Thursday, January 8, 2015

2014 PENUH DUGAAN 2015 MENGGAPAI IMPIAN.


Assalammualaikum.


Masih belum terlewat. Selamat datang 2015. Tahun dan tarikh yang berubah tapi harinya tetap sama. Masih mendung dan hujan dan sekali sekala mentari membahang.



Akhir 2014 yang penuh airmata. Selebat hujan yang turun sama lebat dengan airmata yang mengalir. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Takziah dan simpati untuk saudara2 yang kehilangan harta benda dilanda musibah banjir terburuk dalam sejarah negara. Juga untuk saudara di sana yang meratapi insan2 yang menjadi korban pesawat Airasia QZ8501 di dasar Laut Jawa.


Kelantan paling teruk dilanda banjir. Musibah yang tak dijangkakan menjadikan kita lebih bersatu dalam menghulurkan bantuan tanpa mengira pangkat, warna kulit dan perjuangan politik. 


(Pictures credit to Google)



Merenung masa hadapan yang telah hilang arah tujunya. Mencari makna disebalik musibah ini.








Kuasa Allah yang tak terjangkau dek fikiran. Selembut2 air bila ia mengganas habis semua dihempas. Apakah angkara kerakusan manusia sendiri atau alam yang sudah semakin jauh menyendiri?









Bah tidak mengenal mangsa. Semuanya diharungi. Membujur lalu melintang patah. Kitakah yang tengadah?




"Jangan ditangisi barang yang hilang, tetapi syukuri apa yang masih ada. Kelak jika yang masih ada itu hilang, ditangisi pula" HAMKA.


Hidup perlu diteruskan. Berkumpul sesama adik beradik di kampung sudah menjadi satu agenda kemestian untuk keluarga aku. Family meeting setiap kali berkumpul lebih2 lagi Along bakal menyambut menantu pertengahan tahun nanti. Walaupun lama lagi tapi terasa macam minggu depan je nak sambut menantu bila semuanya excited melakar agenda dan acara. 

Sekadar menambah seri acara makan2 birthday Uteh pada 01/01/2015 yang lalu aku buatkan coklat kek sebab rasa dah lama tak makan kek coklat. Juga ayam panggang Rosemary tapi terlupa dalam suasana yang sibuk di dapur untuk merakam gambar si ayam. Jawabnya habis semua ayam diratah baru teringat nak ambil gambar. Kirim salam je lah.






Kek coklat yang digemari oleh hampir kesemua orang. Merah strawberry menambah ceria. Dilimpahi coklat dari Fidani Creations yang sedap dan mahal giler! Untunglah korang kan mak ngah kerja kat kilang coklat. Dapat makan coklat yang sedap2. Alhamdulillah....rezeki masih di sini lagi.


Moga Allah sentiasa bersama-sama di sepanjang perjalanan sisa-sisa kehidupan ini.

No comments:

Post a Comment