Wednesday, November 6, 2013

KOMPANG DIPALU, PENGANTIN BARU...

Assalammualaikum dan salam manis.

Hampir ke hujung tahun sudah. Anak2 aku dah mula membilang datangnya hari cuti sekolah yang panjang walaupun sekali sekala dah bercuti awal2 lagi. Buku sekolah dah dipulangkan. Iman la ni dok mengira batang kail pula. Meninjau2 tasik2 yang ada kat Shah Alam ni. 

Hampir hujung tahun juga musim dingin untuk warga Malaysia menjengah tiba. Hujan lebat sudah bermula. Hujung tahun juga musim kedengarannya bunyi kompang tambah kuat dipalu. Macam sinonim pulak ye..musim hujan dan musim kompang dipalu..hihihihi...(ketawa nakal tu..).

bunga rampai diracik-racik
makin pandang bertambah cantik
bunga rampai harum baunya
kalau jodoh bertemu juga


renjis-renjis dipilis
ditepungilah tawar 
hai beras kunyit ditabur
disirami si air mawar

Kali ini giliran Mak Uda Ina dan Pak Uda Rashid terima menantu. Ina adik aku dapat 'menantu ekspress'. Along pun belum lagi terima menantu. Rezeki masing2 kan..

Meriah dan ramai sungguh tetamu yang hadir. Meriah sebab semua adik beradik aku ada kecuali Alang di Ipoh. Keluarga Mak Ngah PJ pun datang. Jemputan dan sanak saudara sebelah Pak Uda usah cakap lah..berdiri tetamu menunggu giliran duduk di meja makan. Nasi minyak orang Jawa Rantau Panjang ni sedap. Ayam golek menjilat jari. Nasib baik aku datang awal sebab ayam ni yang pertama habis.

Untuk kenangan di blog ini. 2 pasang pengantin sekali gus. Jimat belanja. Bijak! Abang dan adik. Mana abang mana adik cer teka..aku pun konpius. Lagi teruk nama pun tak ingat!..(dah tua lah tu).

Sambil layan gambar2 klik lah video lagu pengantin ni. Barulah terasa aura majlis kahwin.







WEDDING OF : FAISZA & HUZAIFAH 
                AND
              TALHA & NADIA

VENUE : JALAN BAKRI RANTAU PANJANG
KLANG SELANGOR.

DATE : 27 OCTOBER 2013




































































dulu lain sekarang lain
dahulu bujang sekarang dah kahwin
dulu lain sekarang lain 
dahulu seorang kini berdua..


















sibuknya Cik Ta kita ni...





Budget wedding kek. Tak perlu grand2 sangat yang ni pun dah cukup meriah. Kek habis, buah2an hiasan pun licin. Tiada pembaziran.
















































a big family..happy sokmo.











Ayah pengantin Pak Uda Rashid. Wajah serius dan sangat2 bizi hari tu.






Mak pengantin kak Salimah.




Mak Uda Ina - ibu pengantin.





Ayah, Mak dan Ibu pengantin yang sangat sibuk melayan tetamu yang menyerbu pada majlis hari itu.








Bentara cilik. Orang Jawa panggil apa hah?




gegirl...gegirlss...sweet sangat! Tiba2 muncul di sebelah aku macam mau2 saja gambarnya diphoto2an.





Kak Cik and gegirlss..




ayoi and sarah




kak cik and sarah.



yang ni lagi cute. Lepas sorang, sorang dukung dia. macam passing baton...siti adni maisarah...kata Tok Mek..sinar butir mata.





posing di hujung jalan pulang.













Selamat Pengantin Baru untuk kedua pasangan. Semoga bahagia hingga akhir nyawa.





Friday, October 18, 2013

MAAF YANG TAK TERUCAP..

Assalammualaikum.




Hanya Tuhan yang tahu. Sesungguhnya tiadalah mati itu dapat ditangguh atau dicepatkan walaupun sesaat.

Kadang kala firasat hati itu ada benarnya. Cuma kita yang tidak mahu mengiyakan atau menerima kenyataan.

Rasanya baru semalam. Memang baru sangat aku menziarahi Mak Andak Senah ini yang terlantar sakit. Selepas sembahyang Hari raya Aidil Adha 3 hari lalu aku mengajak mak ke Kg Kuantan.  Dia terlantar sakit tua di rumah anaknya setelah aku tidak bertemu ketika menziarahinya di hospital sehari sebelum Aidil Adha yang lalu. Kami tiba di hospital ketika dia telah dibenarkan balik ke rumah. Yang ada hanya katil kosong. Nasib aku lah tidak dapat menemuinya kerana mak telah mengajak aku ke hospital semenjak hari Ahad lagi tapi dek kerana penangan Salman Khan dan Katrina Kaif aku masih berteleku di hadapan television. Dalam hati tetap berdoa moga aku diberi kesempatan untuk bertemunya. 

