Saturday, August 24, 2013

CERITA RAYA...SIMPAN SEDU SEDAN ITU.

Assalammualaikum.

Selamat hari raya. Masih dalam suasana raya lagi kan? Berderet2 undangan rumah terbuka dan kenduri kahwin musim2 raya ni. Aduhai...terasa pinggang semakin melebar, baju semakin sempit.

Lama juga tak masuk ke sini. Tak sangka ada juga yang tertunggu2 entry baru aku walau pun ceritanya tak lah seberapa. Thank you Jamie sebab kau tiba2 buat aku rasa nak update blog ni. Aku tau bila kau rindu kat aku mesti blog ni jadi penawarnya kan?..hihihi...(blushing ai you..)

Bukan sebab sedu sedan masa raya yang buatkan aku tak de mood nak menulis. Raya tetap raya. Mood tak ada tapi as usual lah..kena jadi sesumpah. Pandai2 lah kau sesuaikan diri dengan keadaan dan situasi semasa. Jangan ikut sangat hati kan? Nanti hidup tak meriah. Paling hazab tua sebelum waktu..auww..tak sanggup den!

Cerita raya aku..kali ni memang tak de sessi berfoto2an dipagi raya. Masing2 hal sendiri. Seakan terlupa hal foto2an ini. Tak ada sedu sedan di pagi raya. Masing2 tidak mahu bersedih2 di pagi yang mulia yang semua orang bersukaria. Lepas solat raya mak dan Mak Uda Ina melawat pusara Abah. Aku masih di rumah melayan anak2 menjamu selera ketupat rendang segala bagai.

Lepas tu ramai2 berkunjung ke Kerling rumah Usu Midah adik abah yang bongsu dan tinggal Usu seorang sahaja lagi adik abah yang masih ada. Setengah hari meround di Kerling singgah rumah saudara mara yang lain. Foto juga tiada dalam simpanan aku nak dikongsikan di sini. Semuanya dalam Canon Sharmine. Nanti aku sharekan juga sebagai kenangan untuk blog ni. Hanya sedikit gambar dari kamera Lumix yang ada.








rendang ayam pencen menggantikan rendang ayam Turki. Plan tak berjalan seperti yang dirancang sebab ayam Turki sampai di malam raya. Tak kuasa aku nak merendang malam2 buta tu.  Lebih baik main bunga api dan mercun pop2! dam dam dum...bunyi mercun..!





Tradisi takbir di malam raya masih diteruskan oleh kami walaupun abah dah tiada. Kali ni menantu2 dan cucu2 lelaki abah yang take over.





Raya kedua sampai di Melaka. Hah!..inilah masanya kita berfoto2an. Let the pictures tell the story..


Kebetulan setiap kali balik raya ke Melaka Adun Sg. Rambai YB Datuk Hassan b Abd Rahman buat open house. Rumahnya yang berhadapan dengan rumah arwah mertua buatkan kami memang tak lepaskan peluang. Rezeki raya. Jom serbu!




Mentang2lah kan kau orang negeri Hang Tuah..replika keris ini berdiri gagah menyambut kedatangan tetamu di hadapan rumah YB.






aneka jenis hidangan.


















Nak kata gambar putu piring tak de pulak putu piringnya. Amirul ni tangkap 'gambar' lain ni...apa2 pun putu piring kakak ni memang sedap! Anas berulang2 mengambilnya.





sebenarnya nak focus pada 'leopard' nih!..hihihi...








bersama YB dan isteri.





berderau darah bila lihat kereta ni menjalar masuk di depan rumah mertua. Ingatkan tersalah rumah untuk open house..rupanya nak tumpang parking. Boleh!..boleh!..silakan. 1 jam seringgit je..





kanak2 riang berlari2 di tepi parit pulang dari open house. Sebenarnya Anas sangat terkejut bila dia dapat duit raya bertalu2 dari isteri YB gara2 dia pusing2 di belakang aku dan hubby masa nak berposing dengan YB. Sampai satu saat bila dihulur lagi duit raya dia sorok tangan di belakang sebab rasa macam bersalah pulak..




Rezeki lagi..rambuatan di depan rumah mertua yang seolah2 melambai2 untuk dipetik.





Lama dah tak buat kerja2 macam ni..










Berposing ditangga rumah peninggalan mertua. Rumah dah cantik dibaikpulih oleh Pak Itam Hanim (abang hubby) dan Mak Itam Izzah.











apa lagilah projek budak berdua ni. Sempat lagi melenjan dengan basikal Bob dan Gedut!




