Friday, September 20, 2013

DON'T BE SAD...JENTAYU YANG PATAH SAYAP.


Assalammualaikum.

Ada beberapa perkara besar yang terjadi semenjak dua menjak ini yang membuatkan blog ini sepi seketika. Satunya di entry sebelum ini. Satu lagi perkara yang terjadi selepas itu adalah cerita di bawah ini. Yang membuatkan langkah aku terhenti untuk ke mana2 even ke kenduri arwah abang Rashid di Selayang pun.

Ini cerita handsome boy aku yang satu ini. Aku pun tak sangka benda ni boleh berlaku pada Anas yang muda belia ini tapi kalau Allah dah kata 'kun fayakun' tu..memang tak leh nak kata apa dah.

Kita flashback ok. 

3 Sept. 2013 - lebih kurang jam 2 - 3 pagi Anas  ulang alik masuk bilik air aku (di master bedroom) . Sesekali dia muntah2 dan buang air besar. Salah makan budak ni..fikir aku bila tengok keadaan dia. Aku ajak tidur dengan aku tapi dia menolak dan masuk ke biliknya. Selepas itu 2 3 kali dia masuk lagi ke bilik air dan akhirnya aku paksa dia tidur dengan aku dan menyapu minyak di perut dan dadanya. Keadaan Anas dah mula lemah disebabkan muntah2.

Aku ingat nak bawa Anas ke klinik seawal pagi tapi bila melihatkan tidurnya yang pulas aku membiarkan sahaja. Mungkin keletihan kerana air telah banyak keluar dari tubuhnya. Aku kejutkan dia waktu jam hampir pukul 10 pagi dan bawa dia ke klinik dengan didukung oleh Amirul sebab keadaannya yang masih mamai2.

Di klinik Anas muntah2 lagi. Hati aku mula berasa tidak sedap. Teruknya budak ni.

Bila tiba giliran Anas dipanggil, doktor yang bertugas adalah doktor yang aku kenali. Doktor Dariush yang sudah berusia tapi masih segak dan bergaya. Rambut putih yang disisir rapi kebelakang, kemeja yang kemas bergaya, sedap mata memandang. Usikan2 doktor pada Anas tidak diendahkannya. Dia terlentuk di sebelah meja doktor. Ketika doktor memeriksa perut Anas dan menekan2 bahagian kanan perut muka Anas berkerut menahan sakit.

"sakit?" tanya doktor.

Anas hanya mengangguk.

"hhmm....appendix lah tu. Kau nak pegi hospital mana ni?" tanya doktor bertalu2 buatkan aku terpaku.

"hah!...are you sure doc?" (hihihi..dialog drama nih).

"I'm a doctor. Aku tau lah!"

Hah kau!..kan kena paku buah keras! Aku macam terlupa depan aku ni adalah seorang doktor.

"macamana muntah2 ada kaitan dengan appendix?" aku terus menyoal. Aku masih tak puas hati dengan jawapan itu. Lebih tepat aku macam tak percaya Anas kena appendix.

"muntah2 dan cirit birit adalah salah satu tanda2 appendix. Usia macam dia ni memang selalu kena. Lagi pun perut sebelah kanan dia sakit bila aku tekan. Rasanya dah teruk ni" penjelasan doktor yang buat aku tambah seriau.

Patutlah sebulan dua ini tidur Anas sering terganggu. Sering terjaga malam ke bilik air 2 3 kali. Aku ingatkan dia salah makan atau sakit perut biasa. Akibatnya dia susah bangun pagi dan sering tidak hadir ke sekolah.

Setelah hujan lebat berhenti tengahari itu aku dan hubby bawa Anas ke Salam Med. Centre. Kan aku pernah cerita dulu, Anas memang sangat2 fobia dengan hospital. Puas memujuk untuk berjumpa doktor baru dia nak masuk. Doktor di sini juga menegaskan kemungkinan besar sakit itu adalah appendix. Anas harus segera dimasukkan ke wad dan dibedah. Oh! tidak...aku tak dapat nak bayangkan macamana Anas akan melalui lagi segala procedure2 pembedahan ini. Pengalaman lalu dia masih segar diingatan.

