Saturday, January 26, 2013

ANUGERAH TERAGUNG..



Assalammualaikum.


.




Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran


Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya



Tak terjangkau tinggi pekertimu

Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran


Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu



Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela



Stadium Malawati Shah Alam - 12 Rabiul Awal 1434H. Laungan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w bergema di setiap pelusuk dunia.

Aku dan warga Perkep Sec. 20 Shah Alam  juga tidak ketinggalan bersama2 dalam memperingati hari kelahiran Junjungan Mulia ini. Sekali sekala rasa sebak menerpa di jiwa bila teringat Rasullullah yang dicintai. Alhamdulillah, kita dilahirkan di dalam golongan orang2 yang mendapat hidayahNya.

Langit pagi yang mula diintai mentari nampak sedikit mendung. Teman2 dan peserta2 perbarisan yang lain tetap nampak bersemangat untuk sama2 meraikan hari yang bermakna ini.

Memperingati kelahiran Rasullullah s.a.w bukan hanya  pada 12 Rabiul Awal sahaja malah yang lebih penting adalah mengamalkan segala yang dituntut di dalam Al Quran dan al Hadis.

 Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.).









Ketika perbarisan baru dimulakan, hujan gerimis mulai merenjis bersama ketibaan MB Selangor. Hujan rahmat atau hujan nikmat? Yang pasti hujan tetap basah...sebasah baju2 kami yang hampir lencun di pertengahan jalan dengan hujan yang mencurah agak lebat. Langkah kaki masih gagah meneruskan perbarisan sejauh 1.6km itu menuju ke Stadium Malawati. Laungan selawat terus bergema tanpa rasa lelah. Basah dek hujan dan basah dek keringat. Apalah yang ada dengan sedikit ujian ini jika dibandingkan dengan segala pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w yang tidak terkira besarnya untuk umat2nya ini?


Biarlah gambar yang bercerita.






tak sabar nak mulakan perbarisan maklumlah berlatih kawad sampai tengah malam. Polis pun tak cam tu.























Pak Arab berdua ni bergaya ketika melintasi kumpulan kami. Bermacam2 gaya para peserta dapat dilihat cuma kamera aku ni sedikit 'segan' nak snap gambar2 peserta lelaki. Tiba2 aku rasa jadi Muslimah sejati..uhuks!..




Bunga manggar berbentuk pokok tamar bukan seperti selalu berbentuk pokok kelapa.





We Love Rasullullah.





Islam is Great!









































Langkah bermula bersama deraian hujan.






Hujan juga satu rahmat untuk ibu2 ini yang dah lama tak main hujan kan?...hihihi... (tudung dah mula basah). 









Dalam stadium yang sejuk membeku. Kak Pah kat sebelah hampir kaku!









Persembahan Rabbani.












Mawi yang masih menjadi buruan.





Adik polis ni...bila dah pakai uniform nampak segak. Rupa2nya jiran aku kat rumah atas..ishh!...ishhh!..isshh! nasib baik tak ngorat.





Bergaya dengan kereta DYMM Sultan Selangor. Lama punya tunggu nak tangkap gambar Sultan tapi tak muncul2 walaupun acara dah usai. Dengan kereta pun jadi lah labu...








pheewitt!!!...





sedia berkhidmat.




biru turquoise yang menawan.



manis berjubah merah jambu. 

Apa makna dua2 warna tu? Pink dan biru turquiose?
Hanya mereka yang tahu...





'orang2 kuat' blok 6...accept aku kot..










ala...ala...tomey!..Wan Zaleha..sorry!...sorry!...aku tak tau nama penuh dia. Selalu panggil Leha je.






Zah ganu..sentiasa ada memberi kerjasama.




Ummi...orang kuat persatuan.



Sharifah Sherry yang glamour.




'Uji Rashid' semasa muda..

Terima kasih untuk Sub Insp. Azmi, Sarjan Mejar Anuar dan Sarjan Mizi yang mengajar kami untuk kawad perbarisan kali ini. Ramai yang kejang2 kaki dan peha kena dera dengan kawad yang bukan ala2 polis, tapi memang betul2 jadi polis!

Tapi best!.Kami berjaya membuat kawad yang cantik walaupun practice cuma 4 hari sahaja. Isteri polis lah kan!...tabik spring...toing!...toing! kat u alls..



" SALALLAH ALA MUHAMMAD
SALALLAH ALAI WASALAM
SALALLAH ALA MUHAMMAD
SALALLAH ALAI WASALAM..."



Thursday, January 17, 2013

Memory daun pisang.



Salam bahagia.

Semoga semua yang berkunjung ke sini di dalam rahmat dan hidayahnya Allah. Dah hampir tengahari.  Mesti ada yang dah congak2 nak makan di mana. Wah! semalam  lunch aku sedikit special. Sikit je. Masih dalam mood diet sebab setiap kali timbang berat badan jarumnya seperti tak mau turun2. Malah bertambah naik. (Jangan salahkan penimbang ye..)

