Tuesday, August 26, 2014

Teaser :' ...dan Phalaenopsis pun mewangi'

Assalammualaikum. Salam manis.

Ini yang malas ni kalau baca novel kan. Hanyut entah sampai kemana. Tapi kalau sendiri yang tulis novel macamana? Projek yang bertahun2 terabai tiba2 diselak kembali. Bila ilham datang mencurah2 bagai hujan kat luar tu tapak tangan memang tak mampu nak menahan. 

Oh!..rasa nak pergi jauh2 dari semua orang dan biar aku sendiri sahaja terus menyiapkan naskah ini. 

Layan dulu puisi keramat yang sangat puitis ini.


KEKASIH

Akan ku pintal buih-buih 
menjadi tali mengikat mu

Akan ku anyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan ranjang tidur mu

Akan ku tenun awan gemawan
menjadi selendang menudungi rambut mu

Akan ku jahit bayu gunung
menjadi baju pakaian malam mu

Akan ku petik bintang timur
menjadi kerongsang menyinari dada mu

Akan ku jolok bulan gerhana
menjadi lampu menyuluhi rindu

Akan ku rebahkan matari 
menjadi laut malam mu
menghirup sakar madu mu

Kekasih
 hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dari syurga ilusi...

- Usman Awang -






         


Novel '...dan Phalaenopsis pun mewangi' tak ada di pasaran ye. Jangan cuba cari. Sia-sia.


"yang terakhir adalah untuk selamanya..."

Bye.

Saturday, August 23, 2014

WE'RE A FAMILY.

Assalammualaikum.

Rasa sebak, sedih dari hari semalam masih terbawa2 hingga ke hari ini. Menatap cerita2 tentang MH17 di laman FB sempena hari Malaysia berkabung semalam buat airmata terus mengalir. Satu penghormatan besar dari negara, dari kita rakyat Malaysia untuk semua yang pergi dalam nahas MH17 17 Julai 2014 yang lalu di Ukraine. 




Tersentuh sungguh dengan cerita di bawah apa sebenarnya yang dilalui oleh waris mangsa yang terlibat. Klik tulisan berwarna untuk membaca kisah Asmaa isteri Co-Pilot MH17 Ahmad Hakimi Hanapi yang sangat tabah menghadapi saat-saat kehilangan suaminya.



rindu berjuta persen hasil nukilan blogger Jumie yang merupakan teman rapat kepada Asmaa.


Walau bermacam-macam cerita tentang keadaan MAS yang kita dengar sekarang tapi aku tetap berbangga dengan syarikat penerbangan Malaysia ini. Satu lambang kejayaan Malaysia yang sangat besar di mata dunia. 

Setiap kali melihat staff-staff MAS dalam pakaian seragam mereka yang kemas dan cantik secara automatik perasaan bangga yang melangit tinggi terhadap kerjaya ini tersemat di jiwa. Terbang tinggi mereka membawa nama Malaysia ke serata dunia tanpa rasa ragu dan bimbang tentang keselamatan diri. Harga nyawa bagai tidak dipandang. Amanah kerjaya jua yang dijulang. Setiap kali terbang belum tentu mereka akan pulang.









(google)






Kehilangan mereka adalah kesedihan untuk kita semua.


bersemadilah dengan tenang wahai jiwa-jiwa yang hilang.





Al fatihah.





Wednesday, August 20, 2014

SALAM KENAL - DHIYA'S FIRST GIVEAWAY.


Assalammualaikum. Salam manis.

Rasa nak tambah kenalan pulak lah di alam maya ni. Jom sama2 join Giveaway kat bawah ni. Senang je..tiada cogankata, tiada sebarang cerita. Hanya perkongsian semata.  Klik banner di bawah yer.







"your friendship is a gift.."


Adios.





Wednesday, July 23, 2014

WORDLESS WEDNESDAY :The wind in your hair, the sun in your face..Mount Kinabalu.



Akhirnya....impian yang dipendam sekian lama terlaksana jua di lewat usia 4 series ini. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. (2 - 7 June 2014).














Janji Allah itu pasti. Kun Faya Kun.

Monday, June 16, 2014

KEMBARA KE BROGA.

Assalammualaikum.

Ada cerita yang boleh dikongsi barulah boleh update blog. Kalau tidak kang merapu2lah aku menulis. Tah apa2 tak ilmiah langsung.

Beberapa minggu yang lepas misi mencari kekuatan fizikal dan mental diteruskan - memanjat Bukit Kembara di Ampang.

Sebenarnya aku pun tak tau jugak akan kewujudan Bukit Kembara ni. Selalu orang cerita pasal Bukit Ampang yang banyak dijadikan latarbelakang drama2 tempatan sebab bukit tu so romantik...kata deme le.

Bukit Kembara ni terletak berhampiran Kelab Darul Ehsan (KDE). Di kawasan belakang KDE dan deretan rumah2 mewah di kaki bukitnya. Entrancenya pun di celah2 tembok sebuah banglo di situ. Terkejut gak aku bila lalu di celah2 tembok tu tiba2 dah sampai di kaki bukit Kembara.

