Yang pertama tidak semestinya yang terbaik tetapi sukar dilupakan sedangkan yang terakhir adalah untuk selamanya...
Wednesday, October 27, 2010
Apa ada pada nama.
Biasa dengarkan ayat tu? Biasalah..apa ada pada nama. Pada aku sangat besar maknanya lebih-lebih lagi nama aku yang ada iras-iras nama glamour gitu...hee..hee..bukan perasan tapi reality.
Tapi sebelum tu, aku panjatkan rasa syukur..Alhamdullilah kepada Alah s.w.t sebab akhirnya aku berjaya juga mencreate blog sendiri untuk kesekian kalinya. Aku harap siapa-siapa yang lalu dan singgah, yang lepak-lepak kat blog aku ni mendapat manafaat dan kebaikan, panduan dan rujukan atas sesuatu yang aku khabar dan kongsikan untuk semua. Aku rasa itu semua harapan blogger2 yang mula-mula berekspresi dengan blog masing-masing. Yang buruk dan hodoh itu dari aku dan yang baik dan indah itu tentunya dari Allah s.w.t.
Ok..pasal nama tadi. Dulu-dulu dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah aku tak berapa gemar sangat ngan nama aku ni. Bila aku kenalkan diri."Nama saya Rossitah". "My name is Rossitah". Reaksi yang aku terima ialah.."ooo..Rozita". Aku hanya mampu senyum kelat aje. Dalam hati tertanya-tanya weird sangat ke nama aku ni? "ya..Rozita" aku mengiyakan aje sebab dah malas nak membetulkan 'pronounsation' dia orang. Masa tu mula lah menyalahkan emak abah sebab letak nama yang aku rasa tak ada orang pakai nama tu. Namun segala-galanya berubah bila aku mula mendengar nama Paulo Rossi. Kenal siapa Paulo Rossi? Dia aku ingat tak ingatlah..rasanya bintang bolasepak Italy tahun 80an. Masa tu demam piala dunia. Bila sebut je nama dia yang terlintas kat kepala aku ni.."eh..nama dia ada iras-iras nama aku lah". Hmm..not bad!Sedap gak nama Rossi tu. Ada bunyi Italy sikit. So stat dari situ aku mula menyukai nama aku. Dan sejambak terima kasih pada kak Nora masa di asrama dulu yang memberi ilham untuk aku terus melekat dengan nama Ita Rossi sebagai nicknamed sampai sekarang. Kak Nora punya nicknamed ARON. Diterbalikkan dari nama NORA. So sweet! Untuk mak abah thanks alot untuk nama yang indah ini.
Nowdays, nama semakin unik dan panjang. Payah lidah nak menyebut. Boleh terkehel gitu. Tak payah aku listkan nama-nama yang pelik-pelik dan panjang sebab sejujurnya aku sendiri tak tau nak menyebutnya. Gandingan 2 nama yang berirama memang cantik dan sedap didengar seperti Emil Emilda, Reen Rania dan banyak lagi. Kalau nama yang panjang-panjang tu akhirnya akan disebut pendek juga. Maksud aku panggilan seharian seperti Rahmah jadi Mah atau Kamariah jadi Kay. Nama yang panjang pun menurut orang-orang tua akan 'memberatkan' diri yang empunya nama. Tak tergalas dik oii! Atau kata lain tak serasi. Satu lagi nama yang boleh buat tok iman fikir lebih 10 kali bila nak baca talkin sebab confuse islam ke tak. Atau pun menyusahkan tok kadi bila nak akad nikah. Masa ni tok kadi yang berpeluh bukannya pengantin. Masa nak baca talkin lagilah punya tergeliat lidah nak sebut. Apa-apa pun masing-masing ada hak sendiri untuk mencantikkan nama anak masing-masing. Cuma aku mengkhabarkan pesanan sahaja. Jangan ada yang terasa.
Nama anak-anak aku sendiri ada 3 nama di hadapan sebelum nama ayahnya yang cuma 1 nama itu saje. Last-last pun panggil satu nama aje dari yang 3 tu. Amirul, Faiz, Sofea, Imaan dan Anas. Ada juga anak sekarang yang pandai komplen nama dia orang tak best macam anak aku Sofea aka kak cik. "kenapa mama tak letak nama kita Siti Nurhaliza ke (sedap ke nama tu?) Amanda ke Zulaikha ke Natasha ke"..and bla..bla..bla..
Aku tak marah. Diam aje sebab aku dah experienced benda ni. Tak pe lah kak cik. Satu hari nanti kak cik akan temui keindahan nama Nurul Fitri Sofea itu.
So, you all. Rasanya enough for today as my first entry. Ada banyak cerita kat kepala ni nak dikhabarkan cuma masa terlalu berharga untuk seorang Ita Rossi ini.
Ir : Nama mu tetap di hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam perkenalan..
ReplyDeletenama saya cahayamata..lain dari lain:)