Wednesday, June 12, 2013

DARI MELAKA KE NEGERI JOHOR..

Assalammualaikum dan salam manis. 

Pagi yang cerah di awal bulan Syaaban ini. Cuti sekolah dah berakhir dan bermula penggal yang baru. Ada yang masih rasa nak cuti2 lagi. Ada seorang budak ni kalau boleh nak cuti sepanjang masa tak nak ada perkataan sekolah dalam kamus hidup dia. Boleh gitu? Hmmm...alahai...sikit lagi kau tau lah langit tu tinggi ke rendah!..

Permulaan cuti sekolah lalu awal2 lagi kita orang dah balik kampung Parit Perawas, Sg. Rambai, Melaka. Hampir setahun baru nak balik. Kenduri kahwin bersepah sana sini. Memang mr tummy hepi sangat2 membentuk lemak2 tepu dan gebuszz.

Balik kali ni memang dah plan nak ke Batu Pahat (BP) cari nasi beriani yang femes tu tapi ada sesuatu yang membuatkan kami terbabas sampai ke Rengit. Rengit ni atas sikit dari BP kan? Aku tak biasa sangat ngan negeri Johor ni. So nak sampai ke Rengit tu rasanya punya lah jauh. Memang luas sungguh negeri Johor ni.

Pagi2 Jumaat tu lepas breakfast kita orang (cakap Johor ni guna banyak perkataan 'orang') pun memulakan langkah 'mencerobohi ' negeri Johor. Kita explore perjalanan hari pertama ini dengan visual gambar2 lagi clearkan?



Aku tak tahu ini dah sampai BP atau belum. Bangunan lama masih ada dan berfungsi dengan baik.


Antara yang mencuri perhatian dalam perjalanan. Kedai basikal yang menjual berbagai jenis basikal. 


yang ni sangat special. Macam beca tapi kecil dan comel.



basikal tua yang diperbaharui warnanya.



yang ini sangat comel! rasa nak bawa balik satu.



ingat waktu sekolah2 dulu. Ada bakul di depan basikal.


Setelah berpusing2 dan berhenti beberapa kali bertanya jalan ke Rengit akhirnya kami pun sampai di sini.







Ini lah perkampungan nelayan orang asli Rengit. Masa tiba di sini bendera BN masih setia dikibarkan walaupun pilihanraya dah berlalu. Memang Johor kubu kuat BN. Apa istimewanya Rengit ni? Tengok cam tak de apa2 je kan?

Ini adalah rumah2 cum kedai2 untuk penduduk di sini. Masa kami tiba di sini kebanyakan kedai2 ini belum dibuka. Menurut beberapa pengunjung lain yang ditemui dia orang kata kedai2 ini akan dibuka dengan meriahnya pada hari Sabtu dan Ahad. Ramai orang2 luar datang untuk memborong di sini. Memborong? Wah! meriahnya..

Nampak tak ada washing mc, fridge di luar kedai tu? Sorry aku tak tau nama khusus untuk tempat/kedai2 ni tapi yang aku tahu tempat ni adalah tempat menjual barang2 terpakai (second hand) dari Singapura. Macam2 benda yang dijual disini. Kebanyakannya barang2 elektrik spt fridge, tv, mesin basuh, komputer dari bermacam2 jenama dan macam2 lagi lah.


ada juga rumah2 yang besar dan cantik di sini.




Ini pula adalah kedai yang di bina oleh PBT yang lebih kemas dan teratur. Dalam satu kedai ada macam2 dia orang jual. Kebanyakannya barang2 yang diambil dari Singapore. Sempat gak aku sambar satu dua barang yang jarang dan susah nak jumpa sekarang kat dalam kedai ni. Buat ole2..














dan yang paling owesome...tarikan utama kat sini. Shopping tak hingat!
Bawa je duit boleh shopping perabut2 jati yang harganya korang tak kan percaya kalau compare ngan kat KL. Nampak cantikkan dan harganya berbaloi2 boleh diskaun lagi. Cuma ingat satu je..ini perabot 'tangan kedua'. Orang lain tak tau le..tapi aku tak kisah sebab perabotnya masih baru dan cantik2.



seatte ni 1+2+3 dengan kemasan leather lagi cuma rm2300.00 (kalau tak silap) boleh kurang lagi jika nak. Macam2 paten ada.