Setiap kali mengingatkan Mak Andak aku pasti teringatkan cerita sayu pilu ini. Mungkin tak ramai yang tahu tapi aku pernah bercerita pada mak kisah ini. Mungkin pada mak atau sesiapa yang pernah mendengar dari mulut aku menganggapnya cuma cerita biasa tapi tidak pada aku.

Mak Andak adalah sepupu pada Mak sebelah Wan. Mak kepada Mak Andak adalah kakak Wan. Mak saudara sepupu pada aku. Orangnya pendiam. Sangat2 pendiam. Semasa remaja aku memang tak ambil tahu sangat latarbelakang keluarganya cuma yang aku tahu dia ada 3 orang anak lelaki. Sahak, Mail dan anak kesayangan Usop. Mungkin sebab anak2nya lelaki jadi hubungan aku dan anak2nya agak terbatas. Siapa nama suami dan asalnya juga tidak aku pedulikan.

Hubungan aku dan Mak Andak seperti saudara mara yang lain. Ada ketika aku berkunjung ke rumahnya bersama2 keluarga atau dia bermalam di rumah mak jika ada kenduri kendara.

Ketika majlis perkahwinan Along hampir 30 tahun yang lalu kisah ini terjadi. Setelah selesai kenduri sudah menjadi adat tuan rumah untuk memberi nasi berkat pada sanak saudara yang hadir. Aku antara yang tersibuk mengagih-agihkan nasi berkat. Sebab ramainya saudara-mara yang hadir nasi yang sudah disediakan telah habis dan terpaksa untuk membungkus yang baru. 

Ketika aku ke dapur aku lihat Mak Andak berseorangan duduk di tepi periuk yang besar sedang mengaut nasi dan dimasukkan ke dalam plastik. Aku lihat nasi di dalam periuk hampir habis dan yang tinggal hanyalah kerak yang semakin mengeras. Tanpa berlengah lagi aku meminta dari Mak Andak nasi yang telah siap di dalam plastik untuk diberikan kepada saudara mara yang lain. Mungkin sebab aku tuan rumah Mak Andak terus memberi pada aku tanpa berkata apa-apa. Ketika aku sedang mengikat nasi dan lauk pauk yang lain Mak Andak terus mengaut sisa-sisa nasi dicelah2 kerak yang telah keras. Menguis-guis mencari sisa-sisa nasi yang lembut yang masih ada dan meletakkan di dalam bungkusan plastik yang baru. Selesai aku membungkus dan ketika ingin berlalu pergi aku pun berkata pada Mak Andak.

"tak payah bungkus lagi Mak Andak, dah cukup dah. Semua orang dah dapat lagi pun nasi tu dah tinggal kerak" sambil kaki aku mula nak melangkah pergi.

Tapi apa jawapan yang Mak Andak  yang membuatkan aku terpempan dan rasa nak terduduk!

"tak apa lah..ini untuk Usop.." jawabnya perlahan sambil tangan terus menguis-guis mencari nasi yang lembut dicelah2 kerak yang keras. Wajah sayunya benar-benar meruntun hati aku.

Dum!

Jawapannya menghentak rasa sesal di kepala aku. Memukul hati dengan penuh rasa sayu, bagai tersayat2. Rasa airmata aku bagai nak mengalir. Ada rasa menyesal yang amat sangat. Kiranya nasi yang ditangan aku yang aku minta dari Mak Andak tadi adalah untuk bekalan anaknya Usop. Aku telah merampas nasi yang terakhir untuk anaknya itu untuk aku berikan kepada orang lain. Ya Allah...hati aku diburu perasaan bersalah yang teramat sangat!

Betapa kasihnya seorang ibu pada anaknya tapi tak mampu untuk aku tafsirkan kerana kekhilafan dan menjadi buta dek keegoan aku yang bergelar tuan rumah. Kenapa tak terfikir dibenak aku untuk bertanya untuk siapa bekalan nasi yang dibuat olehnya itu?

Aku terus berlalu bila aku lihat sudah hampir separuh dari nasi diisi di dalam plastik walau pun tidak sepenuh yang mula2 tadi.

Semenjak kejadian itu setiap kali aku teringatkan Mak Andak atau bercerita tentangnya, kisah ini seakan menjadi duri di hati aku. Setiap kali itu juga hati aku menangis. Aku tidak tahu apa perasaan Mak Andak terhadap tindakan aku itu tapi aku memang rasa tersangat bersalah. Setiap kali hari raya atau ada peluang untuk menziarahinya aku sedaya upaya akan cuba untuk pergi bertemunya. Seakan untuk menebus kembali kesalahan lalu.

