Wednesday, March 26, 2014

Tiada pengakhiran...

Assalammualaikum.

Berakhirkah sudah penantian kita terhadap MH370 selama ini?

Walaupun jawapan telah diberikan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi tetapi bagi aku agak sukar nak terima sebelum nampak bangkai kapalterbang, mayat2 mangsa atau apa2 sahaja yang dapat mengesahkan di situlah bersemadinya MH370.

Walaupun ahli keluarga redha menerima hakikat ini tapi seperti aku jauh di sudut hati mereka tentu masih menyimpan harapan agar MH370 ditemui dengan selamat. Kerajaan juga masih meneruskan usaha mencari sisa2 pesawat ini jika ianya benar2 jatuh di Lautan Hindi.
























"hilangmu dicari
khabarmu dinanti
pada jiwa-jiwa yang resah
yang gundah
yang lelah
harapan masih tinggi
untukmu ditemui

tangis sudah tidak berlagu
tiada kata-kata yang terucap
sendu membisu
tiba perkhabaran itu
langit biru menjadi kelabu
tersungkur kaku
dalam tangis yang beku

jasadmu tidak dimata
pusaramu tidak bertanda
langkah tidak mampu untuk ke sana
tangan tiada kuasa daya
menggapaimu ke dada

di daerah yang terpencil
di lautan yang sangat sunyi
di dasar yang terdalam
sang camar pun tak mampu terbang
tiada laluan kapal dagang
bersemadilah dengan penuh misteri
kehilanganmu tidak lagi kami tangisi
kerana kami mengerti
cinta Ilahi melebihi
 cinta kami...

andai suatu hari 
tiba-tiba engkau kembali
membawa kunci misteri
mampukah kami mengerti?"


Hanya Allah jua yang mengetahui. Tragedi MH370 menjadi satu lagi koleksi sejarah dalam negara Malaysia.

Innalillahhiwainailahirajiun....

No comments:

Post a Comment