Assalammualaikum.
Hi!..bertemu lagi. Rasanya tak sabar nak menghabiskan cerita Anas yang sangat panjang ini.
Sementara mood nak menulis masih ada lebih baik aku teruskan. Jika tidak akan jadi pekasam lagi.
Pagi ni aku terbaca berita tentang kanak2 yang mati tertinggal di dalam kereta ibunya. Kealpaan yang menjadi sebab musabab dan membawa kepada kematian. Huh!..mesti hancur luluh rasa hati si ibu bila mengenangkan hal ini. Trauma!. baca cerita sedihnya. Aku pun kadang2 selalu macam tu. Bukanlah terlupa anak dalam kereta tapi tiba2 boleh terlupa perkara2 yang dah selalu dibuat lagi2 bila otak ni ada macam2 benda yang nak difikirkan.
"..berlari lah dan terus tertawa
walau duniamu tak seindah syurga.."
Hidup Anas berubah 360 darjah bila dia mendapat 'kaki' dan dari kanak2 yang longlai Anas menjadi sangat aktif. Dari usia 3 hingga 5 tahun macam2 hal yang terjadi. Setakat jatuh, luka, calar balar sana sini, kaki kena ekzos motor dah jadi perkara biasa pada Anas. Dia akan menangis sekejap sahaja macam tak rasa sakit. Aku selalu fikirkan..agaknya budak ni dah imun dengan rasa sakit kesan dari ubat2 yang diberikan masa dia kecil dulu.
Barang2 dalam rumah juga dah banyak tak selamat hingga memaksa aku pasang safety gate di pintu dapur. Pernah sekali Anas terlepas ke dapur dan main2 dengan pisau2 dalam laci dapur. Entah macamana dia boleh jumpa pisau tu.
Kalau bermain2 di luar rumah Anas akan 'mengerjakan' kanak2 yang seusia dengannya. Ada sahaja yang dilakukan hingga budak tu menangis. Pantang sekali kalau masuk ke rumah orang dan jumpa cd2 dia dengan selamba akan ambil dan pandai pulak tu memilih cerita2 yang digemarinya. Adoii..memang pening kepala lah nak bawak Anas ke mana2. Semua barang dia nak usik. Tuan rumah hanya senyum2 tapi dalam hati aku pun dah boleh agak..mesti bengkerk punya! Pendek kata memang haru birulah hidup aku nak kawal dia dalam dan luar rumah. Seingat aku sekali sahaja aku bawa dia ke pasaraya lepas tu tobat lah tak bawa lagi. Nah! duduk sahaja kau di rumah diam2. Segala apa yang ada di depan dia semua dia nak capai sampaikan aku terpaksa memendekkan shopping aku pada hari itu.
Jiran2 di sekeliling tak ramai yang tahu keadaan Anas cuma yang dekat2 sahaja yang tahu. Sebab fizikal Anas yang normal ramai juga yang beranggapan dia faham keadaan sekeliling tapi sebenarnya tidak. Anas faham sesuatu itu jika benda itu berlaku di depan matanya. Aku tak boleh nak explain buruk baik sesuatu sebab dia tak akan faham. Bila benda tu terjadi then baru dia tahu benda tu elok atau tidak dan serik untuk mengulanginya.
Ada 2 3 perkara besar yang berlaku dalam hidup Anas yang meninggalkan kesan hingga ke hari ini. Mungkin juga sebab kelalaian aku dan 'kebuasan' dia perkara itu terjadi.
Sebab Anas ini budaknya tak reti duduk diam, ketika berkunjung ke rumah seorang rakan Anas telah terjatuh di tangga rumahnya yang tinggi. Akibat dari itu dahi Anas mengalami luka yang teruk dan dalam. Darah membasahi seluruh bajunya dan baju aku juga. Panik sekejap! Aku bawa Anas ke klinik tetapi doktor nasihatkan bawa ke hospital sebab luka yang dalam hingga menampakkan tulang/tempurung kepala yang berwarna putih.
Malam2 buta tu aku dan hubby bergegas ke PPUM. Setelah diperiksa doktor mula menjahit luka tersebut tapi tahulah Anas ini sangat lasak. Dia meronta2 sambil menangis walaupun dipegang oleh beberapa orang staff. Akhirnya doktor terpaksa menyarungkan Anas dengan baju seperti baju orang sakit mental tu, yang diikat dibelakang dan tangannya juga diikat. Doktor menjahit luka Anas tanpa bius!...ops! mungkin bius sikit yang hanya disapu disekeliling luka. Just imagine..Anas menjerit2 masa kena jahit tu dan aku hanya mampu berdoa agar proses itu berakhir dengan cepat.
Selepas mendapat hampir 8 jahitan aku bawa dia pulang dengan kepala berbalut lagi. Dia tertidur dan sekali sekala tersendu di dalam tidurnya. Esok harinya dia sudah bermain seperti biasa cuma kali ini aku pula yang resah sebab dia asyik nak tarik benang jahitan dikepalanya! aduhai...Anas..Anas.
masa ni dahi clear lagi bersih licin. Muka cam budak baik je..sebab baru bangun tido. 'Temperature' dia belum naik lagi.