Dari tahun lepas ingat petang2 balik kerje nak singgah ke Tasik Shah Alam nak 'buang' lemak2 ni tapi masih tak kesampaian. Mesti kuatkan semangat. Yo! kau boleh! kalau tak baju peplum kembang kau tu tak boleh masuk. Silap2 nampak lagi kembang!

Ok..lunch semalam makan nasi lagi. Mula2 saja2 je jengok2 restoran baru kat Kondo Prima U1. Konon nak temankan Vanni tapi bila sampai je tengok cam menarik pulak. Yang menariknya makan dalam daun pisang! Oh! Banana Leaf Restoran. Hmm...nampak sedap. Tengok2 lauk..hmmm..ada kari ayam pekat, sayur2an goreng tepung, telur dadar goreng tepung, kari kambing, ikan goreng dan paling special yang tak akan jumpa kat restoran Melayu ialah rasem/rasum! 

Korang sure tak pernah rasa rasem ni kan? Sejenis soup India. Mak selalu masak kalau dia demam dan tekak rasa pahit. Kira soup rasem ni boleh membuka selera lah.





Macam ini lah hidangan aku tengahari semalam. Sebab tak bawa kamera aku pinjam gambar ni dari blog Ella aka KC. Rakan blogger yang selalu gak sms2an tp tak pernah jumpa lagi. Sambil2 makan guna tangan, sambil menikmati keenakan kari India aku senyum sendiri bila ingatkan makan dalam daun pisang ni benar2 mengamit memory lama dulu.

Masa tu aku mula2 kerje. Awal tahun 90an. Mula menceburi alam kerjaya di usia yang sangat muda. Tak tau pun tendang terajang, politik2 ofis ni. Aku enjoy kerje, buat kerje tak de main2 niat memang nak kerje. Belajar sesuatu yang baru yang jauh berbeza dari alam persekolahan.

Kat ofis ramai staff. Staff campur2 1 Malaysia cuma kat bahagian production kebanyakannya adalah pekerja lelaki. Majoriti lelaki. Pada aku lelaki perempuan semua sama aku buat kawan. Nak jadikan cerita seorang abang ni, Abang M bahagian production selalu masuk ofis hantar report. 

Satu hari dia minta aku tolong taipkan surat untuk dia sebab kat production tak de komputer. Aku dengan ikhlas hati tolong dia. Tak ingat surat tu surat apa dan tujuannya. Aku tak ambil pot pun. Janji aku dah tolong dia taipkan surat tu.

Sebagai tanda terima kasih dia ajak aku makan. Lunch dengan dia. Why not? Rezeki jangan ditolak. Lagi pun masa tu baru kerje..duit memang ciput sangat!


Habis ofis setengah hari Sabtu dia bawa aku lunch di Banana Leaf Restoran yang aku tak tau kat mana. Kat Bangsar atau PJ. Kalau dia tinggalkan aku sorang2 kat situ for sure aku mati katak!

First time makan dalam daun pisang memang agak janggal walaupun aku agak biasa dengan makanan India. Rasa janggal sebab makan berdua kot!..hihihi.. 

Hidangan dulu lain sikit dari sekarang. Sekarang sendiri pilih sendiri ambil. Tak tau lah kalau ada lagi Restoran yang buat macam ni. Daun pisang diletak atas meja. Datang seorang pelayan sendukkan nasi dan segala macam lauk pauk. Pilih yang mana nak baru disendukkan dalam daun pisang. Memang aroma karinya 'melekat'. Itu yang buat 'kaw' kata orang tapi buat aku sedikit sesak nafas.

Aku tengok Abang M makan dengan berselera. Bersungguh2 dia menggaul nasi bercampur kari menggunakankan tangan. Mungkin dia dah biasa makan kat situ. Aku terkial2 menghabiskan hidangan dengan menggunakan sudu garfu. Malu ah! nak guna tangan. Cover anggun gitu!..hahaha...

"Ita, makan nasi dalam daun pisang lagi sedap kalau guna tangan" Abang M mengusul pada aku.

"oh! ok..tak pe.." 

"Ita tahu makan rasem?"

Dia sedikit terkejut bila tengok aku selamba hirup rasem.

"Mak selalu buat rasem. Mak pandai buat. Ita tak pandai. Pandai makan je" jawapan selamba aku yang terlalu keanak2an. Jujur kau! 

Abang M hanya senyum. Mungkin dia rasa selesa sebab aku boleh makan makanan India. Tak semua orang boleh terima.

Selesai makan Abang M hantar aku balik terus sampai Port Klang. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Terima kasih Abang M.

Mondaynya bila aku datang kerja...Boom!!! Bagai ada satu letupan bom kat ofis dan bahagian production. Korang boleh agak apa jadik kan?

Hmmm..aku terpinga2! Blurr...bila semua member2 datang kat aku giatkan aku dengan Abang M!.

"wah! lunch berdua je tak ajak kita"

"woi! kau dating dengan Abang M ekk! Tak sangka!"