Ketika melawat Mak Andak 3 hari yang lalu dia terbaring di atas katil besi bujang berwarna merah hati. Entah kenapa katil besi merah hati ini buatkan hati aku terdetik lagi setelah beberapa kejadian yang lalu berlaku. Katil besi ini seakan memberi petanda buruk pada aku. Ahh...semua itu kebetulan. Hati seakan berkata ya..tapi akal berkata tidak.

Mak paling terkejut melihat Mak Andak nampak semakin sihat dan wajah juga nampak ceria dan bercahaya jika dibandingkan semasa mak melawatnya di hospital beberapa hari yang lalu. Mak tak putus-putus mengulangi rasa terkejutnya. Bisiknya kepada aku, semasa di hospital keadaan Mak Andak sudah seperti orang yang sangat tenat tapi di hadapannya kini Mak Andak sudah boleh minum dan berkata-kata walau pun dalam keadaan berbaring. Sekali lagi hati aku berkata ya..tapi akal berkata tidak.

Petang semalam khabar duka itu akhirnya tiba jua. Memang aku tidak menjangkakan secepat itu. Mak Andak telah dijemput Sang Penciptanya. Sempat aku mencium dahi dan pipinya 3 hari yang lalu sebagai menebus kekhilafan aku walau tak mampu aku ucapkan. Hilangnya di mata tapi kesannya masih berbekas di hati.

Al fatihah.












Thursday, October 10, 2013

SETELAH KAU TIADA...


Salam manis.

Setiap pagi radio adalah teman setia dalam perjalanan ke ofis. Pagi ini aku mendengar lagi lagu ini. Telinga terus menangkap capture "terlambat ku sadari kau teramat berarti....kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada..." terus melekat di hati. Eh!..lagu siapa nih? Sedapnya lirik dia. Lagi sedap suara penyanyinya. Serak2 dan gemersik di hujung nafas. Mesti penyanyi baru ni.

Bila tanya2 kat Pak cik Google baru lah dapat jawapannya. Hmmm...penyanyi baru dari Tanah Seberang. Nama unik. Suara gemersik. Lain dari yang sedia ada. Itu yang membuat dia terus meletup di sana.

Nama iras2 hero Bollywood. Kedengaran agak pelik bila orangnya berasal dari Bandung langsung tiada kaitan dengan Shah Rukh Khan.

Cakra Khan..sedang membina nama besar di Indonesia. Bila nak datang ke sini? Tegar dah sampai dah atau mungkin aku yang tak tau dia pernah hadir di sini. Sibuk tak menentu.

Sebagai penyeri di enrty ini aku letak video ini untuk hiburan semata. Sedap lagu, sedap suara, menyentuh liriknya. Bila lah akan muncul penyanyi seperti ini di sini?






tak sempat ku mengerti
kau tunjukkan arah
saat ku tersesat
beri cahaya 
saat ku sendiri 
dalam gelap
namun waktu tak pernah rela
menunggu
dan akhirnya kau pun pergi
terlambat ku sadari
kau teramat berarti
terlambat tuk kembali 
dan tuk menanti
kesempatan kedua yang tak kan 
mungkin pernah ada...
baru ku teringat
kau hembuskan angin
saat ku bernafas
siramkan air
saat aku dalam kekeringan
namun tak pernah ku hiraukan semuanya
hingga kini pun kau tiada...
terlambat ku sadari
kau teramat berarti
terlambat tuk kembali 
dan tuk menanti
kesempatan kedua yang tak
kan mungkin pernah ada...
biarkan ku hidup
dalam penyesalan ini
sampai nanti kau akan kembali...






Monday, September 30, 2013

A TRULY HERO...PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH.



Assalammualaikum. 

Salam manis pada yang masih sudi membaca coretan ini. Kiranya ini sambungan dari kisah Anas yang lalu 'Jentayu yang patah sayap'...

Bagaimana? Masih mampu untuk terbang? Hahaha...kalau namanya budak itu Anas..patah sayap pun masih boleh bertongkatkan paruh.

Ok..aku short-cutkan sahaja entry ni walau pun dah siap hampir suku cerita. Biar cepat aku publishkan sebab ada 2 3 cerita lagi yang sedang menunggu giliran.

Anas memang tak boleh duduk diam. Lagaknya seperti tak ada apa2. Lasak dan aktif. Berbuih mulut aku mengingatkan dia. Bak kata mak aku..kalau pokok rambutanlah mulut ni tentu dah berbuah berkilo2..(korang faham tak maksudnya?)

Hinggalah satu hari, lebih kurang seminggu dari tarikh operation Anas itu terjadilah lagi satu insiden yang mencemaskan aku dan family. Hubby called aku di ofis bagi tau Anas jatuh basikal. Darah menyimbah2 membasahi baju. Kepalanya luka teruk. Ya Allah!...banyaknya dugaan untuk mu Anas. Lepas satu, satu. Semoga Allah memudahkan segala2nya.

