Saturday, June 15, 2013

PENYATUAN DUA HATI.

                    Salam manis di hujung minggu.


Ini memang entry tetiba. Entry potong Q. Biasalah kan dalam hidup kita pun kadang2 apa yang kita rancang tak semuanya berjalan seperti yang tercatat di minda. Kadang2 perlu ubah suai sikit dan lakukan mana yang perlu dan priority.



Seperti biasa aku masih lagi menerima tempahan kek dan pastri untuk majlis2 pertunangan dan perkahwinan. Lama sudah tidak bermain2, menggolek2 dan menguli2 fondant. Hati berasa sangat lega dan bagai satu beban berterbangan sangat aku menyudahkan sentuhan terakhir untuk cupcake hantaran ini. Fuh!...alhamdullilah. Satu lagi amanah orang dapat aku lunasi. Semoga sepenerimanya gembira dan tersenyum sokmo tika melihat hasil ini.




Malam tadi aku bertamu di kenduri tahlil rumah Kak Pah Blok 9. Sebenarnya majlis perkahwinan anaknya berlangsung hari ini. Malam tadi diadakan kenduri tahlil menggantikan malam berinai seperti yang biasa dilakukan dalam adat perkahwinan Melayu. 

Majlis seperti biasa cuma yang menarik perhatian tetamu ialah satu kelainan yang dibawa Kak Pah selepas masjlis tahlil itu. Kak Pah menjemput seorang Ustaz menyampaikan sedikit tazkirah sebagai santapan rohani untuk tetamu yang hadir dan dengan harapan majlis yang diadakan itu mendapat keberkatan.

Maaf nama ustaznya aku tak ingat. Majlis dalam suasana santai sambil makan2. Banyak ilmu yang disampaikan dalam gelak tawa dan sindiran. Itu salah satu cara yang biasanya melekat kat kepala kalau dengar ceramah2 macam ni. 

Perkara yang disentuh sudah pasti tentang rumahtangga dan keluarga terutama untuk pengantin2 baru yang bakal memulakan satu fasa kehidupan yang baru dan berbeza dari sebelumnya.

Aku nak kongsikan sedikit dari apa yang dapat aku catatkan di handphone aku yang tak secanggih mana pun. Nak guna kamera hp pun blur je. 

Ini tentang asas pembinaan dalam sesebuah keluarga. Kira basic lah ye. Peranan sakinah yang perlu difahami dalam membentuk sebuah keluarga bahagia. Kita selusuri makna Sakinah.

S - sayang sampai mati berlandaskan iman. Cth : Rasullullah menyayangi Saiditina Khadijah walaupun setelah Khadijah tiada dan selalu mengingati kasih sayang yang diberikan oleh Khadijah terhadap baginda. Salah satu sifat Khadijah yang sangat disukai oleh Rasullullah ialah sifat dermawan dan suka menginfak dari harta kekayaannya.

A - akur dengan pilihan Allah bahawa pasangan kita adalah yang terbaik untuk kita walaupun pasangan kita itu berkulit manggis dan kulit kita seperti telur dikupas (boleh faham tak ni?) kerana setiap seseorang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2 dan menjadi pelengkap di antara satu sama lain.

K - kenal pasangan masing2 dari butir bicara dan liuk lentuk bahasa tubuh. Cth: jika isteri berbicara tentang barang2 kemas sambil menggaru2kan tangannya yang kosong janganlah pula suami ingat tangannya gatal2 lalu membelikan ubat sapu untuk menghilangkan kegatalan itu. Isteri selalunya meluahkan perasaan melalui bahasa tubuh mereka dan suami sepatutnya lebih arif dalam menterjemahkan maksudnya.

I - ilmu agama sebagai pedoman dan asas dalam membentuk sebuah keluarga bahagia. Juga ilmu dalam mengenali hati dan perasaan pasangan. Mengambil dan menjaga hati pasangan. Cth : membukakan pintu kereta untuk isteri, membantu kerja2 rumah dan seumpamanya.

N - nak berubah. Berubah kepada sesuatu yang lebih baik. Semakin usia meningkat semakin dekat kita dengan Allah.Semakin dekat dengan mati. 

A - amal ibadat. Usahakan untuk solat berjamaah di dalam keluarga. Meningkatkan amal ibadat ke jalan Allah.

H - Hubungan dengan isteri/suami. Menjaga hubungan dengan Allah. Isteri adalah penyelamat suami dari neraka jahannam. Kenyataan yang benar apabila suami ingin melepaskan syahwatnya isteri adalah sebaik2 wanita yang layak berada di sisinya. Perkahwinan adalah penyelamat dan jawapan yang terbaik dan tepat dalam fitrah kehidupan manusia. Mengucapkan terimakasih atau memberi penghargaan kepada isteri yang telah melahirkan zuriatnya.


Semuga dengan sedikit perkongsian ini dapat menambah ilmu kekeluargaan dalam diri kita. Entry ini sebenarnya lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. Segala yang baik itu dariNya dan yang buruk itu dari hambanya ini yang hina.



Adios.









2 comments:

  1. Allah jadikan kita untuk berpasang-pasangan dan setiap pasangan itu sudah pastinya perlu saling lengkap-melengkapi.

    ReplyDelete
  2. Oh....terer buat kek rupanya.... cantik sangat sweet!

    ReplyDelete