"sejak bila kau dan Abang M?"

"haiya!...kecik2 sudah ada 'patok' (pakwe)" selamba Ms T melaser aku.

(sabar ita..sabar...kau kan perempuan Melayu terakhir..) Aku cuba memujuk diri. Aku masih dapat mengawal amarah yang tiba2 membadai.

Dan macam2 pertanyaan yang aku dah tak ingat tapi yang aku ingat sangat ialah muka aku yang rasa 'bera' sangat! Rasa panasss...! bukan blushing malu ok..tapi   merah padam menahan geram!.

Geram sebab keikhlasan kita diputarbelitkan. Cerita sebenar ditokok tambah. Mungkin ada silap sikit kat sini atau aku yang terlalu naive. Tapi tak mungkin aku nak syak wasangka sebab tak baik tau prasangka buruk pada orang. Silap aku juga tak ajak kawan2 yang lain tapi dia ajak aku sorang je..memandai2 pulak aku nak ajak orang lain. 

Entah dari siapa cerita itu tersebar sebab tak siapa yang tahu (setahu akulah) aku keluar dengan Abang M. Memang aku tak bagi tau kawan2 pun sebab pada aku tak ada apa2 pun. Hal kecik je. Salah ke kalau ada orang nak belanja? Dia pun bukannya suami orang atau tunangan sesiapa pun.

Aku tak tahu apa perasaan Abang M bila satu ofis kecoh pasal lunch tu. Pada aku dia ikhlas nak belanja aku tapi dalam hatinya aku tak boleh baca.  Hati berkata2 juga kenapa Abang M tak muncul menceritakan perkara sebenar? Kenapa dia tak backup aku? Apakah dia rasa bersalah atau sengaja nak kenakan aku?. Walau apa pun aku dah lama maafkan dia atas apa yang terjadi. Tak lama lepas tu Abang M berhenti. Aku tak tau bila dan kenapa dia berhenti. Tup..tup..dah tak de. Aku tak ambik pot pun!

Setahun dua selepas itu tiba2 dia muncul kat account department nak jumpa aku. Mungkin masa tu dia baru balik umrah dan bagi aku sejambak akar fatimah dari Mekah. Entah dari mana dia tahu aku sedang sarat mengandung anak pertama.

"Ni untuk orang mengandung. Biar senang bersalin" 

sambil tersenyum dengan wajah yang bersih. Masih macam dulu. Aku dengar cerita dari orang2 dia dah kahwin. Bukan dari mulut dia sendiri. Kahwin dengan siapa?...ada yang kata dengan rakan sekolah aku yang namanya Rozita juga. Oh!..konpius sekejap!




Akar Fatimah
 (pinjam gambar uncle G)


Akar Fatimah tu aku guna sampai anak ke 5. Dah lama tak mengandung ni aku pun tak tau entah ke mana akar tu. Terima kasih Abang M!. Kalau kita ikhlas Allah pasti membalas.

"Vanni, kalau makan nasi dalam daun pisang lagi sedap guna tangan" 

aku mengusul pada Vanni bila aku tengok dia guna sudu dan garfu.

"tak pe lah kak ita, saya dah biasa guna tangan kat rumah. Ini nak guna sudu pulak."

Suka hati kau lah!

Aku terus menyuap nasi sambil menikmati rasa kari yang sedikit pedas dan ada rasa masam sikit. Rasa manis dari sayuran bunga kobis yang digoreng dengan tepung. Ditambah dengan rasa rasem yang tak tau nak describe macamana. Memang unik masakan India ni.

Begitulah juga dengan kehidupan kita. Ada rasa masam, manis, tawar, masin, pedas, payau, pedau dan bermacam2 lagi. Semuanya bersatu membentuk kematangan dan kekuatan dalam diri untuk kita terus melangkah lebih jauh. (macam iklan minyak pulak...)

Hidup ini memang indah.

Selamat menjamu selera.  Daa...












Monday, January 7, 2013

2013..selamat tinggal kenangan, selamat datang harapan.





Salam manis. 

Baru sempat singgah. Itu pun sebentar cuma. Masih belum terlambat. Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua yang membaca blog ini. Oh! btw..maaf kalau lagu background ni mengganggu. Maaf ye..tapi aku suka nak buat cam ne kan?


Bertambah setahun lagi. Meningkat angka usia dan moga makin bertambah matang dalam menjalani kehidupan ini. Bertambah singkat perjalanan hidup. Semakin dekat dengan garisan penamat sebuah kehidupan.

Apa azam tahun baru? Pertanyaan yang klise bila setiap kali tiba tahun baru. Setiap tahun baru kena ada azam baru ke? Azam yang lama macamana?

Bagus jugak kan kalau kita ada azam untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri dan family. Tapi berazam tak semestinya pada tahun baru sahaja. Bila2 masa sahaja kita boleh berazam. Kalau terlepas tahun 2013 nak tunggu tahun lagi satu baru buat azam takut2 tak sempat sebab setiap kali tahun baru nyawa kita berada di hujung tanduk!. 