T-shirt Anas bermandi darah. Bila aku sampai rumah dia dah terbaring atas katil. Kak cik dah bersihkan badan dia tapi aku rasa badannya sejuk dan pucat. Ini tentu kes terkejut jatuh dan kepala berdarah tu.






Hospital bukanlah tempat yang disukai oleh Anas tambahan lagi baru minggu lepas dia bermalam di sana. Puas memujuk Anas untuk buat CT Scan bila dia asyik muntah2 walaupun dah tiba di hospital.

Ada lagi ke nurse yang kena cubit tendang terajang kali ni? Hihihi...nasib baik tak de walaupun mood Anas bercampur baur kali ni. Aku berjaya memujuk dia bila hubby buat demonstration pada dia camne proses CT Scan tu dilakukan. Bertuah punya budak! Nasib baik masa mesin tu bergerak dia tak lompat turun.


Mood marah dan sedih. Tengah cari ketenangan sebelum buat CT Scan.










Bermalam lagi di wad untuk tujuan pemantauan. Alhamdullilah..result CT Scan ok. Ini tanda protes tak nak baring atas katil. Lagak macam orang sihat dan tak ada apa2.






Akhirnya hubby yang temankan Anas dihospital.




yahooo!!!.. seronok giler bila discharged esoknya. Nampak sangat air mukanya yang ceria.  










Lepas Anas keluar hospital kali ke dua ini aku hantar dia 'bercuti' di kampung sementara menunggu dua2 pembedahan itu sembuh betul. Bila dah balik ke Shah Alam Anas jadi macam serik nak naik basikal. Duduk memerap kat rumah je dengan Tab dia. Dia juga dah pandai pemalu sekarang. Bila lepas mandi dah tak kasi aku ada kat bilik pakaikan baju dia. Semua dia buat sendiri. Nasib baik dia masih tak malu bila aku peluk2 dan cium dia. Alahai..Anas..Anas. Cepat2 dewasa boleh jaga diri sendiri dan moga Anas menjadi anak yang soleh dan diberkati Allah dalam hidup di dunia dan akhirat.

Sayang mama.




Friday, September 20, 2013

DON'T BE SAD...JENTAYU YANG PATAH SAYAP.


Assalammualaikum.

Ada beberapa perkara besar yang terjadi semenjak dua menjak ini yang membuatkan blog ini sepi seketika. Satunya di entry sebelum ini. Satu lagi perkara yang terjadi selepas itu adalah cerita di bawah ini. Yang membuatkan langkah aku terhenti untuk ke mana2 even ke kenduri arwah abang Rashid di Selayang pun.

Ini cerita handsome boy aku yang satu ini. Aku pun tak sangka benda ni boleh berlaku pada Anas yang muda belia ini tapi kalau Allah dah kata 'kun fayakun' tu..memang tak leh nak kata apa dah.

Kita flashback ok. 

3 Sept. 2013 - lebih kurang jam 2 - 3 pagi Anas  ulang alik masuk bilik air aku (di master bedroom) . Sesekali dia muntah2 dan buang air besar. Salah makan budak ni..fikir aku bila tengok keadaan dia. Aku ajak tidur dengan aku tapi dia menolak dan masuk ke biliknya. Selepas itu 2 3 kali dia masuk lagi ke bilik air dan akhirnya aku paksa dia tidur dengan aku dan menyapu minyak di perut dan dadanya. Keadaan Anas dah mula lemah disebabkan muntah2.

Aku ingat nak bawa Anas ke klinik seawal pagi tapi bila melihatkan tidurnya yang pulas aku membiarkan sahaja. Mungkin keletihan kerana air telah banyak keluar dari tubuhnya. Aku kejutkan dia waktu jam hampir pukul 10 pagi dan bawa dia ke klinik dengan didukung oleh Amirul sebab keadaannya yang masih mamai2.

Di klinik Anas muntah2 lagi. Hati aku mula berasa tidak sedap. Teruknya budak ni.

Bila tiba giliran Anas dipanggil, doktor yang bertugas adalah doktor yang aku kenali. Doktor Dariush yang sudah berusia tapi masih segak dan bergaya. Rambut putih yang disisir rapi kebelakang, kemeja yang kemas bergaya, sedap mata memandang. Usikan2 doktor pada Anas tidak diendahkannya. Dia terlentuk di sebelah meja doktor. Ketika doktor memeriksa perut Anas dan menekan2 bahagian kanan perut muka Anas berkerut menahan sakit.

"sakit?" tanya doktor.

Anas hanya mengangguk.

"hhmm....appendix lah tu. Kau nak pegi hospital mana ni?" tanya doktor bertalu2 buatkan aku terpaku.

"hah!...are you sure doc?" (hihihi..dialog drama nih).

