Saturday, April 19, 2014

LANGKAH BERMULA.


Assalammualaikum. Salam manis.

Hi!..pada yang dah baca entry2 aku yang lalu ada aku nyatakan bila aku dah bertukar tempat kerja dari KD ke Shah Alam ni aku nak mulakan aktiviti memotong lemak2 yang gebu dari badan. Setelah hampir 2 tahun di sini dengan susah payahnya nak mulakan langkah pertama ini dan secara rasminya pada 1 April yang lalu, aku telah mulakan langkah menjelajahi Taman Tasik Shah Alam ni setiap petang. 

Memang kena kuat semangatlah! Bila semangat dan berkobar2 dan meluap2 tup...tup. hujan pulak! Oh!...frustnya bila aku terpaksa memusing stereng kereta balik ke rumah. Tapi so far kalau hujan pun bila time jogging tu ia akan berhenti. Atau cuma tinggal rembesan gerimis halus sahaja. Tak jadi hal tu. Jogging pun atas trek/jalan berbatu tak de lah lecak/licin.

Sebelum ini ada sekali dua aku berjalan2 di sini tetapi selepas itu mati langkah. Tak kuat semangat. 1st April hingga hari ni dah jadi rutin setiap petang. Sebenarnya 'memaksakan' dan mencabar diri untuk teruskan jalan2/jogging ni. Selain nak ringankan badan/jaga kesihatan ada sebab utama yang lain yang mendorong aku untuk ke sini. 

Dalam first entry 2014 lalu kan aku ada tulis..ada impian untuk digapai! Insyaallah segalanya berjalan lancar dan hanya kuasa Allah sahaja yang dapat menghalang!..(besar bunyi hajat tu) nanti yer...ikuti cerita2 seterusnya sedikit demi sedikit akan tersingkap rahsia itu. Macam cerita MH370 yang terungkai sedikit demi sedikit tu. 


Mula langkah di sini tapi tengok keadaan. Kadang2 aku ngelat2 sikit ikut mood. 





Tasik Shah Alam. Hujung minggu penuh dengan pengunjung. Hari biasa agak lengang dan buat aku seram jalan sorang2.











satu hari nak cuba juga aktiviti berkayak ni.




1km bersamaan sebiji epal sahaja? kau dah makan berapa biji?..hihihi..aku tak makan epal, makan oren je.




Lambang kemegahan Bandaraya Shah Alam. Berdiri megah di tepi tasik yang tenang. Agenda terbaru aku untuk tahun ni juga..setiap minggu akan hadir ke sini. Satu lagi rezeki @ anugerah yang buat aku menitis airmata di awal tahun lalu. Nikmat mana lagi yang harus aku dustakan? Nanti kita share ye.








Restoren Nelayan rasanya ni. Jarang aku jalan2 sampai sebelah sini. Bila lalu sini anak2 akan ajak singgah. Budak2 ni pantang nampak tempat makan.

yang selalu diajukan:

"mama, kita laparlah!"

Jawapan yang cover semua soalan:

"tengah jogging tak boleh makan"
"restoren ni malam je baru buka"
"mama tak bawa duit"

tak lah kejam sangat. Not at the right time je.



Taman Tasik Shah Alam yang tenang dan damai. Persekitaran nyaman, pemandangan menyejukkan mata menenangkan jiwa. Banyak tempat2 lepak kat sini. Atas batu, atas rumput, ada pangkin kayu boleh posing2. Ramai juga couple anak2 muda, tua, setengah tua melepak kat sini. 















teguh berdiri walau daunan tidak merendangi.



penyeri tasik.









Ok, that's it! Satu cerita ringkas dan santai. Lepas ni nak panjat bukit pulak.


Bye. Have a nice weekends.










4 comments:

  1. Oh, dah lama sangat berhenti jogging di situ..masih ada lagi ke grup yang bertaichi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah nampak pulak group taichi tu che Mid. sebelah pagi kot.

      Delete
  2. Selamat berjogging ita.. plan nak tambah stamina menawan puncak Kinabalu ke ni? All the best sahabat... semoga semua yang didambakan sukses!

    ReplyDelete
  3. Memang kena kuat semangat ni... saya dah pernah laluinya termasuk disiplin dalam diet harian, dan sangat berkesan... tapi.... bila orang keliling puji saya pulak lupa daratan....akhirnya kembali kepada keadaan asal, jogging ke mana, diet pun ikut ke laut... hei, jangan ikut saya tau....he heheh.

    ReplyDelete