Honestly aku tak pernah ada azam untuk tahun baru. Oppss..! bukan tak pernah tapi tak pernah serius untuk berazam. Aku tak mahu macam hangat2 tahi ayam. Yang aku tahu setiap hari yang mendatang, esok yang tiba aku selalu berdoa untuk setiap kebaikan pada hari itu.  Membuat yang terbaik dari semalam. Tidak ada dateline untuk mencapainya. Yang penting usaha dan keyakinan serta berdoa pada Allah. Tercapai atau tidak terletak pada usaha diri sendiri dan dengan izin Dia jua.


Walau pun azam silih berganti tapi satu yang ini selalu tetap sama yang aku nanti.








Kalendar kuda yang masih bertahan hingga kini. Dulu2 saiznya besar boleh gantung kat dinding tapi sekarang lagi comel. Kecik2 je. Aku suka kalendar ni sebab dalam ni macam2 tarikh ada. Ada Public Holiday, School Holiday, State Holiday, ada bulan Islam (Hijrah) dan tarikh lumba kuda pun ada! Satu2nya kalendar judi yang diminati oleh kebanyakan orang.

Dan diary merah tu..dari AGM. Lama dah tak berdiary2 nih. Kalau dulu diary ni ibarat blog sekarang ni lah tapi diary lebih bersifat peribadi. Terlalu peribadi. Tidak seperti blog yang masih ada cerita2 yang perlu ditapis. Diary merah tu bukan nak tulis apa pun. Bertahun tak dapat dairy cantik sewajarnya aku simpan saja atau pun buat buku resepi seperti selalunya. Oh!..ya..terlupa pulak. Boleh guna untuk urusan bisnes kecik2 aku ni. Sebab setiap tiba tahun baru aku rasa aku sudah menjadi semakin pelupa...means?...

Selamat Tahun Baru 2013. Moga duniamu sentiasa indah. Melangkahlah dengan penuh gagah bersama pengalaman yang lalu. Bungkus dengan kemas segala kegagalan dan bentangkan lembaran kejayaan. Semoga kita semua berada di jalanNya dengan limpahan taufiq dan hidayah hanya dariNya.


"patah kuku bertongkat dagu.."



Wednesday, December 26, 2012

RALAT VS REGRET

Assalammualaikum.

Peristiwa 2 hari lepas masih bermain2 di teratak minda . Rasa tak puas hati, ralat & regret. Semuanya gara2 sikap tidak ambil kisah dan sedikit selfish. Senang cerita tak de teamwork dalam etika kerja.

Panjang cerita kalau nak cerita pasal integriti dalam kerjaya. Dari pengalaman aku sendiri, budak2 muda sekarang ni displin dalam kerje ada sikit kureng. Jangan marah dengan kenyataan ini. Pasti dalam setiap ofis atau kerjaya yang lain akan jumpa orang2 yang macam ni. Tak ada keikhlasan dalam membuat sesuatu.

Nak jadikan cerita juga sebelum Krismas hari tu ofis aku agak lengang. Ramai yang menghabiskan sisa2 cuti tahunan. 

Seperti selalu bila customer datang untuk membuat tempahan sales person yang akan attend. Hari tu dua2 orang cuti dan tinggal seorang sahaja. Kebetulan masa customer datang yang seorang ni pulak keluar uruskan sesuatu. Nak tak nak aku lah yang kena attend bila staff admin sorang ni hulur product file warna kuning pada aku. Memang dia selalu tolak pada aku untuk attend customer sebab dia staff baru. 

Setelah cutomer ni pilih2 coklat untuk wedding anak dia dan setuju dengan harga dan cheque pun bertukar tangan selesai satu jual beli. Lega sebab order dari customer ni agak banyak dan aku dapat 'close' dia.

Tapi sikit punya terkejut beruk, monyet, badak semua terkeluar bila aku tunjukkan order tu pada sales person yang dah masuk semula ke ofis. 

A : "kak ita ini harga lama. Kita dah tak pakai dah file ni".

Aku : "hah! what the hell!..bla..bla..bla...!!!@##*&??? "

semua yang mengarut2 terkeluarlah dari mulut aku. Bukan marah sangat pun cuma itu baru setengah marah!.

Aku : "macamana you all buat kerje ni. Kalau file ni dah  tak pakai kenapa letak kat sini, kenapa tak update? You don't espect semua orang tahu apa you all buat.!"

Memang aku tak puashati. Capai satu lagi file product yang lain. Belek2 pun masih ada harga lama yang diletakkan. Memang tak update pun.

A : "itu bukan kerja saya. Dua orang tu patut update. Saya pun tak refer file tu lagi. Nak buat macamana ikut je lah harga lama tu". A jawab selamba. 

Aku : "kak ita tahu semua price dalam kepala you. Tak payah rujuk file pun you boleh ingat. Tapi bila dah jadi macam ni, kan dah rugi".