Kak Maria jadi tour guide aku hari tu. First time mendaki bukit yang agak tegak ini dari bawah kaki bukit lagi aku dah semput. Termengah2. Rasa jantung berdegup laju dan nafas seperti nyawa2 ikan. Pancit! Teruk betullah! Aku tengok Kak Maria steady je memanjat tanpa henti. Sekali sekala dia berpesan pada aku dalam loghat Sarawak yang pekat..."tak apa Ita kau slow2 aja dulu. Mula2 memang macam tu"..
Ialah... bukit ni dah jadi taman mainan untuk kak Maria.

Beberapa kali juga...actually banyak kali aku berhenti ambil nafas sebelum sampai ke puncak bukit yang pertama. Bau2 pokok hutan amat ketara dipagi hari aku mendaki. 


Sesuatu yang sangat memeranjatkan aku adalah terdapatnya sebuah tasik yang luas di atas bukit ini. Airnya berwarna hijau dan dikelilingi hutan2 menghijau. Cantik pemandangan di sini. Berjalan2 di trek hutan yang basah dengan iringan bunyi cengkering dan lotong bersahut2an memang terasa sangat aku berada di tengah alam semulajadi.

Tapi kan...bila lihat tasik yang luas ni tiba2 fikiran jahat...jahat?...tu datang. Kalau lah air tasik ni melimpah ke bawah apa akan terjadi kat rumah2 banglo kat bawah tu, kat KDE?...tak kot! (bersangka baik lah)

Bukit Kembara ini dengan ketinggian 245m dahulunya adalah kawasan tadahan/empangan air untuk Kuala Lumpur dibina pada tahun 1892. Sekarang tidak lagi digunakan dan sebahagian empangan telah ditimbus dan tanahnya digunakan untuk aktiviti penanaman sayur kecil2an oleh pengunjung2 yang selalu datang ke sini. Kebun2 kecil ini dijaga oleh warga emas dari kaum Cina yang sangat aktif dan bertenaga mendaki bukit ini.



kak Maria nun jauh di depan meninggalkan aku yang terkedek2 kat belakang.




tasik yang terbentang luas. Cantik pemandangan kat sini.







di pondok ini aktiviti mengawal limpahan air suatu ketika dahulu. 





Empangan yang telah tertimbus dengan pasir dan tanah dijadikan kebun sayuran.






melangkah turun. Baru boleh senyum.


Masih tak puashati dengan stamina yang jauh dari mencukupi so minggu berikutnya datang lagi ke sini bersama Faiz dan Cik Pia pula. Bertambah lagilah koleksi gambar2 kat sini.






ada air terjun kecil yang boleh buat basuh muka. Airnya sejuk dan segar.

















KLCC jelas dari atas sini.




bunga2 penyeri bukit ini.














melepas lelah.











Minggu berikutnya expedisi menawan Broga pulak. Ramai jugak ye yang tak tau Broga Hill ni kat mana. Ada yang ingat kat India...hahahaha... Broga kat Semenyih je ye.

Kali ni aku pegi dengan Mirul dan Cik Pia je. Actually ramai yang sarankan daki bukit ni seawal lepas Subuh untuk melihat matahari terbit  tapi aku make donno je. Kita orang sampai dekat pukul 8.00am dan masa ni ramai yang dah mula turun dari bukit. Terpaksa berhenti beberapa kali memberi laluan pada yang turun ke bawah. Masa ni baru terfikir dalam hati...eh! aku ni dah terlambat sangat ke?..bila pandang belakang masih ada juga yang baru mula mendaki seperi aku. Lega. 

Bila tengok ramai yang dah turun sekali lagi hati berkata..eh! tak de orang dah ke? jangan2 tinggal aku anak beranak je? Salah jangkaan aku. Bila sampai ke puncak bukit rupa2 masih ramai lagi. Berduyun2! So tak perlu takutlah kalau anda terlambat mendaki ke sini. Orang sentiasa ada cuma diawal pagi sangat elok untuk mengelakkan terik mentari di atas puncak yang tiada tempat berlindung.  
Ada juga aku tengok family2 yang buka bekal di atas batu2 untuk breakfast di puncak bukit. Bestkan?

Oh ya...sila gunakan kasut yang mempunyai tapak yang kasar sebab tanah bukit ini menjadi licin apabila ramai yang melaluinya tambah2 lagi kalau malamnya hari hujan. Boleh tergoleh doq kalau tak berhati2.

Jom layan gambar2 yang aku suka sangat ni.















Pekan Semenyih boleh nampak dari sini. Baju basah dek peluh yang meluncur laju. Penat dan lelah tapi rasa puashati dan seronok sangat bila dah sampai ke atas.



















Sesiapa yang belum sampai ke Broga sangat2 disarankan untuk aktiviti luar. Bukitnya tak tinggi sangat dan ramai anak2 sekolah rendah yang mendaki bersama aku pagi itu. Dia orang ni memang steady betul. Laju! Yang makcik2 pun ada so jangan malu bila rasa umur dah masuk 4 series. Aktiviti macam ni buat kita rasa lebih dekat dengan alam dan buat kita rasa lebih istimewa dari mereka2 yang cuma jalan2 di shopping2 mall sahaja. Kita ada cara tersendiri yang tak semua orang mampu lakukan. 

I'm proud of myself!.


Wednesday, May 7, 2014