Thursday, October 28, 2010

KAU YANG TERISTIMEWA

Setiap orang dalam hidup ini akan menemui seseorang yang dirasakan terlalu istemewa untuknya. Yang dekat di hatinya. Yang lekat di jiwanya. Tak kiralah siapa pun orang itu. Lelaki perempuan tua atau muda. Sesuatu yang istimewa di dalam dirinya yang hanya kita yang tahu dan hanya kita yang nampak dan tak terlihat oleh orang lain. Ada chemistry atau ada 'jodoh' kata orang tua-tua.

 Dalam hidup aku sendiri ramai orang-orang yang istimewa hadir dan ditemukan oleh Allah. Mereka datang dan pergi dan kadang kala kembali semula. Daun-daun kalendar yang gugur dan perjalanan hidup yang berliku dan bersimpang siur memisahkan aku dengan mereka-mereka ini. Hanya kadang kala tiba di suatu persimpangan mungkin ada yang bertemu kembali dengan berbagai-bagai cerita yang berbeza. Ada juga yang pergi tak kembali lagi.

 Woi!! tiba-tiba aku emo kenapa ni? Sebenarnya aku nak cerita pasal apa? Ramai orang yang sangat istimewa dalam hidup aku cuma yang aku nak khabarkan ini, seorang ini, satu-satunya yang paling teristimewa yang teratas di antara yang lain iaitu..please welcome my my my dearest buah hati...ANAS!
Yang lain jangan jealous ye..love you too!

Kenapa Anas tersangat-sangat istimewa dari anak-anak aku yang lain? Sebab.. dia memang istimewa! Anak-anak yang lain dah tak boleh marah dan tak boleh jealous kalau ada apa-apa pasal  Anas. Anas!..Anas!..Anas!..semuanya Anas!. Sebab dia orang dah faham sangat siapa Anas ni. Bukan aku nak minta atau meraih simpati atau memberi publisiti glamour untuk Anas di atas apa yang aku nak ceritakan ini. Cuma aku nak sesiapa yang baca kisah ni boleh menjadi panduan atau ikhtibar diri masing-masing. Niat aku cuma nak berkongsi sahaja dan selebihnya nilai sendiri.

Anas..anak nombor 5 aku..(yang terakhir kot..hee..hee..cam tak sure je..ialah tu.) Dari mula lahir dia memang lain dari anak-anak yang lain. Lahir secara ceaserean..yang lain normal. Doktor decided nak belah perut aku sebab jantung dia dah lemah. Tak boleh tunggu dah walaupun masa tu aku dah atas katil kat labour room. So..sign sendiri surat mati. Lepas tu dok kat ICU PPUM seminggu sebab komplikasi jantung yang lemah dan hanya bergantung pada mesin hayat. Doktor kata peluang hayat dia cuma 20% je sebab 80% bergantung pada mesin. Masa ni x boleh cakaplah perasaan cam mana. Mula-mula aku menangis gak lepas tu pelan-pelan belajar untuk menerima dugaan Allah ini.

Masa pantang aku tak macam orang dalam pantang. Berulang-alik ke hospital 2 3 hari sekali tengok Anas. Husband  aje yang tiap-tiap hari pegi hantar susu ibu untuk dia sebab doktor kata baby akan dapat imunisasi yang lebih kuat kalau minum susu ibu. Turun naik tangga dari tingkat 3 dengan keadaan perut yang masih berbisa. Pergi hospital, pegi rumah bidan kat Klang untuk berurut. Diri sendiri kena fikir juga. Badan kena jaga. makan minum masih berpantang seperti biasa cuma kena keluar-keluar tu tak dapat dielakkan. Kalau aku tak kuat sapa nak jaga anas nanti?  You all kat luar tu tak payah lah angan-angan nak bersalin ikut tingkap ni. Menyiksakan! Bersalin normal sakitnya cuma masa tu je tapi kalau ceaser berbulan-bulan.

Seminggu kat wad ICU Anas dah boleh bernafas sendiri cuma tiub kat hidung tak tanggal lagi. Lepas tu pindah wad biasa. Alhamdulliah! Cuma cabaran bagi aku nak jaga Anas dengan keadaan jahitan yang masih baru diperut. Nyonya kat sebelah katil aku  tu terkejut badak bila tau aku baru je seminggu lepas ceaser dah berjalan ke sana ke mari. 3 hari selepas tu dah boleh keluar bila Anas menunjukkan perubahan positif. Boleh menyusu sendiri tanpa menggunakan tiub. Anas masa kecil aku dah nampak keistimewaannya yang tersendiri. Dia baby yang tak comel tapi handsome! Kulit putih bersih. Yang jelasnya..hidung dia tercatuk! Itu yang aku nampak mula-mula sekali. Kawan-kawan ramai yang kata baby handsome.

Lepas tu dia macam baby yang lain. Membesar bagai johan. Maksud aku meniti fasa-fasa pertumbuhan seorang baby. Boleh mengiring, meniarap sambil kepala tegak macam kura-kura. Cute sangat! Mulut dah mula ba..ba..ba.. dengan macam-macam bunyi. Ketawa bila diagah. Senyum bila diacah. Tapi semua tu tak lama. Umur Anas masuk 6 bulan aku diuji lagi. Maha suci Allah yang mengetahui segala yang tersirat. Agaknya Allah nak bagi kekuatan jiwa dan rohani aku dengan ujian ini. Atau ini sebagai kifarah atas dosa-dosa lalu yang tak aku sedari dan ingati.

Apa ujiannya? Nanti aku story lagi ye..bersambung pulak dah.


IR :  Anas..anugerah terindah.

No comments:

Post a Comment