A : "saya tahu tapi saya nak tengok dua orang tu buat kerje ke tidak?". A seakan pertahankan diri.


Tangan lantas capai calculator. Tekan2 angka yang besar2. Sebab customer ni order lebih 50kg coklat ribu raban jugaklah beza harganya.

Hmmm!!! Aku hanya mampu mengeluh dalam. Rasa kesal bertandang. Bukan nak tuding jari pada sesiapa. Kalau semua orang faham apa itu integriti dalam kerjaya kesilapan kecil macam ni tak mungkin berlaku. Dan paling tak sedap berlaku pada aku. Why me?

Tak sabar nak tunggu AGM balik dari cuti. Aku harus bagi tahu hal ini. Biar semua clear dan ambil tindakan yang betul agar tidak lagi berulang kesilapan kecil yang besar ruginya.

Legakan tension. Sila jamu mata dengan durian crepe yang sedap ni.



Nak jamu selera sila buat sendiri dengan resepi 

Friday, December 21, 2012

Cakap siang pandang-pandang...

Assalammualaikum

Salam dihari Jumaat yang indah. Jumaat 7 Safar 1434H bersamaan 21/12/12.

Entry potong Q ni. Entry tetiba rasa nak share sesuatu.

Sebelum tu nak luah sikit rasa geram dan benci pada si kafir laknatullah ini. Tarikh keramat 21/12/12 yang dinyatakan sebagai tarikh untuk hari kiamat hari ini. 

Mudah benar untuk memesongkan aqidah dan mempermainkan Islam. Menganggap mereka itu lebih tahu dari Tuhan! 

Tak siapa pun tahu bila hari itu akan datang even Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Alhamdulillah..kita semua hambaNya yang masih kuat beriman dan berpandukan Al Quran dan Al Hadis dalam menangkis serangan halus dan jahat sikafir laknattullah. Kita tahu dan percaya yang mana betul yang mana salah. Mana yang haq dan mana yang batil.





Kita sering mengambil peringatan akan kedatangan hari kiamat itu dengan meningkatkan segala amalan dan amal ibadat kita kepada yang Esa. Menjalankan perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. 

Moga Allah melindungi semua umat Islam dari sebarangan bentuk kekufuran dan kezaliman di dunia ini. Dan sesungguhnya orang2 kafir itu selayaknya menjadi kayu bakar untuk menyalakan api di neraka!.

Fuh!.. legakan bila kita dah luahkan apa yang terbuku di jiwa.

Ok..nak cerita ni. Cakap siang pandang2, cakap malam dengar2. Cerita ni ada kaitan dengan maksud peribahasa tu.

Semalam tengahari aku ke Tesco. Cari bahan2 basah untuk memenuhkan peti ais baru yang sampai hari sebelumnya. (cerita peti ais dulu ye...) Dah beberapa minggu asyik beli makanan di luar gara2 peti ais dah uzur sangat. Dah tak betah bertahan lagi walau Hubby dah cari 2 3 orang 'doktor' merawatnya. Umur pun dah masuk 20 tahun seusia hayat aku menetap di Shah Alam ni. Of course lah..kena cari yang baru.

20 tahun lepas aku yang beli Ariston tu. Sikit punya gah dengan harga dekat rm2k. Lama2 aku pun rasa peti ais tu makin lama makin kecil dan sempit sebab keluarga semakin membesar dan makin banyak juga benda2 yang nak dipudatkan kat dalamnya. 

Sementelah pulak (skemanya..) hubby dapat duit extra (bonus le..bukan 'under table' ye...) kira turn dia pulak lah yang kena beli kali ni. So..bertukar wajah lah peti ais aku dari Ariston ke Sharp. Kalau tak 'sharp' lagi tak tau lah. Terima kasih hubby..kita give and take ok...

Ok..cite Tesco semula. Aku ingat nak beli ayam. Terpaksa jugak lah beli kat sini sebab nak beli kat kg lambat lg. Pilihlah yang dah potong kecik2 tu walaupun banyak bahagian2 ayam yang dijual berasingan. Aku lagi suka yang dipotong kecik2 sebab senang nak masak. Sama2 dengan aku ada seorang Ah Soo yang sedang pilih2 sama. Tiba2 datang satu family, emak, bapak dan anak pompuannya disebelah aku.  Dialog lebih kurang cam ni :

emak : "hah kakak!..ni ayam ni ambik sikit".

kakak : "ayam ni ke ayam yang tu" sambil menunjukkan bahagian2 ayam yang lain yang agak besar2.

emak : "yang ni lah..kita nak bagi makan burung je!"

Hah!. Tersentak aku. Daging2 ayam yang sedang aku pilih ni yang aku nak masak untuk anak2 aku dia hanya nak bagi pada burung dia je?

Tiba2 aku rasa muka merah padam. Memang biadap dan sungguh tak sopan langsung! Aku tak angkat muka, tak hingin nak tengok muka orang yang sungguh berlagak ini. Ikut cakap sedap mulut. Dia tak nampak ke ada orang lain yang tengah pilih2 ayam tu?     