Muka Anas dah siap mencebik2 bila aku bawa dia ke bilik rawatan untuk memasukkan drip di tangan. Bila dia dibaringkan dia dah mula menangis. Aku terpaksa peluk dan pegang tangan dia sementara doktor dan nurse2 memujuk berbagai cara agar dia tidak menangis. Setelah meronta2, sepak terajang Anas semuanya keluar dapat jugalah dimasukkan drip tersebut. Alahai...kesian Anas.

Anas mula berpuasa dari jam 5.00 pagi tapi seawal 12.00 tengah malam Anas dah tak makan dan minum apa2. Harap Anas dapat bertahan. Malamnya aku temankan Anas tidur di hospital. Lama dah tak tidur di hospital buatkan badan aku sakit2. Jangan aku pulak yang sakit..sudah!

4 Sept. 2013

Awal pagi lagi Anas dah bangun. Leka dia mengadap TV dengan bermacam2 cerita kartun. Kadang2 dia ketawa sendiri. Aku berdoa sangat agar dia tak minta makan! Biar dia leka begitu. Jadi ke Anas operate hari ni?


Sebab aku datang ke hospital semalam sehelai sepinggang dan hanya membawa telekung sahaja tiba2 aku rasa macam tak selesa. Tambahan pula perut mula berkeroncong walaupun breakfast sudah dihantar tapi tak mungkin nak makan depan Anas. Bila Amirul datang cepat2 aku menyelinap keluar balik ke rumah untuk membersihkan diri. Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi.

"cepat2 kak, doktor datang pukul 9.00" nurse mengingatkan aku bila terserempak dengannya di depan pintu lif.

Nasib baik hospital dekat dengan rumah. Selesai mandi manda masih sempat bersarapan dengan nasi lemak Pak Ayob yang superb.

Bila aku tiba di hospital, doktor telah selesai memeriksa Anas tanpa aku tahu hujung pangkal ceritanya. Masuk seorang nurse menghulurkan baju khas untuk ke Operation Theatre (OT) pada Anas.

"kak, doktor kata operate pukul 10.00 ye kak"

"betul ke appendix? Doktor dah scan?" aku masih tak puashati lagi.

"nanti saya panggilkan doktor"

Doktor Shukor tiba dengan fail di tangan sambil tersenyum. Dia menyelak2 helaian di tangan dan menunjukkan pada result yang diperolehi dari ujian darah Anas.

"tak payah scan lagi. Dah ada nanah dalam darah. Kalau lambat saya bimbang appendix tu pecah. Lagi bahaya".

Penjelasan doktor yang terus mengunci mulut aku.

Aku pandang muka Anas yang sudah mula sayu. Tengok mukanya yang keruh aku dapat baca apa dalam kepala dia. Terbayang kesakitan yang bakal dialami.



seperti Jentayu yang patah sayap..kalau sihat dia lah hero!










mencuba tersenyum walaupun payah.



Aku iringi Anas ke OT sementara menunggu hubby tiba. Wah!..melangkah masuk ke OT selepas melalui pintu yang berlapis2 aku sendiri merasa seriau.

 Melihat nurse2 berpakaian khas Anas sudah menjangka sesuatu akan dilakukan ke atasnya. Aku memberikan isyarat pada Anas bahawa doktor akan berbuat sesuatu pada perutnya. Tak lama. Sekejap dan sikit sahaja. Airmatanya mula mengalir. 

Bila hubby tiba keadaan menjadi 'meriah' seketika bila nurse2 tu perasan hubby adalah bekas patient yang pernah berada di OT ini. Ina, seorang kenalan yang juga jiran aku mencadangkan Anas terus disunatkan memandangkan dia akan dibius seluruh badan dan keaadaan Anas yang hyper adalah sangat sesuai ketika itu. 

Pada mulanya hubby seperti membangkang kerana bimbang Anas mengalami 'double' kesakitan tapi bila doktor memberitahu adalah tidak sesuai untuk melakukan bius seluruh badan dalam masa yang terdekat lagi barulah hubby setuju. 

Keadaan menjadi huru hara sekejap bila sekali lagi drama aksi berlaku di OT ini bila Anas cuba keluar dari bilik OT bila dilihatnya doktor bius memegang jarum suntikan. Dia cuba turun dari katil bila doktor memasukkan sedikit ubat bius di tangan. Anas meronta2 tanda protes dan menarik tanda nama yang melekat ditangan. Membuang strip yang berada di dadanya. Aku dan nurse2 yang memegang Anas hanya bertahan bila dia meronta2, menendang2 semua yang ada di sekeliling. Walaupun keadaannya sudah mamai2 tapi tenaganya masih kuat. Memang Anas ini anak yang kuat semangat. 