"I'm a doctor. Aku tau lah!"

Hah kau!..kan kena paku buah keras! Aku macam terlupa depan aku ni adalah seorang doktor.

"macamana muntah2 ada kaitan dengan appendix?" aku terus menyoal. Aku masih tak puas hati dengan jawapan itu. Lebih tepat aku macam tak percaya Anas kena appendix.

"muntah2 dan cirit birit adalah salah satu tanda2 appendix. Usia macam dia ni memang selalu kena. Lagi pun perut sebelah kanan dia sakit bila aku tekan. Rasanya dah teruk ni" penjelasan doktor yang buat aku tambah seriau.

Patutlah sebulan dua ini tidur Anas sering terganggu. Sering terjaga malam ke bilik air 2 3 kali. Aku ingatkan dia salah makan atau sakit perut biasa. Akibatnya dia susah bangun pagi dan sering tidak hadir ke sekolah.

Setelah hujan lebat berhenti tengahari itu aku dan hubby bawa Anas ke Salam Med. Centre. Kan aku pernah cerita dulu, Anas memang sangat2 fobia dengan hospital. Puas memujuk untuk berjumpa doktor baru dia nak masuk. Doktor di sini juga menegaskan kemungkinan besar sakit itu adalah appendix. Anas harus segera dimasukkan ke wad dan dibedah. Oh! tidak...aku tak dapat nak bayangkan macamana Anas akan melalui lagi segala procedure2 pembedahan ini. Pengalaman lalu dia masih segar diingatan.

Muka Anas dah siap mencebik2 bila aku bawa dia ke bilik rawatan untuk memasukkan drip di tangan. Bila dia dibaringkan dia dah mula menangis. Aku terpaksa peluk dan pegang tangan dia sementara doktor dan nurse2 memujuk berbagai cara agar dia tidak menangis. Setelah meronta2, sepak terajang Anas semuanya keluar dapat jugalah dimasukkan drip tersebut. Alahai...kesian Anas.

Anas mula berpuasa dari jam 5.00 pagi tapi seawal 12.00 tengah malam Anas dah tak makan dan minum apa2. Harap Anas dapat bertahan. Malamnya aku temankan Anas tidur di hospital. Lama dah tak tidur di hospital buatkan badan aku sakit2. Jangan aku pulak yang sakit..sudah!

4 Sept. 2013

Awal pagi lagi Anas dah bangun. Leka dia mengadap TV dengan bermacam2 cerita kartun. Kadang2 dia ketawa sendiri. Aku berdoa sangat agar dia tak minta makan! Biar dia leka begitu. Jadi ke Anas operate hari ni?


Sebab aku datang ke hospital semalam sehelai sepinggang dan hanya membawa telekung sahaja tiba2 aku rasa macam tak selesa. Tambahan pula perut mula berkeroncong walaupun breakfast sudah dihantar tapi tak mungkin nak makan depan Anas. Bila Amirul datang cepat2 aku menyelinap keluar balik ke rumah untuk membersihkan diri. Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi.

"cepat2 kak, doktor datang pukul 9.00" nurse mengingatkan aku bila terserempak dengannya di depan pintu lif.

Nasib baik hospital dekat dengan rumah. Selesai mandi manda masih sempat bersarapan dengan nasi lemak Pak Ayob yang superb.

Bila aku tiba di hospital, doktor telah selesai memeriksa Anas tanpa aku tahu hujung pangkal ceritanya. Masuk seorang nurse menghulurkan baju khas untuk ke Operation Theatre (OT) pada Anas.

"kak, doktor kata operate pukul 10.00 ye kak"

"betul ke appendix? Doktor dah scan?" aku masih tak puashati lagi.

"nanti saya panggilkan doktor"

Doktor Shukor tiba dengan fail di tangan sambil tersenyum. Dia menyelak2 helaian di tangan dan menunjukkan pada result yang diperolehi dari ujian darah Anas.

"tak payah scan lagi. Dah ada nanah dalam darah. Kalau lambat saya bimbang appendix tu pecah. Lagi bahaya".

Penjelasan doktor yang terus mengunci mulut aku.

Aku pandang muka Anas yang sudah mula sayu. Tengok mukanya yang keruh aku dapat baca apa dalam kepala dia. Terbayang kesakitan yang bakal dialami.



seperti Jentayu yang patah sayap..kalau sihat dia lah hero!










mencuba tersenyum walaupun payah.



Aku iringi Anas ke OT sementara menunggu hubby tiba. Wah!..melangkah masuk ke OT selepas melalui pintu yang berlapis2 aku sendiri merasa seriau.

 Melihat nurse2 berpakaian khas Anas sudah menjangka sesuatu akan dilakukan ke atasnya. Aku memberikan isyarat pada Anas bahawa doktor akan berbuat sesuatu pada perutnya. Tak lama. Sekejap dan sikit sahaja. Airmatanya mula mengalir. 