Kalau nak bagi makan apa pun tak perlu mention macam tu. Tangan masih pilih2 ayam tapi dalam hati aku berbulu betul!. Aku cuba pujuk hati. Mungkin dia tak sengaja dan memang untuk makanan burung dia. Tapi aku cuak gak..burung apa yang makan daging ayam? Helang kah? Burung helang kat Langkawi pun makan perut ayam je.

Dan dia memang sungguh2 berlagak dan tak sedar diri bila asyik ulang2 ayat yang terakhir tadi. Sah! bukan tak sengaja atau tak sedar tapi memang berlagak! Moga Allah mengampuninya yang secara tak langsung telah mengguris hati aku. 

Masa tengah drive aku masih terbayang insiden tadi. Sedih dan sayu. Tiba2 aku teringat hal yang sama satu waktu beberapa tahun dahulu. Macam dejavu pula dengan kisah yang tadi. Masa tu Idah masih lagi duduk di Tg Karang. Kalau ke sana aku selalu ke pasar Sekincan yang memang banyak ikan segar2 baru naik dari laut. Naik buntang mata tengok ikan2 yang masih kebiruan.

Sejak kecil aku dah diajar untuk hanya mengenal ikan kembong, ikan sardin, kerisi, selar, ikan uji rashid dan yang sekelas dengannya. Paling aku suka ialah ikan kembong. Kalau orang tanya aku lauk apa hari ni? Aku tetap akan jawab ikan kembong walaupun pada hari itu mak masak ikan lain.

Anak2 pun aku ajar makan ikan yang sama. Sekali sekala beli ikan yang besar2 seperti tenggiri, ikan merah, siakap, bawal, sebelah dan sebagainya. Tapi mereka lebih meyukai ayam. 

Pergi pasar aku belilah berjenis2 ikan yang masih segar2 dan tentunya ikan2 yang kecil2 tu. Masa aku tengah siang ikan2 tu Idah ada sama di dapor tengah masak bubur jagung. Dia cakap lebih kurang macam ni:

Idah : "Mak Jah tak makan ikan2 kecil tu. Dia makan ikan2 besar je. Dia kata tak de kelas!"

Aku : "ialah...orang banyak duit boleh lah selalu beli ikan2 besar. Lagi pun kat sini ikan murah. Rasalah jadi macam orang kaya. Kalau angah duduk sini pun boleh selalu makan ikan2 besar." 

Aku menjawab sekadar berbasa basi. Nak jaga airmuka Idah. Nak jaga nama Mak Jah.

Idah rancak merenih jagung buat bubur. Jagung pulut banyak di Sekincan dan sangat sedap.

Idah : "ikan2 kecik ni Mak Jah bagi kucing2 dia je.."

Hah!..aku terdiam. Keciknya rasa hati. Kerdilnya rasa diri. Ingatkan dah habis pasal ikan tu. Idah tak perasan pun muka aku yang terkedu sebab dia membelakangkan aku dan sibuk mengacau bubur dalam periuk. 

Aku tahu dia tak sengaja nak sakitkan hati aku. Dia bercerita perkara yang benar tentang Mak Jah yang aku tahu sangat orangnya macamana. Cuma mungkin cara dia bercerita tak kena gaya dan bahasanya. Nasib baiklah aku boleh terima walaupun dalam perjalanan balik ke Shah Alam masih terngiang2 lagi. Aku senyum sorang2 bila aku teringat ikan2 yang aku dah siang dan bersihkan tadi aku dah ikat betul2 dan simpan dalam plastik yang berisi airbatu supaya segar sampai ke rumah.  Ikan2 kecil yang selama ini membesarkan anak2 aku dan membuka selera aku sekeluarga untuk terus menikmatinya lebih2 lagi ketika meratah ikan2 yang digoreng garing2 dan panas2 lagi. Aku tahu Mak Jah tak pernah dapat merasai nikmat meratah ikan seperti ini. 

Alhamdulillah. Terima kasih Allah.











Friday, December 14, 2012

Kun Fayakun itu milikNya..


Assalammualaikum.

Kalendar 2012 ini sudah sampai ke penghujungnya. Akan berakhirnya satu lagi tahun yang penuh cerita suka duka.

Hati bagai sekeras batu. Keras seperti karang yang teguh dipasak iman. Semilir lembut bertukar menjadi badai semalam masih berbekas.  

Jika ini ketentuanNya, apa lagi yang harus aku sesali. Mana mungkin untuk aku mengkhianati.

Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. Redhakah aku?   Mana mungkin untuk aku redha bila hati bagai disiat2. Bila hati bagai tidak ikhlas untuk menerima segalanya. Bila kesedihan membuak2 menyentap seluruh isi diri. Merenggut seluruh semangat untuk terus berdiri.