Hari berikutnya. Seawal2 pagi dah keluar ke Parit Penyengat untyuk breakfast kat kedai emak Liza yang sangat sedap masakannya.




Asam pedas ikan pari Muar hasil tangan mak Liza memang sedap dan terangkat!. First time breakfast nasi lemak dengan asam pedas. Nasi lemak dia sangat sedap! Masa kami sampai lebih kurang jam 8.00 lebih nasi lemak hanya dapat 2 pinggan sahaja. Habis dah!




selesai breakfast licin pinggan dan kosong gelas baru teringat tak snap roti canai, roti boom, roti sardin. Sedap semua! Singgahlah kedai makcik ni kalau dari Parit Jawa di sebelah kiri betul2 di tepi simpang masuk ke Parit Penyengat. Datang awal2 pagi tau sebab makanan yang dijual cepat habis. Laku sungguh!




Masa balik singgah di Pasar Basah Parit Jawa. Kalau ke mana2 aku suka singgah di pasar2 macam ni lagi2 tempat yang dekat2 laut sebab ikan2nya semua fresh dan harga berpatutan. Berkilo2 jugaklah memborong ikan di sini.




melapah ikan pari.










fuyoo!...besarnya!..




singgah pula di Bandar Maharani. Destinasi wajib Hubby untuk disinggahi untuk mendapatkan sate perut dan mee bandung. Kalau tak nanti, balik Shah Alam dia asyik menyebut2 je. Tak larat nak dengar.



bro ni malu2 bila aku nak snap gambar dia. Aku lagi lah malu bila orang tengok dan perasan orang kata macam jakun je...orang bakar sate pun nak tangkap gambar...huhuhu.. Dorang tak tau aku ni kan blogger..hihihi..



serius sedap sate bro ni. Kat depan bus stand yang ada jejambat tu. Kedai no. 2 bukan yang pertama dekat tangga tu, yang ke 2 ok.





tandamata dah sampai Johor..hihihi...macam dah sampai Singapore je. Harus beli jersey JDT yang penuh cerita sensasi musim ini. 




hanya Iman dan Faiz je yang tak sanggup 'menderhaka' dengan The Red Giant. Budak bertiga ni kata..nak tukar selera sekali sekala..



Petang beraya pula di rumah abang Midi (abang hubby) di Sg. Udang. Sesat barat baru sampai ke sana.




Kak Midah and son. Nama budak2 ni memang le aku tak ingat.







Hampir malam baru balik ke rumah Kak Shima (kakak Hubby). Ramai dah adik beradik berkumpul berjumpa Abang Rashid (abang yang ke 2) yang uzur balik dari Singapore.




Abang Dollah (abang yang pertama) dan isteri kak Midah..(?) correct me if i'm wrong..nama semua hampir sama.




Kak Leha (kakak ipar) dan anak2 daranya.




Kak Timah (biras aku) isteri abang Rashid dan Aishah (sepupu hubby).




Izzah (biras lagi satu) isteri Hanim dan doter Amelia.



Hubby and bro. Hanim.




Sue, menantu Kak Timah dan anaknya Erina (cucu aku lah ni) 



Mengutip 'hasil' dari kampung. Satu lagi destinasi wajib singgah bila balik Melaka. Kilang roti Style Food Sg. Rambai (kalau tak silap). Roti fresh harga murah sikit dari kedai. Macam2 roti ada.













agak mahal tapi fresh le..



hangkut semua balik Shah Alam macam lah di SA tak de doyan. Tapi doyan Melaka ni aura dia lainlah..



Bawa 'hasil' balik ke Shah Alam. Sape yang follow kereta aku dari belakang mesti senyum2 kambing nih! Baru betul balik beraya. Kalau jenguk ke dalam nampaklah berbotol2 air Long Chan untuk stok Iman dan Anas.




Ok..tamat sudah. Sendu2, gundah gulana semua dah tak de.







3 comments:

  1. First time pegi Muar masa pilihanraya Tenang, first time juga saya sarapan satay dipagi hari. Kedai kat jejantas tulah jugak!

    Meriahnya raya, meriahnya juga stok balik dari raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Msia mcm2 ada kan? Best sangat! Sate Muar ttp satu tak ada duanya. Itu indahnya balik kampung. Mcm2 stok ada...hihihi..

      Delete