Bila hubby tiba keadaan menjadi 'meriah' seketika bila nurse2 tu perasan hubby adalah bekas patient yang pernah berada di OT ini. Ina, seorang kenalan yang juga jiran aku mencadangkan Anas terus disunatkan memandangkan dia akan dibius seluruh badan dan keaadaan Anas yang hyper adalah sangat sesuai ketika itu. 

Pada mulanya hubby seperti membangkang kerana bimbang Anas mengalami 'double' kesakitan tapi bila doktor memberitahu adalah tidak sesuai untuk melakukan bius seluruh badan dalam masa yang terdekat lagi barulah hubby setuju. 

Keadaan menjadi huru hara sekejap bila sekali lagi drama aksi berlaku di OT ini bila Anas cuba keluar dari bilik OT bila dilihatnya doktor bius memegang jarum suntikan. Dia cuba turun dari katil bila doktor memasukkan sedikit ubat bius di tangan. Anas meronta2 tanda protes dan menarik tanda nama yang melekat ditangan. Membuang strip yang berada di dadanya. Aku dan nurse2 yang memegang Anas hanya bertahan bila dia meronta2, menendang2 semua yang ada di sekeliling. Walaupun keadaannya sudah mamai2 tapi tenaganya masih kuat. Memang Anas ini anak yang kuat semangat. 

Tiba2 terdengar.."aduh!"..seorang nurse yang cantik molek putih melepak depan aku menjerit bila Anas mencubit lengannya. Maaf je lah ye nurse. Aku tahu memang sakit dan mesti lebam lengan nurse itu sebab aku sendiri pernah kena cubit dengan Anas masa bawa dia ke klinik gigi bulan puasa lalu.

Akhirnya doktor menyuntik sisa2 ubat bius ke tangan Anas dan Anas perlahan2 rebah di atas katil.

So..hari ini Anas akan dibedah membuang appendix dan terus disunatkan sekali. Sesuatu yang memang aku tak jangkakan.

Aku ni kan superwoman. Sementara menunggu operation Anas selesai, aku perlu membereskan juga tugas2 aku yang sedia menanti. Aku keluar hingga jam pukul 1.00 tengahari baru aku melangkah semula ke OT selepas diberitahu Anas dah selamat menjalani pembedahan. 


Keluar dari bilik OT. Masa ni dia cuma tahu perutnya dibedah tapi tak tahu 'anu'nya sudah berubah wajah.





Bila sudah berada di wad Anas tidak mahu berbaring. Nak buang air pun masih mahu ke tandas. Aku kesian tengok dia yang masih lemah berulang alik ke tandas. Rasa seperti hendak muntah dan buang air tapi tak ada apa2 yang keluar. Tak tau macamana aku nak bagi isyarat nak bagi tau dia semua tu disebabkan oleh kesan dari ubat bius itu.

Hampir 10 kali keluar masuk bilik air aku yang jadi penat. Bila aku lambat nak pimpin dia, dia sendiri yang menyeret besi penyangkut antibotik di tangan ke dalam toilet. Anas..anas..

Mujur cikgu Anuar Penolong Kanan Hal Ehwal murid sekolahnya datang melawat petang itu dan aku minta cikgu itu memberitahu Anas dengan bahasa isyarat apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang patut dilakukan selepas operation. Anas hanya mengangguk sahaja apabila Cikgu Anuar menerangkan satu persatu pada dia.


Jam 8.00 malam baru aku memberikan sedikit air pada Anas setelah lama tidak menjamah apa2. Mujur dia tidak mengalami kesan yang kuat akibat dari ubat bius itu. Dan malam itu giliran hubby pula tidur dihospital menunggu Anas.

Inilah usus Anas yang dikeluarkan. Sudah mula membengkak. Bila Anas tengok gambar ni aku letak di FB selepas keluar dari hospital dia begitu teruja menunjukkan pada setiap orang yang datang ke rumah.





Hari ke 3 di hospital Anas sudah mula segar. Keadaannya tidak seperti orang sakit. Dia sudah mula menyarung seluar pendek yang longgar dan besar. Sudah mula meround hospital ini. Sudah mula boring! Sudah mula berkemas2 ajak balik! Ramai yang terperanjat tengok keadaan dia yang aktif. Bukan aku sengaja membiarkan dia seperti itu. Bukan aku tidak menegah tapi Anas yang tak betah. Macam itu lah setiap kali dia keluar masuk hospital sejak dari kecil lagi.

Hari Jumaat petang 6hb Sept. Anas dibenarkan keluar dari hospital. Senyum meleret dibibir. Tak nak naik kereta dengan aku tapi nak ikut ayahnya naik motor. Tiba di rumah terus capai basikal, cari senapang main dengan kawan2. Aduhai..tepuk dahi urut dada aku dibuatnya. Hanya mampu berdoa Anas sihat dan tidak mengalami apa2 komplikasi selepas itu. 