Parut di dahi hingga sekarang masih nampak. Ini sewaktu berusia 6 tahun (dah pandai melawa... rambut tegak2)
Kata orang mulut ibu itu masin. Aku akui itu sebab aku tahu mulut aku memang masin pada perkara2 yang tidak elok. Kenapa ekk..tak berlaku pada benda2 yang elok2 dan baik2 sahaja? Aku pernah kata apalah lagi yang akan jadi selepas ini.
Beberapa bulan setelah luka Anas sembuh terjadi lagi satu insiden yang mencabar kesabaran aku. Ketika aku mula bekerja semula Anas ditinggalkan dengan pembantu. Suatu petang jiran aku menelefon bagi tau tangan Anas terluka teruk dan darah mengalir tanpa henti. Sampai di rumah Anas masih lagi menangis. Sebenarnya jari kelinking Anas yang luka. Bila aku buka balutan aku nampak luka yang kecil tapi dalam dan darah tidak henti mengalir. Setelah dipujuk2 Anas menunjukkan bagaimana jari dia terluka. Dia membawa aku ke dapur dan menunjukkan sinki dapur yang dibuat dari aluminium dan jarinya terluka sebab aluminium yang tajam di bawahnya. Entah bagaimana terjadi memang aku tak akan dapat jawapannya. So, aku andaikan mungkin urat di jarinya luka atau terputus!
Sekali lagi PPUM menjadi sasaran aku dan hubby. Kali ini memang teruk dan Anas admitted untuk 3 hari sebab jari kelinking tu kena buat operation. Waduh!...nampak kecik sahaja tapi dalam lukanya. Salah satu uratnya putus dan kena sambung supaya jarinya pulih semula. 3 hari duduk di wad memang menyiksakan. Berkongsi katil dengan Anas dan paling mencabar nak jaga dia yang tak tahu duduk diam. Walaupun tangan berbalut dia tetap aktif ke sana ke mari.
Lagi sekali sejarah kelahiran Anas dibongkar. Ambil darah 2 3 kali. Setiap kali ambil darah tangan Anas dicucuk untuk mencari urat yang baru. Memang PPUM ini digelar 'dracula' oleh pesakit2 sebab aku dulu pun patient PPUM ma..aku tau lah. Pengalaman ini yang buatkan Anas fobia bila setiap kali aku bawa dia ke klinik atau hospital selepas itu hinggalah sekarang ini.
Hari ke 2 baru operation dijalankan dan aku bawa Anas hingga ke dalam bilik operation. Dia seakan tahu2 je. Dia menangis dan meronta2. Doktor bius dia masa dia di ribaan aku. Bila dia dah mamai2 baru diletakkan di atas katil. Aku menunggu hampir 3 4 jam baru semuanya selesai. Dengan segala apa yang telah aku lalui sebelum ini aku hadapinya dengan tenang. Segalanya aku serahkan pada Allah. Jika dah tersurat takdir Anas begini aku terima seadanya sebab Dia yang lebih mengetahui.
Masa ni dah nak discharged. Mainan pistol tu dibeli di kedai hospital bila lepas operate dia dah start nak round satu hospital.
Usia Anas terus menginjak tahun demi tahun. Aku tidak sabar nak tunggu dia membesar dan harap hyperaktifnya itu semakin berkurangan. Tidak. Malah bertambah lagi. Ketika Anas bermain2 di taman depan rumah aku bersama pembantu sekali lagi dia tercedera. Kali ini lidahnya pula yang terbelah! Bagai diatur2 segala yang terjadi ini. Sekali lagi aku pasrah.
Mustahil untuk Anas memberitahu aku macamana semuanya terjadi. Aku dan hubby membawa Anas ke Darul Ehsan Medical Centre. Doktor menyarankan satu minor operation dibuat pada lidah Anas bila dia tidak dapat memeriksa lidah itu sebab Anas tidak membuka mulut dan cuba menggigit tangan doktor. Doktor bimbang jika belahan luka itu sampai ke bawah lidah.
Memang minor operation sebab tengahari buat beberapa jam dah boleh balik. Minor..minor pun ribuan ringgit terbang melayang. Laju bagai air mengalir demi seorang anak ini. Bila aku tengok hasil jahitan itu memang nampak sangat sempurna. Hasilnya halus dan berseni jahitannya hingga tidak meninggalkan bekas pun. Itulah harga yang terpaksa dibayar atas 'kesenian' doktor itu.
Bibik jiran aku pernah berkata.."Anas ini ibuk, anak duit. Sekarang ibuk mungkin susah tapi bila Anas dah besar nanti akan ada balasannya pada ibuk. Sabar sajalah"..insyaallah bik..