Pun begitu..alhamdullillah.. dengan secebis iman yang masih bersisa setelah aku hamburkan segala tangisan dan airmata, kekuatan itu muncul semula untuk aku terus redha menerima ketentuanNya. Pasrah dan berserah atas segala ujian dan dugaan ini. 

Sesungguhnya Kun Fayakun itu milikNya.

Tanggal 1 Disember 2012 aku dan seluruh keluarga kehilangan orang yang tersayang. Allah telah menjemput abah untuk kembali ke sisiNya. 

Saat2 getir menerima perkhabaran itu aku bagai orang mamai tambahan lagi waktu itu menunjukkan jam 3.00 pagi. Semangat masih kuat dan kental. Tiada setitis airmata yang jatuh cuma suara aku sedikit sebak tika mengejutkan suami dan anak2 memberitahu perkhabaran duka. Mungkin aku pernah berdoa pada Allah jika saat ini tiba aku pohonkan Allah menguatkan semangat dan diri aku agar menerimanya dengan tenang. 

Pun begitu aku sedar diri. Aku belum punya kekuatan seperti Along yang telah kehilangan anaknya Rizal dan Mak yang kehilangan ibunya (arwah Wan) atau pun Idah yang kehilangan suaminya Mohd Noh yang tenang menghadapi kehilangan orang tersayang dalam hidup. Tika kereta laju membelah sunyi dan dingin pagi menuju ke kampung, begitu juga airmata aku mulai laju membasahi pipi. Bibir tidak putus2 berzikir dan sekali sekala bibir aku ketap menahan sedih. Setiap kali aku cuba menahan airmata dari gugur sepantas itu juga ianya terus mengalir. 

Tangisan makin kuat bila aku peluk Along. Aku mahu menangis sepuas2nya. Biar tiada lagi airmata tanda kesedihan. Biar kesedihan itu berlalu pergi. Jika tidak kerana Islam melarang umatnya meratapi sebuah kematian, aku lah itu orangnya yang akan menangis mendodoi2 dan meratap penuh hiba.

Sesudah Subuh, jemaah surau mula memenuhi ruang rumah membaca tahlil untuk arwah abah. Semakin cerah mentari 17 Muharam semakin ramai sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai datang menziarah. 







Daun2 pandan diracik buat bantal menggalas tubuh abah nanti. Jari jemari lincah mengadun bunga2 dan daun pandan dan airmata juga semakin lebat.









Seminggu sebelum abah pergi aku pulang ke kampung. Memang abah berlainan benar. Abah tak banyak bercakap seperti selalu walaupun suara abah sudah semakin tengelam dek kerana ketumbuhan dibahu abah yang semakin membesar. Ketumbuhan yang sudah nampak merenin dan 'masak' sangat tapi tidak pernah lesu. 

Kami cuba 'pancing' selera abah dengan bermacam2 juadah tapi satu pun tidak menjentik rasa. Abah hanya terbaring dan tidur sepanjang hari. Aku lihat abah banyak termenung. Pandangan mata abah kosong cuma di hatinya hanya Allah yang mengetahui.

Sesudah Maghrib Jumaat 30 November abah mula batuk-batuk dan sesak nafas seperti orang lelah. Menurut mak, abah sudah tidak seperti orang senang duduk. Sejak hari sebelumnya abah sudah menggelisah. Semua serba tak kena. Baring di katil resah, tidur di sofa panjang jua tak betah. Duduk, berlunjur, bersandar segala dibuat untuk memberi keselesaan pada abah. 

Memang tiada rezeki aku untuk mengadap abah di saat akhirnya meski pun Idah sudah mengkhabarkan keadaan abah yang sesak nafas pada aku jam 9.00 malam lagi. Aku tidak berasa cemas sebab sebelum ini pun abah memang mengalami batuk2 yang agak teruk. Jangkaan manusia tidak dapat melangkaui ketentuan Allah. Aku sangka abah dapat bertahan untuk beberapa ketika tapi Allah lebih berkuasa. Cuma sedikit terkilan bila usai majlis pengkebumian abah, Along bercerita ketika abah sesak nafas itu dirasakan kaki abah memang telah sejuk. Memang aku marah dan geram dengan Along kerana tidak bersungguh menyuruh adik beradik pulang segera bila mengetahui keadaan itu. Sewarasnya aku memang tak boleh juga menyalahkan Along sebab mungkin dia juga tidak menyangka itu tanda masa abah sudah hampir atau mungkin Along sendiri berada dalam keadaan kelam kelibut dan tidak menentu. 

Semua pun tidak menyangka abah pergi secepat itu. Ina (yang aku selalu panggil anak abah) terusan sms aku bila aku dah sampai ke kampung suruh aku check betul2, betul ke abah dah tak ada. Abah memang dah tak ada Ina..

 Alhamdullilah, abah pergi dengan tenang. Abah menghembuskan nafas terakhir dengan mudah ketika dia sedang duduk bersandar di birai katil. Nampak mudah dimata manusia tapi perit dan getirnya hanya dia dan Allah yang mengetahui.