'giler' sekejap!





katil kayu bertiang 4. Rm2K lebih je..







posing2 sambil tunggu aku window shopping.

Weh! datang lah ke sini kalau nak cari perabot2 jati ni. Pada yang nak memulakan keluarga dan yang baru membina rumahtangga shopping kat sini memang berbaloi. Lengkap sebuah rumah. Nampak mewah lagi. Orang tak tau kalau korang tak bagi tau kan?

Lepas pusing2 of course tujuan utama nak cari nasi beriani BP yang femes tu. Berpusing2 lagi cari Nasi Beriani Power yang katanya terletak di Taman Syorga. Syorga lah sangat! Heran gak sebab puas cari tak nampak pun signboard Taman Syorga. Puas tanya sana sini akhirnya jumpalah Restoran ni. Agak tersorok di belakang kedai (tak tau lah kalau aku masuk ikut jalan lain). Masa balik baru nampak signboard Beriani Power. Alahai..kecik nau!



Masuk je restoran.. fullamak!...bau nasi beriani mengancam habis! Perut dan2 tu berdondang sayang, ghazal, keroncong segala macam bunyi. Maklumlah dah dekat pukul 3.00 petang.

Bila semua dah duduk kat meja aku minta menu pada adik tu..tapi tiba2 dia kata.."maaf kak nasi beriani dah habis"..

"hah!" terkedu aku! Punyalah tinggi harapan nak makan nasi beriani tiba2 rasa macam terhempas ke batu. Pecah berderai. Punah segalanya. Penat berpusing2 cari Taman Syorga akhirnya aku cuma mampu telan air liuq..huhuhu..kesian! Frustnya..kenapalah dorang tak buat lebih2 waktu cuti2 macam ni.

Kemudian hubby bawa kami makan nasi beriani juga tapi di sebuah gerai di bawah pokok yang namanya Nasi Beriani Power Pokok Sena. Jadi lah nak lepas kempunan. Insyaallah rezeki ada di lain masa.

Perjalanan pulang Highway Star meluncur laju sebab dan tahu jalan2 di sana. Seronok tengok rumah2 yang besar2 di kiri kanan jalan yang berbagai paten dan warna. Kaya2 orang Johor ni. Banglo sebijik sorang. Puas menjamu mata. Dalam kepala mula terbayang..aku nak buat rumah macam ni lah..eh! yang itu pun cantik lah. Sepanjang jalan dari BP hingga Muar melalui Lebuh AMJ rumah2 di bina kebanyakannya nampak macam sama je. 



Hampir senja kami sampai di Parit Perawas. Semua dah penat. Ingat nak dinner seafood di Serkam tapi sebab penat dan nampak makanan dah terhidang atas meja cancel dululah. Dinner malam ni lauk istimewa Melaka..apalagi asam pedas lah air tangan kak Shima! Nampak sempoi tapi sedap! 






Makan dalam pinggan kaca berbunga kangkung merah dan hitam buatan cina yang dulu2 memang nostalgia sangat. Masa kecik2 aku adik beradik guna pinggan ni je. Kita orang panggil 'pinggan rimau'. Tak tau macamana dapat nama tu. Sekarang mak dah tak ada koleksi pinggan ni. Banyak yang pecah tapi kat rumah kak Shima ni berdozen2 pinggan ni. Boleh mintak sebiji dua buat collection?

Ok..nanti sambung lagi kisah di Melaka ini.

Permisi.





1 comment:

  1. 1. Awal2 masa balik dr UK dulu ada kawan recommend juga ke sini.. tapi kami sampai ke Melaka aja..( pun dia jual perabot trpakai dr S'pore juga). Last2 x beli apa pun.. bawa balik bakul sia aja, itu pun bukan yg ori. Ya lah.. sesuai utk yg br nak pindah rumah.. mcm kalau rumah dh sesak ni nk letak kat mana lh pulak.. prabot lama pun syg nak bagi org.. heee..
    2. Pinggan daun kangkung tu cantikkan... nostalgia..

    ReplyDelete