Tuesday, August 6, 2013

RAYA YANG HILANG..

Assalammualaikum.

Sehari dua lagi Ramadan akan berlalu pergi. Segala kerahmatan dan keberkatan bulan yang mulia ini akan dibawa pergi bersama terbitnya mentari Syawal. Kita akan kehilangan semula bulan ini dan entah ada rezeki dan umur panjang untuk bertemu lagi di lain masa. Semuga ini bukan Ramadan yang terakhir untuk kita.

Bau2 biskut dibakar menusuk2 hidung. Meruntun2 selera. Menambahkan lagi kemeriahan rasa Hari Raya. Lagu2 raya dah semakin rancak berkumandang. Korang dan rasa ke aura Raya? Rasanya tahun ini raya aku yang paling hambar. Tak macam selalu. 'Bernafsu' pergi shopping sana sini.  Baju, kasut mesti ada yang baru. Satu dua perhiasan rumah yang baru mesti ada. Persiapan raya untuk anak2 juga sangat2 terlewat untuk kali ini. Entahlah...tak bersemangat langsung!

Hingga kini rumah masih macam 'kapal pecah'. Tak ada semangat nak berkemas. Letih lesu lebih menguasai. Kuih raya ada sebalang lebihan dari yang diorder rakan. Itu pun atas dasar kesian aku buatkan juga. Sejenis itu sahaja. 2 hari lepas baru bawa anak2 beli sehelai dua baju untuk raya.  Deretan baju2 kurung, tudung2 aneka gaya masih belum dapat menjemput mood raya untuk bertandang. 

Disebabkan itu juga aku masih di sini. Di dalam ofis yang sudah hampir kosong yang hanya tinggal suku sahaja dari bilangan staff yang ada. Mengadap meja2 dan kerusi2 kosong teman2 yang sudah pasti telah tiba di kampung halaman masing2. Lagu2 raya yang berkumandang sejak dari pagi tadi berlalu bagai angin. Tidak berbekas di hati. Yang ada hanya mood sedih. Lagi sedih(menitik2 airmata...) bila pagi ini aku baca di wall FB Mak Usu Miza yang dah selamat sampai ke kampung mertua di Jerteh, Besut 4 hari lalu.

(sorry..aku tak reti nak letak status FB kat blog)

bila tiba hari raya
dia sibuk kemas rumah..
cat pagar...cat dinding rumah...
nak bagi kemas dan cantik..
bila malam 7 likur rumah mesti terang dengan cahaya pelita yang dia pasang...
bila anyam ketupat dia mesti akan buat ketupat ketam...kreatifnya..
time masak rendang dia akan berpeluh menjaga api dan setia mengacau..
tapi tahun ini beraya tanpa dia...
rindu sangat...
semoga dia bahagia di sana..

al fatihah untuk arwah abah..

(huwaaa...airmata semakin laju, mata semakin bengkak!)


InsyaAllah malam ni balik aku kampung. Mak dah beberapa kali bertanya bila balik? walaupun aku dah khabarkan pada mak minggu lepas lagi. Tentu mak sunyi bila teman bergaduh buat persiapan dekat2 raya ni dah tak de.

Harap2 lepas raya mood nak menulis tentang raya masih ada sebab banyak yang nak dikongsi cerita2 sebelum raya. Cerita Anas yang buat aku menitiskan airmata baru2 ni (banyaknya cerita airmata..) Nak share resepi raya kali ni yang so special..rendang ayam Turki. Huhuhu..mood raya..kat mana kau?

Dikesempatan ini aku mohon ampun maaf silap salah pada semua yang mengunjungi blog ini kalau ada bicara kata yang menyentuh hati dan perasaan (sentap lah tu!) dengan sengaja dan tanpa aku sedari. Ampun maaf dari lubuk hati. Dari hujung rambut hingga hujung kaki. Aku insan biasa yang selalu melukakan.

Maaf zahir batin. 

Take care.








4 comments:

  1. Ceriakan diri mu wahai sahabat demi ibu tercinta.. Habiskan kesedihanmu malam ini, demi senyuman untuk ibu esok dan hari mendatang

    Ayah di sana pasti tak mahu anaknya berduka di hair kemenangan ini!

    Taqabalallah minna wa minkum

    ReplyDelete
  2. Taqaballah minna wa minkum ita.. La Tahzan.. life must go on.. mohon maaf zahir batin, halalkan apa yang dah dimakan dan diminum..
    Semoga perjuangan sebulan Ramadhan ini akan berterusan ( kebaikan ) untuk sebelas bulan mendatang..amin

    ReplyDelete
  3. Terharunya baca entri Ita... apapun Syawal sudah hampir pertengahan, selamat hari raya Ita.

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya ... Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete