Wednesday, August 28, 2013

JEMPUT MASUK..

Assalammualaikum dan salam manis.

Hah! jemput lah masuk, silakan2.. ayat2 biasa tu bila pergi jemputan rumah terbuka ni. Beberapa hari lagi syawal dah sampai penghujung. Hujung minggu ni cuti Merdeka mestilah ramai yang ambil kesempatan buat open house. Rasanya sampai dah habis Syawal pun open house ni tak habis2. Ada yang terbabas sebab Syawal rasa macam pendek sangat kan?

Aku nak menjemput masuk ke 'rumah' aku yang baru ni. Baru  lebih kurang 7 8 bulan dibina. Suka sangat rumah ni sebab tetamu yang datang dihidangkan dengan macam2 hidangan. Pagi tadi Along call aku bila dia tengok hidangan yang sedap2 di rumah baru tu dan membebel bila hidangan tu tak pernah bawa balik kampung untuk dirasa.

Hihihi...kalau nak rasa sangat boleh buat sendiri sebab aku dah tunjukkan cara2 nak buatnya. Jom intai2 'rumah baru' aku yang diberi nama Markisa.

Sebelum tu aku tunjukkan serba sedikit apa yang ada di 'rumah baru' ini. Ada beberapa bahagian ruang dalam 'rumah'  ini. Hihihi..ok lah tak mau bagi konpius kat korang nanti merajuk eh!...


 Ini adalah blog baru aku khas untuk resepi2 yang aku dah cuba. Tujuan buat blog ni satu je..sebagai kenangan untuk anak cucu dan kawan2. Sapa2 yang nak cuba resepi2 kat dalam tu sila2lah selagi sudi. Memang untuk di kongsikan kalau tak boleh tak payahlah letak kat situ kan?


Ada resepi kek dan manisan.






























Ada lauk pauk dan nasi.
























Nak tempah pun boleh.



















Insyaallah ada banyak lagi resepi2 yang bakal dikongsikan di sini.

Unfortunely buat masa ni blog ni tak dapat search di google sebab apa aku pun tak tahu. Kalau nak masuk ke sana singgah dulu di blog ini dan klik di link yang disertakan di bawah. Boleh juga klik di profile aku di atas sana sebelah kanan.


Selamat hariraya. Jemputlah masuk ke rumah hamba yang beralamat di sini http://pdapor.blogspot.com/


eerrkkk...! kenyang sudah.

2 comments:

  1. best. best.. tq moist choc cake yg enak tu.. (hidangan penyelamat juga untuk tetamu yang datang hingga malam hari tu..)

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.

    ReplyDelete