Aku selalu pesan pada anak2 yang lain jangan buat sesuatu yang tak elok di depan Anas sebab dia akan ikut sahaja apa yang dibuat orang walaupun hanya perkara main2.
Satu hari Ayoi called aku di ofis dan memberitahu sesuatu telah terjadi angkara adiknya ini. Aku hanya mampu melepaskan keluhan berat setelah dia selesai bercerita.
Pulang dari kerja petang itu sebaik aku keluar dari kereta aku lihat jiran aku Kak Odah dan anak lelakinya yang tinggal di tingkat bawah sekali sedang menanti aku. Sebab dah tahu duduk aturnya perkara aku tenang2 sahaja. Kak Odah mula bersuara dengan nada yang agak tinggi.
"Ita, ni Anas dah pecahkan cermin kereta anak akak. Ni batunya dibaling dari atas...bla..bla..kereta..bla..bla..ganti..bla..bla..."
"ok kak Odah, sorry ye. Nanti suami ita bawa kereta ke bengkel" cepat2 aku pintas cakap Kak Odah. Malas nak dengar aduan yang sama 2 kali.
Aku pun tak tahu macamanalah Anas boleh buat macam tu. Kereta tu parking di bawah rumah dan menghadap ke hadapan tapi yang pecahnya cermin belakang bukan cermin depan. Besar juga batu yang Kak Odah tunjukkan. Tak tau lah Anas dapat dari mana tapi aku rasa dia mesti nampak ada orang baling2 benda dari tingkat atas dan ikut cara itu. Sabar je lah.
Banyak sungguh dugaan dalam membesarkan Anas. Sampai aku rasa macam tak tertahan lagi. Rasa nak kurung aje Anas dalam rumah. Bila aku muhasabah diri memang Allah itu benar2 menduga aku. Dulu aku seorang yang panas baran dan garang pada adik2. Dugaan itu semua untuk mengajar hati dan menguatkan iman aku agar selalu bersabar dan bertenang.
Untuk anda di luar sana yang mempunyai anak2 istimewa ini jangan berasa malu untuk mendedahkan mereka pada masyarakat. Masyarakat hari ini lebih terbuka dan dapat menerima anak2 ini. Mungkin pada permulaan akan ada sedikit rasa janggal tapi lama kelamaan menjadi kebiasaan.
Jangan lupa mendaftarkan mereka di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapatkan kad OKU mengikut kategori masing2. Kad ini banyak kelebihannya kepada mereka terutama dalam hal2 yang berkaitan persekolahan atau perubatan hinggakan bantuan untuk OKU ini dimasukkan di dalam Belanjawan Negara. Jangan lepaskan peluang. Grab it!
Anas sendiri mendapat keistimewaan di hospital semasa mendapatkan rawatan untuk merawat giginya yang rosak teruk. Tanpa kad ini rasanya memakan masa untuk membuat appointment dan segala bagai.

Sekarang Anas dah berusia 10 tahun. Seorang anak yang sentiasa ingin meneroka perkara2 yang ada di sekelilingnya. Alhamdullillah... walaupun Anas tak boleh bercakap tapi dia mempunyai kelebihan pada otaknya. Kadang2 aku rasa cara Anas berfikir jauh melangkaui fikiran anak2 normal yang seusianya. Dia memang anak yang bijak. Janji Allah itu pasti. Setiap kekurangan itu ada kelebihan yang diberikan. Bukankah kekurangan dan ujian itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah pada kita. Beruntunglah kepada kita yang selalu bersabar dan bersyukur. Tidak ramai yang mempunyai anak2 yang istimewa ini dan beruntunglah kerana kita menjadi orang2 yang terpilih.
ceria..
aktif..
hobi..
Insya Allah nanti aku selitkan serba sedikit tentang persekolahan Anas di Sek. Keb Pendengaran Khas Selangor (SKPK) di lain2 entry yang berkaitan.
Anugerah Terindah..blog ini tercipta sebenarnya adalah ilham rasa dari Anas yang teristimewa. Semuga bila satu hari nanti Anas sudah boleh membaca dia dapat menyoroti kembali sejarah kelahiran dan perjalanan hidupnya yang tak mungkin dapat diceritakan oleh orang lain secara detail dan terperinci. Satu kenangan untuk Anas dari mamanya.
Adios.

Allahu Akbar! Anassss.... anak lelaki ketiga saya juga begitu! Ada 2 kesan parut jahitan di dahinya, pertama terhantuk di buju meja kaca di rumah pengasuh, kedua jatuh terhantuk dahi di depan pintu rumah kami... adeeeehhh 2 kali kami mendengar raungannya kerana dijahit tanpa bius! Pertama di klinik swasta, terpaksa dibungkus dengan kain putih dan dipegang oleh 2 orang juriurawat sementara doktor jahit lukanya. Kali kedua, 4 petugas hospital terpaksa menahannya ( dibungkus juga sementara doktor menjahit lukanya!) Oh anak!
ReplyDelete