Ada betul ka? Tunggu selepas ini.

Thanks for reading. 

Adios.














Wednesday, September 18, 2013

KEABADIAN CINTA...


Assalammualaikum.

Salam manis pada yang masih sudi bertandang ke sini. Aduhai..bukan sengaja membiarkan blog sepi tanpa cerita ceriti untuk dikongsi. Masa yang sangat terbatas diterpa tanggungjawab yang perlu dilunas menjadikan entry ini tergantung beberapa kali. 

Satu lagi coretan kisah hidup yang telah tertulis sejak di azali untuk dikongsi di sini. Selebihnya sebagai satu kenangan untuk diingati.

29 Ogos 2013 - selepas maghrib aku sibuk di dapur. Tiba2 kak cik menghulurkan hp dengan terburu2 pada aku dan tanpa melihat siapa pemanggilnya, aku terus menjawab. Esakan suara kak Timah di hujung talian membuatkan aku gelabah sekejap.

"ita, datang cepat! Abang Rashid dah diam dah!.."

Aku terus gelabah. Tenang2!..aku tarik nafas dalam2.

"ok kak. Akak tenang dan sabar. Nanti kita orang datang."

Perjalanan rasa lambat sangat! Hubby yang sangat berhati2 memandu menyuruh aku bersabar bila aku mula merungut dia bawa kereta slow sangat. Masa tu aku rasa biar aku je yang bawak kereta..tapi tak mungkin!

Perjalanan tersekat bila di MRR2 ada sedikit kesesakan. Apa ni?...malam2 pun jam ke?..oh!..ada 3 buah kereta berhias yang besar sangat dan very the slow dalam perjalanan ke KL untuk sambutan merdeka 2 hari lagi.

Nafas rasa macam semput memanjat tingkat 4 ke rumah kak Timah. Hubby dah sampai dulu baru aku tiba. Kami tiba saat jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Mata tertancap pada abang Rashid yang terbaring di atas katil yang diletakkan di ruang tamu rumah. Jiran2 ramai yang berkumpul. Satu keadaan yang buat aku sedikit terkejut. Terlantar atas katil besi bujang warna merah hati. Sama seperti arwah abah. Apakah...? 

Bacaan Yassin dari jiran2 yang menziarah menyedarkan aku akan keadaan genting masa itu. Aku peluk kak Timah yang berada di tepi katil. Kak Timah mula menangis. Alahai..ini yang buat aku sebak ni. Of course lah airmata terus bergenang.

Kata kak Timah, abang Rashid dah mula diam dan tak bercakap sejak dari Maghrib. Suaranya juga tidak kedengaran. Pandangan matanya hanya pada satu arah dan kosong! Memang lain benar keadaan abang Rashid. Dadanya berombak2 laju. Nafasnya seperti sesak! 

Anak2 sentiasa di sisi. Ucapan kalimah syahadah tidak henti2 dibisikkan ditelinganya. Seperti semua sudah maklum akan keadaan abang Rashid yang semakin tenat. Kak Timah tidak berganjak lagi selepas itu. Hanya menemani suami tercinta dalam menghadapi saat2 yang paling sukar. Tangan abang Rashid tidak dilepaskan. Sambil mengusap2 tangan itu dia membisikan kalimah syahadah di telinga suami. 

Ya Allah..tabahnya kak Timah. Aku yang melihat berjurai2 airmata. Surah yassin di tangan aku tatap dengan pandangan yang kabur dek airmata. Sekali sekala suara aku rasa tenggelam dan sebak. Agak lama rasanya untuk aku menghabiskan surah yassin ini bila mata tidak tertumpu sepenuhnya pada ayat2 yang dibaca. Satu ayat yang dibaca aku berhenti sambil memandang keadaan abang Rashid yang bertambah tenat. Hubby duduk di hujung kaki abang Rashid sambil memicit2 kaki itu. Tiba2 hubby memberi isyarat pada aku kaki abang Rashid sudah terasa sejuk!

Abang Rashid abang kepada hubby. Abang no. 2 dan dipanggil Pak Ngah oleh anak2 aku. Kali terakhir bertemunya adalah pada hari raya baru2 ini. Keadaannya memang agak uzur ketika itu. Badannya yang tegap beransur kurus dan lemah tidak bermaya. Selepas hariraya Abang Rashid dimasukkan ke hospital menjalani satu lagi pembedahan di kakinya. Beberapa hari selepas itu aku ada menelefon kak Timah bertanyakan khabar selepas Abang Rashid keluar dari hospital. Memang aku tak sangka keadaannya bertambah lemah dan hanya mampu terbaring sahaja. Kak Timah lah yang menguruskan segala2 tentang abang Rashid. Makan, mandi, mencuci luka di kaki dan merawat segalanya dilakukan sendiri.

