Assalammualaikum. Salam manis. Salam bahagia.
Lama juga aku tidak menulis lagi. Bukan tidak ada cerita2 yang nak dikongsi tapi kadang2 mood untuk menulis hilang. Kalau menulis ada cerita yang nak disampaikan tapi kalau hati kata tak ada hati nak menulis (boleh faham ke..?) aku tak akan menulis. Sebabnya nanti apa yang aku tulis yang bukan dari hati akan jadi seperti tulisan yang 'kering' dan tak berseni. Lebih baik diam dan pendamkan hingga ada rasa hati nak menulis. Biarlah ceritanya dah basi tapi bila menulis dari hati pasti berseri2.
Aku baru lepas 'berjalan2' di alam maya ini sebentar tadi. Tak jauh pun hanya singgah di satu blog yang sangat femes ini. Wah! gerun rasanya! Bukan sebab ramainya follower tapi sebab ramainya follower2 yang mengutuk mengata.
Macam tu ke dunia blogger? Yang jadi mangsa adalah blogger itu sendiri dan juga seorang blogger lain yang dikutuk dalam blog itu (boleh faham ke..?)
Dunia tanpa sempadan. Hati orang lain2. Ada suka ada tak suka. Satu yang selalu aku ingat, kita ada Allah yang akan mengadilinya. Komen lah yang berhemah. Walau orang tak tau identiti kita tapi Allah tahu. Itu lebih penting.
Kadang2 bersyukur juga jadi blogger kecil2an ini. Kadang2 takut juga bila tengok..eh! tingginya trafik ari ni walaupun trafik ari ini lebih seciput je dari semalam tapi hati tetap rasa cuak. Tak ramai follower tapi ramai yang membaca. Silent reader. Malu ke nak jemput aku bertandang ke blog tuan hamba?
Blog aku biasa2 sahaja. Cerita tentang kehidupan kita yang berbeza. Yang baik ambil dan simpan jadikan panduan. Kalau tak suka jangan sakit2 kepala, jangan nak sengal2kan rasa..sila2lah ye..." kau nampak itu pintu besar..? hihihi...tst lah. Tak payah lah meninggalkan jejak yang berdosa. Simpan pahala itu untuk diri sendiri.
Aku selalu juga masuk ke satu blog ini. Kalau disebut mesti semua orang tahu. Walau femes walau ramai follower memuji2 namun ramai juga yang mengeji. Walau pun kadang kala penulisannya agak meninggi diri seperti menunjuk2 tapi bukan itu yang aku cari. Mungkin si dia sudah begitu tertulis gaya diri. Biarkan dia selagi tidak menyusahkan diri aku. Apa yang aku cari di blog dia?
Oh! aku suka lihat cara dia menghias rumah, yang boleh dijadikan idea untuk hias rumah aku walaupun bahan2 yang diguna aku tahu tak dapat menyamai harga barang2 dia.
Oh!..aku selalu skodeng dapur dia yang menyajikan masakan sedap2 untuk keluarganya yang aku boleh sediakan juga untuk memenuhi selera anak2ku.
Oh!.. aku juga suka lihat penampilan dia yang kemas dan petua2 menjaga kecantikan dan kesihatan agar aku juga sentiasa sihat dan cantik macam dia...(uhuk!).
Oh!..aku juga tidaklah seperti katak di bawah tempurung bila berkunjung sama berholiday bersama dia dan keluarganya walaupun hanya melihat2 gambar di blog dia sahaja. Sekurang2nya pengalaman dia telah menjadi panduan aku bercuti di Bandung dahulu walau pun dia sempat menempah langsir di sana tapi aku cuma mampu beli kain langsir sahaja.
Oh!...maaflah..aku masih belum jadi follower dia walaupun selalu ternanti2 cerita2 baru dia yang buatkan orang2 yang dengki semakin busuk hati. Belum terbuka hati nak jadi follower tapi dalam hati aku selalu kata...dia sebenarnya terus 'hidup' di hati setiap orang yang membencinya.
Tak kenal maka tak cinta. Benci jangan terlalu nanti benci bertukar rindu.
Satu cerita di bawah ini yang tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati atau yang dengan di atas nun.
Seorang kenalan lamaaaa sangat! mempelawa aku ke sebuah kelab tersohor di sini untuk bergebang2 setelah lama tidak berjumpa. Mula2 bermasage2an aku memang peramah giler. Kira dia memang 'satu kepala' dengan aku. Topik apa sahaja kami memang serupa bak kata orang duduk sama rendah berdiri sama gah. Tapi bila tiba2 dia kata nak jumpa aku kat tempat yang dah macam rumah ke 2 dia, yang selalu dia main tenis kat situ, aku tiba2 rasa kerdillll...kecikkkk...ya amat! Tiba2 jadi pendiam, mulut terkunci ayat2 jadi padam. Aku ingat aku dah cukup mengenali dia tapi rupa2nya tidak. Kami sama tapi tak serupa. Aku lebih suka bergebang2 di kedai kopi, kedai mamak atau nak kelas sikit di Old Town atau Mc D. Aku masih mempertimbangkannya. I'll think about it!.
Tanya hati dulu..
Assalam... cerita dari hati? entahlah ita.. manusia ni mcm2 ragam namun spt biasa, ada aku kisahhh... menulis terus menulis!! hahaha..
ReplyDeleteiye yan..kita kalau menulis surat dulu mcm tulis novel. Berkajang2. Janji tak menyusahkan orang. Hidup ni sekejap je. Hidup ini mudah hidup ini indah.
Delete