Assalammualaikum dan salam manis.
Jerebu bertandang lagi. Sesak nafas tanpa udara yang fresh. Kiranya kat Melaka dan Muar sekarang ni teruk bebeno dengar ceritanya. Kat sini masih ok dan pagi ini mentari agak cerah juga tanpa diseliputi jerubu. Awasi anak2 dan kepada yang alah dengan jerubu ni gunakan topeng muka dan jangan terlalu terdedah di luar rumah. Tapi anak aku Anas, memang cukup 'kebal' lah dengan cuaca panas dan jerubu ni. Aku tak bagi main kat luar pun tiba2 berdesup dah hilang. Cam tak de apa2 je kat dia.
Masih lagi dengan cerita Melaka. Kira part 2 lah ni. Jarang aku publish cerita kat Melaka dalam blog ni so sekarang nak bagi laluan red carpet pada cerita2 di sana pula. Hari ke 2 di kampung. Pagi2 lagi selesai breakfast anak2 dah sibuk mencari air Long Chan. Korang pernah dengar, pernah rasa air Long Chan ni?Pernah tengok? Orang Melaka pejam mata pun boleh nampak air Long Chan ni sebab aku rasa rata2 orang Melaka membesar dengan minum air ni. Ini lah dia air Long Chan tu.
Masih lagi dengan cerita Melaka. Kira part 2 lah ni. Jarang aku publish cerita kat Melaka dalam blog ni so sekarang nak bagi laluan red carpet pada cerita2 di sana pula. Hari ke 2 di kampung. Pagi2 lagi selesai breakfast anak2 dah sibuk mencari air Long Chan. Korang pernah dengar, pernah rasa air Long Chan ni?Pernah tengok? Orang Melaka pejam mata pun boleh nampak air Long Chan ni sebab aku rasa rata2 orang Melaka membesar dengan minum air ni. Ini lah dia air Long Chan tu.
Sejak kahwin dengan orang Melaka 22 tahun lalu sejak itulah aku kenal Long Chan. Setiap kali balik kampung hubby memang beli berbotol2 bawa balik ke Selangor. Bagi orang2 Selangor rasa air yang seakan dah jadi trademark orang Melaka ni.
Air ni ada beberapa perisa. Yang paling disukai ialah perisa ais krim soda dan sarsi. Air ni kurang 'gas' tak seperti air berkarbonat yang biasa. Kalau masa raya tak order awal2 lagi memang melepaslah..kalau tak de air ni rasa tak lengkap raya. Biar tak de rendang asal ada air Long Chan...(ia ke?) Kalau ke Melaka jangan lupa ye cari air ni. 'Lowered' gak lah Highway Star aku bawa balik air ni ke Shah Alam hampir 60 botol.
Kenduri kahwin di Melaka ni biasanya bermula seawal 11.00 pagi tetamu dah sampai. Kita orang plan ikut je kak Shima ke rumah saudara2 yang berkenduri. Ada 2 3 kenduri hari ni. Tengah bersiap2 masuk lah sms yang aku sifatkan sms rezeki datang melayang, jatuh tergolek2 atas riba...hihihi...
"k ita kat Melaka lagi ke? Datanglah rumah kita kat Parit Penyengat ayah Liza ada masak Nasi Beriani gam".
Hah! ambik kau. Ya Allah..aku rasa macam Allah dengar je kekecewaan aku semalam nak makan nasi beriani tak dapat. Terus balas sms Liza.."ok set." Parit Penyengat tu kat mana? Tak kisahlah belakang kira nanti boleh cari. Aduhai...beriani gam seakan melambai2 dah...
Ini adalah deretan kereta antik di sebelah rumah pengantin di Parit Penghulu rasanya. Aku rasa tuan tanah ni jadikan kawasan rumah ni macam sebuah kawasan pameran dengan reka bentuk rumah Melaka yang masih dikekalkan (maaf gambar rumahnya tak de). Next time kena find out sejarah rumah ni.
Di rumah pertama ni pun tak sempat nak snap apa2. Makan pun cepat2 je nak ke kenduri lagi satu nun di Bukit Katil. Namun masih sempat menikmati kesedapan nasi minyak orang2 kampung kat sini. Masak secara rewang. Sedap! sampaikan masa bersalam ngan keluarga pengantin terkeluarlah pujian aku tang nasi minyak tu. Ikhlas ye!..sebab benda betul apa salahnya bagi pujian pada mereka. Selalunya kalau kita ikhlas Allah akan membalas tanpa kita duga. Bapa pengantin bagi aku bunga telur dan tambahan nasi berkat yang orang lain tak dapat. Jeles lah kak Shima dan kak Leha. Oh! rezeki akulah dapat nasi minyak tu..alhamdulillah.
hah! yang ini belum masuk kategori kereta antik lagi.
Dikenduri kahwin yang ke 2 di Rumah Melaka di Bukit Katil. Siapakah pengantinnya? Korang kenal kot? Wah! baru lah aku tau emak pengantin ni rupanya sepupu sebelah hubby. Adik beradik bapa mertua ramai. Anak2 mereka pun ramai juga. Bila dah berkeluarga masing2 duduk merata2. So tak ramai sepupu2 hubby yang aku kenal. Aku rasa anak sepupu hubby ni lagilah tak kenal aku kot. Jom..memperkenalkan sedara mara sebelah hubby.
ini lah kad undangan pengantinnya. Izza dan Zhafri. Izza ni lah wartawan Melodi yang pakai tudung tu. mesti korang pernah tengok kan?
Majlis diadakan di Rumah Melaka.