Secara peribadi, abang Rashid seorang yang sangat pendiam pada pandangan aku. Setiap kali berkunjung ke rumahnya kak Timah lah yang rajin berbual. Dia hanya menjadi pendengar sahaja. Sekali sekala dia bersuara jika ditanya. Itu pun dengan suara yang perlahan. Jadilah aku seorang adik ipar yang kadang kala 'mati kutu' bila berbual2 dengan dia.

 Waktu terus merangkak perlahan. Atur duduk aku juga berubah2. Sekejap di sebelah hubby, sekejap di belakang kak Timah. Mengurut2 belakanganya memberikan semangat dan meniupkan kesabaran menghadapi saat2 ini. Jiran2 datang dan pergi silih berganti. Jam menunjukkan lebih kurang pukul 11.30 malam bila tiba2 abg Rashid bersuara dengan  agak  garau dan dalam. "Mak, abah!"...

Airmata kak Timah semakin laju. Tidak henti2 dia membisikkan kalimah syahadah itu. Sekali sekala dia membasahkan  bibir abang Rashid dengan air zam2. Menyuap dengan penuh kasih sayang. Aku dapat rasakan seperti kak Timah ingin terus berbakti kepada suaminya itu hingga saat2 terakhir ini. Sesekali abg Rashid seperti orang gelisah. Menguis2 mukanya dengan tangan. Seperti ada sesuatu yang mengganggunya.  Selain aku dan hubby ada beberapa jiran2 yg masih setia menemani. Sejenak aku terkejut kerana melihat kak Timah beria2mengusap muka abg Rashid. Kenapa? Tanya aku pada jiran yg berada disebelah. Dia berpeluh! Jawab jiran itu tanpa menoleh kepada aku. Tiba2 aku teringatkan sesuatu. 

Ya Allah..jika sudah sampai waktunya Kau ambil dia dari kami Kau permudahkanlah dia pergi dengan tenang dan aman. Aku merapati kak Timah yang sekali sekalĂ  menyapu airmatanya yang mengalir. 

"Kak, ita bagi tau orang kampung ye?" 

 Aku meminta izin dari kak Timah memberitahu kakak2 dan abang2 iparku. Seperti memahamai keadaan abg Rashid yang semakin tenat dia hanya  menganguk  lemah.

Hembusan nafas itu semakin perlahan. Semakin lemah. Satu...satu... Matanya semakin kuyu. Ya Allah!..kau permudahkanlah segalanya. Kau lepaskanlah sakaratul ini dengan aman dan tenang. Kau ampunilah segala dosa2nya. Hanya doa yang dapat aku panjatkan disaat2 ini.

Kak Timah masih setia di sisi. Anak2nya tidak putus2 menyebut kalimah Allah di telinga abg Rashid. Dengan mata yang semakin layu, nafas yang semakin lesu akhirnya abg Rashid pergi dengan tenang di sisi isteri dan anak2 yang tercinta saat jam menunjukkan pukul 1.00 pagi.

"Kak, abang dah tak ada!" .

Seorang jiran menyedarkan kak Timah yang masih membisikkan syahadah di telinga abg Rashid. Diambilnya kedua tangan abg Rashid dan diletakkan di dada. Kak Timah seperti tersedar. Ya  Allah!...Allahhuakbar!...hanya itu yang terucap dari bibir kak Timah. Esak tangisnya kedengaran dan dia rebah lemah di birai katil. Airmata aku pecah berderai!


30 Ogos 2013 - Jumaat 23 Syawal 1434H.

Seawal jam 11.00 pagi jenazah abang Rashid selamat tiba di Tanah Perkuburan Batu Muda untuk dikebumikan. Aku bertemu saudara mara dari jauh dan dekat di sini. Bersama2 menyempurnakan penyemadian beliau. Tiada tangis sendu lagi kerana kami semua redha dengan pemergianmu. Menemui sang Pencipta yang hakiki. Semoga rohmu ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan beriman. Amin.


setiap insan pasti merasa
saat perpisahan terakhir
dunia yang fana akan ditinggalkan
hanya amalan yang dibawa






















terdengar sayup surah dibaca
sayunya alunan suara
cemas didada layu tak bermaya
terbuka hijab di depan mata







selamat tinggal pada semua
berpisah kita selamanya..



sekujur badan berselimut putih
rebah bersemadi sendiri
mengharap kasih anak dan isteri
apa pahala mungkin dikirimi




























berpisah sudah segalanya
yang tinggal hanyalah kenangan
diiringi doa dan airmata
yang pergi tak kan kembali lagi..

selamat tinggal di sisi Allah s.w.t..















Al fatihah.