Tiba2 terdengar.."aduh!"..seorang nurse yang cantik molek putih melepak depan aku menjerit bila Anas mencubit lengannya. Maaf je lah ye nurse. Aku tahu memang sakit dan mesti lebam lengan nurse itu sebab aku sendiri pernah kena cubit dengan Anas masa bawa dia ke klinik gigi bulan puasa lalu.

Akhirnya doktor menyuntik sisa2 ubat bius ke tangan Anas dan Anas perlahan2 rebah di atas katil.

So..hari ini Anas akan dibedah membuang appendix dan terus disunatkan sekali. Sesuatu yang memang aku tak jangkakan.

Aku ni kan superwoman. Sementara menunggu operation Anas selesai, aku perlu membereskan juga tugas2 aku yang sedia menanti. Aku keluar hingga jam pukul 1.00 tengahari baru aku melangkah semula ke OT selepas diberitahu Anas dah selamat menjalani pembedahan. 


Keluar dari bilik OT. Masa ni dia cuma tahu perutnya dibedah tapi tak tahu 'anu'nya sudah berubah wajah.





Bila sudah berada di wad Anas tidak mahu berbaring. Nak buang air pun masih mahu ke tandas. Aku kesian tengok dia yang masih lemah berulang alik ke tandas. Rasa seperti hendak muntah dan buang air tapi tak ada apa2 yang keluar. Tak tau macamana aku nak bagi isyarat nak bagi tau dia semua tu disebabkan oleh kesan dari ubat bius itu.

Hampir 10 kali keluar masuk bilik air aku yang jadi penat. Bila aku lambat nak pimpin dia, dia sendiri yang menyeret besi penyangkut antibotik di tangan ke dalam toilet. Anas..anas..

Mujur cikgu Anuar Penolong Kanan Hal Ehwal murid sekolahnya datang melawat petang itu dan aku minta cikgu itu memberitahu Anas dengan bahasa isyarat apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang patut dilakukan selepas operation. Anas hanya mengangguk sahaja apabila Cikgu Anuar menerangkan satu persatu pada dia.


Jam 8.00 malam baru aku memberikan sedikit air pada Anas setelah lama tidak menjamah apa2. Mujur dia tidak mengalami kesan yang kuat akibat dari ubat bius itu. Dan malam itu giliran hubby pula tidur dihospital menunggu Anas.

Inilah usus Anas yang dikeluarkan. Sudah mula membengkak. Bila Anas tengok gambar ni aku letak di FB selepas keluar dari hospital dia begitu teruja menunjukkan pada setiap orang yang datang ke rumah.





Hari ke 3 di hospital Anas sudah mula segar. Keadaannya tidak seperti orang sakit. Dia sudah mula menyarung seluar pendek yang longgar dan besar. Sudah mula meround hospital ini. Sudah mula boring! Sudah mula berkemas2 ajak balik! Ramai yang terperanjat tengok keadaan dia yang aktif. Bukan aku sengaja membiarkan dia seperti itu. Bukan aku tidak menegah tapi Anas yang tak betah. Macam itu lah setiap kali dia keluar masuk hospital sejak dari kecil lagi.

Hari Jumaat petang 6hb Sept. Anas dibenarkan keluar dari hospital. Senyum meleret dibibir. Tak nak naik kereta dengan aku tapi nak ikut ayahnya naik motor. Tiba di rumah terus capai basikal, cari senapang main dengan kawan2. Aduhai..tepuk dahi urut dada aku dibuatnya. Hanya mampu berdoa Anas sihat dan tidak mengalami apa2 komplikasi selepas itu. 

Ada betul ka? Tunggu selepas ini.

Thanks for reading. 

Adios.














2 comments:

  1. Terer sungguh bujang sorang ni ya.. sabo jela nurse kena cubit.. mungkin pengalaman pertama dan terakhir nurse tu kut.. he he..apa pun moga kini sihat dah ya..

    ReplyDelete
  2. baru sempat nak baca.. hahaha.. nurse kena cubit~ 1st time dengar! Semoga cepat sembuh Anas!

    ReplyDelete