Disaat2 akhir hayat abah tubuh badannya semakin kurus hingga menampakkan tulang belulang abah. Kulit2 di badan nampak menggelebeh dan mengendur. Kalau abah berbaring jelas kelihatan pipi abah tersembul keluar menampakkan  tulang pipi dan rahang yang jelas. Nampak begitu berat abah menanggung kesakitan tapi tak pernah diluahkan pada anak2. Kalau ditanya dia akan menyatakan tidak sakit. Tidak merasa apa2.

Ketika jenazah abah siap dimandi dan dikapankan semua ahli keluarga berkumpul menatap wajah abah untuk kali terakhir. Subhannallah...hanya itu yang mampu aku ucapkan bila menatap wajah abah yang sungguh bersih dan tenang. Abah nampak sangat tampan untuk lelaki yang seusianya. Wajah abah yang iras2 lelaki Arab Pakistan yang diwarisi dari arwah ayahnya jelas kelihatan. Misai dan janggut abah menampakkan  lagi wajah Arab Pakistan itu. Aku sedikit terkejut. Tidak langsung nampak wajah abah yang cengkung dengan tulang pipi yang tersembul sewaktu sakitnya dulu. 

Sejuk umpama air batu sewaktu mengucup dahi dan pipi abah untuk kali terakhir. Airmata bagai terhenti seketika. Saat yang sangat2 sebak. Kucupan yang  terakhir untuk abah. Tiada lagi selepas ini. Sejuknya membekukan tangkai hati. Iman dan Anas tidak menyambut lambaian aku untuk mendekati jenazah abah. Kedua-duanya menggelengkan kepala. Hanya berlindung di pintu bilik memerhati dari jauh dengan mata yang basah.





Alang Izam menemani jenazah menantikan saat untuk dibawa ke tanah perkuburan.











Perjalanan terakhir... selamat tinggal isteriku, anak2ku, saudara2 ku. Redhakan pemergianku menemui Kekasihku.


Aku memang seorang yang lemah semangat dalam hal2 yang berkaitan dengan kematian. Selalunya aku lebih senang untuk berada di rumah sahaja apabila orang lain bergegas mengiring jenazah hingga ke tanah perkuburan. Tapi tidak kali ini. Bagai ada satu kekuatan datang dalam diri untuk aku terus melangkah mengiringi jenazah abah ke kuburan. Selebihnya aku tidak ingin merasai lagi saat2 yang sangat sunyi dan sepi berada di rumah selepas semua orang pergi. Aku merasai ini ketika arwah Wan dulu. Aku dan Ina sahaja yang tidak ikut ke kuburan pada waktu itu kerana Anas dan Ammar tidak sihat. Tinggal kami berempat sahaja di rumah. Ketika itu lah aku merasai suasana yang sangat2 sepi, sunyi, kosong, terasa sangat sebuah kehilangan. Itulah yang disebut orang, sunyi selepas sebuah kematian. Sangat2 meruntun perasaan. Memilukan. Memedihkan. Aku tidak ingin lagi merasai semua itu. 

Kekuatan juga datang untuk aku mengintai ke liang lahat saat tubuh abah diangkat untuk disemadikan. Airmata terus mengalir. Entah untuk kali yang keberapa tapi yang pasti kelopak mata aku menjadi tersangat bengkak!. Tak mampu untuk aku menahan lagi saat muka jatuh ke bahu Suzana yang datang menziarah bersama ke tanah perkuburan. Sekali lagi rasa sebak dan sedih itu bergema bersama tangisan yang panjang.  

Maafkan ita abah. Meratapi pemergian abah yang akan menambah lagi kesakitan buat abah. Maafkan anakmu yang terlalu cenggeng dan rapuh ini. Ampunkan aku ya Allah!.





Bersemadinya  Almarhum Ayahanda Baharudin bin Pehee pada 1hb Disember 2012 (Sabtu) bersamaan 17 Muharam 1434H.

"berpisah sudah segalanya
yang tinggal hanyalah kenangan
diiringi doa dan airmata
yang pergi tak akan kembali lagi.."


Hari ini genap 2 minggu pemergian abah. Sebuah kehilangan yang tak mungkin berganti. Sebuah kekosongan yang tak akan terisi. Walaupun aku bukan  'anak abah' tapi di mata dan di hati aku abah seorang yang sangat istimewa. Abah tegas dan sedikit garang. Dalam garang masih ada gelak tawa. Masih ada lawak lucu yang selamba. Biarlah abah tenang di sana. Di sisi sang Penciptanya. Abah tetap hadir dan bersama dalam hati kami semua. 



"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ayahku, kasihani dan sejahterakanlah dia, maafkan kesalahannya, muliakan kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan rahmatMu yang maha Pengasih.."


Al Fatihah...



"meski ku rapuh
dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
 hanyalah padaMu
maafkanlah 
bila hati tak sempurna 
mencintaiMu 
dalam dada
 kuharap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu..."