuba tak menjadi secantiknya atau tak sempat nak buat order je kat aku. Contact/sms 0178927929 or email myrossi_ita@yahoo.com.my
murah je Rm20.00 satu loyang but self pick-up.
Daa...
No comments:
Post a Comment