Hang mana ni? Hang Kasturi, Hang Lekir? Jangan jadi 'hangtu' sudah...
anak2 buah hubby..
sama tak?
orang kata muka Faiz dan Iman wajah orang Melaka. Samakan ngan anak2 buah hubby yang kat atas tu..'sihat2' semua.
my hero..gaya macam pro..
abang Midi with daughter and wife kak Midah.
menunggu pengantin tiba.
Dikenduri kahwin yang ke 2 di Rumah Melaka di Bukit Katil. Siapakah pengantinnya? Korang kenal kot? Wah! baru lah aku tau emak pengantin ni rupanya sepupu sebelah hubby. Adik beradik bapa mertua ramai. Anak2 mereka pun ramai juga. Bila dah berkeluarga masing2 duduk merata2. So tak ramai sepupu2 hubby yang aku kenal. Aku rasa anak sepupu hubby ni lagilah tak kenal aku kot. Jom..memperkenalkan sedara mara sebelah hubby.
ini lah kad undangan pengantinnya. Izza dan Zhafri. Izza ni lah wartawan Melodi yang pakai tudung tu. mesti korang pernah tengok kan?
Majlis diadakan di Rumah Melaka.
Hang mana ni? Hang Kasturi, Hang Lekir? Jangan jadi 'hangtu' sudah...
anak2 buah hubby..
centerpiece yang simple.
orang kata muka Faiz dan Iman wajah orang Melaka. Samakan ngan anak2 buah hubby yang kat atas tu..'sihat2' semua.
abang Midi with daughter and wife kak Midah.
menunggu pengantin tiba.
sepupu2 hubby from singapore.
kak Leha (kakak hubby) dan daughter dak zimah. Yang tudung hitam tu tak tau nama juga sepupu hubby dr Singapore.
abang Bakar(berdiri) dan Kak Shima kakak hubby.
seorang lagi Singaporean - Nurul. Dalam reramai adik beradik dia yang datang aku cuma tau nama dia sebab pernah bertandang ke rumah dia dulu..long...long time ago.
doorgift untuk tetamu.
satu!..dua!...kamu!
candy corner yang menjadi tumpuan.
sporting mama!..
dak Iman. Pak Andak suka nau menyakat Iman yang bambam..
hatiku untuk mu. Ko ado?
tetiba je hubby tersporting. I see you, you see me with love..heh..heh..heh...
sign autograf pengantin.
Lama juga di sini berjumpa saudara mara. Tunggu pengantin sampai pukul 2.00 tak tiba2 kita orang terus berangkat menuju ke Muar mencari Parit Penyengat pulak.
Sampai Muar stranded dalam jam yang teruk. Terlupa lak hari tu hari Sabtu. Aduhai..kesabaran teruji juga dengan suasana panas dan bersesak2. Sabar je lah. Berpusing2 mencari jalan keluar semula ke Lebuh AMJ menuju ke Parit Jawa. Parit Penyengat atas sikit dari Parit Jawa. Mula lah aku menggelabah dan membebel kat hubby sebab masuk ke Bandar Muar dan tak ikut AMJ yang aku rasa lebih cepat. Bukan nak cepat makan nasi beriani tapi aku rasa tak selesa bila dah berjanji tapi sampai lambat. Lagi pun Liza kata nak balik Bahau lepas Asar. Sabar je lah hubby dengan leteran aku. Sampai di rumah Liza dekat pukul 4.00 petang dan nasi beriani masih di atas dapur.
Kami dihidangkan dengan kuih muih dan pengat pisang yang sedap. Lemak2 manis. Emak Liza memang pandai memasak. Kalau korang lalu di Parit Penyengat tu ada sebuah gerai makan betul2 di simpang kiri masuk ke Parit Penyengat tu lah kedainya. Kedainya dibuka sebelah pagi sahaja. Macam2 ada. Nasi Lemak, soto, mee rebus dan mee bandung.
sedap kuih ni boleh lah cuba nanti.
Taraaa.. pukul 5.00 petang baru siap nasi beriani. Sebenarnya ayah Liza dapat order untuk masak nasi ni so kita orang tumpang sekaki. Nasi Beriani by Pakcik Midon ni memang terkenal di sekitar sini. memang sedap! Beras bathmatinya panjang2 dan sebiji2. Diganding dengan kambing beriani yang lembut dan ayam masak merah yang lazat.
Nasib baik lah perut agak kenyang sebab dijamu dulu dengan pengat pisang. Kalau tak..itu pun habis gak 2 pinggan!.
nasi beriani seperiuk besar. Dimasak bersama kambing beriani di lapisan bawahnya.
kambing beriani.
ayam masak merah. |
Alhamdullilah..kenyang sudah! Tercapai jugak hasrat nak makan nasi beriani yang sedap. Terimakasih Allah.
Permisi.
Tak perasan jenama apa...tpi botol macam tu mmg femes masa zaman kecik2 dulu...yg menjadi pilihan tentulah oren hehe...agaknya itu je yg reti minum kot
ReplyDeleteOkje jarang sungguh makan nasi briyani kat muar tu..walaupun mmg org Muar hehe...Teringin nasi briyani selalunya kat KL haha
Puasa puasa ni... x menahan tengok nasi beriani panas2 tu... waaaaa! Jiran seblh rumh mak kat KKB pun org Melaka tp x pnh pun merasa air Long Chan ni.. yg dgr selalu hanya "hawau lahabau" aje.. hehhhe..
ReplyDeletealahai yan...kalau nak merasa habaq mai. Raya nanti aku balik melaka lagi aku simpan utk kau sikit. lain rasa dari Kelantan punya. Hawau, lahabau dah tak dengar sangat dah sebab sekarang generasi lama ramai yang dah tak de.
Delete