Friday, December 21, 2012

Cakap siang pandang-pandang...

Assalammualaikum

Salam dihari Jumaat yang indah. Jumaat 7 Safar 1434H bersamaan 21/12/12.

Entry potong Q ni. Entry tetiba rasa nak share sesuatu.

Sebelum tu nak luah sikit rasa geram dan benci pada si kafir laknatullah ini. Tarikh keramat 21/12/12 yang dinyatakan sebagai tarikh untuk hari kiamat hari ini. 

Mudah benar untuk memesongkan aqidah dan mempermainkan Islam. Menganggap mereka itu lebih tahu dari Tuhan! 

Tak siapa pun tahu bila hari itu akan datang even Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Alhamdulillah..kita semua hambaNya yang masih kuat beriman dan berpandukan Al Quran dan Al Hadis dalam menangkis serangan halus dan jahat sikafir laknattullah. Kita tahu dan percaya yang mana betul yang mana salah. Mana yang haq dan mana yang batil.





Kita sering mengambil peringatan akan kedatangan hari kiamat itu dengan meningkatkan segala amalan dan amal ibadat kita kepada yang Esa. Menjalankan perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. 

Moga Allah melindungi semua umat Islam dari sebarangan bentuk kekufuran dan kezaliman di dunia ini. Dan sesungguhnya orang2 kafir itu selayaknya menjadi kayu bakar untuk menyalakan api di neraka!.

Fuh!.. legakan bila kita dah luahkan apa yang terbuku di jiwa.

Ok..nak cerita ni. Cakap siang pandang2, cakap malam dengar2. Cerita ni ada kaitan dengan maksud peribahasa tu.

Semalam tengahari aku ke Tesco. Cari bahan2 basah untuk memenuhkan peti ais baru yang sampai hari sebelumnya. (cerita peti ais dulu ye...) Dah beberapa minggu asyik beli makanan di luar gara2 peti ais dah uzur sangat. Dah tak betah bertahan lagi walau Hubby dah cari 2 3 orang 'doktor' merawatnya. Umur pun dah masuk 20 tahun seusia hayat aku menetap di Shah Alam ni. Of course lah..kena cari yang baru.

20 tahun lepas aku yang beli Ariston tu. Sikit punya gah dengan harga dekat rm2k. Lama2 aku pun rasa peti ais tu makin lama makin kecil dan sempit sebab keluarga semakin membesar dan makin banyak juga benda2 yang nak dipudatkan kat dalamnya. 

Sementelah pulak (skemanya..) hubby dapat duit extra (bonus le..bukan 'under table' ye...) kira turn dia pulak lah yang kena beli kali ni. So..bertukar wajah lah peti ais aku dari Ariston ke Sharp. Kalau tak 'sharp' lagi tak tau lah. Terima kasih hubby..kita give and take ok...

Ok..cite Tesco semula. Aku ingat nak beli ayam. Terpaksa jugak lah beli kat sini sebab nak beli kat kg lambat lg. Pilihlah yang dah potong kecik2 tu walaupun banyak bahagian2 ayam yang dijual berasingan. Aku lagi suka yang dipotong kecik2 sebab senang nak masak. Sama2 dengan aku ada seorang Ah Soo yang sedang pilih2 sama. Tiba2 datang satu family, emak, bapak dan anak pompuannya disebelah aku.  Dialog lebih kurang cam ni :

emak : "hah kakak!..ni ayam ni ambik sikit".

kakak : "ayam ni ke ayam yang tu" sambil menunjukkan bahagian2 ayam yang lain yang agak besar2.

emak : "yang ni lah..kita nak bagi makan burung je!"

Hah!. Tersentak aku. Daging2 ayam yang sedang aku pilih ni yang aku nak masak untuk anak2 aku dia hanya nak bagi pada burung dia je?

Tiba2 aku rasa muka merah padam. Memang biadap dan sungguh tak sopan langsung! Aku tak angkat muka, tak hingin nak tengok muka orang yang sungguh berlagak ini. Ikut cakap sedap mulut. Dia tak nampak ke ada orang lain yang tengah pilih2 ayam tu?     

Kalau nak bagi makan apa pun tak perlu mention macam tu. Tangan masih pilih2 ayam tapi dalam hati aku berbulu betul!. Aku cuba pujuk hati. Mungkin dia tak sengaja dan memang untuk makanan burung dia. Tapi aku cuak gak..burung apa yang makan daging ayam? Helang kah? Burung helang kat Langkawi pun makan perut ayam je.

Dan dia memang sungguh2 berlagak dan tak sedar diri bila asyik ulang2 ayat yang terakhir tadi. Sah! bukan tak sengaja atau tak sedar tapi memang berlagak! Moga Allah mengampuninya yang secara tak langsung telah mengguris hati aku. 

Masa tengah drive aku masih terbayang insiden tadi. Sedih dan sayu. Tiba2 aku teringat hal yang sama satu waktu beberapa tahun dahulu. Macam dejavu pula dengan kisah yang tadi. Masa tu Idah masih lagi duduk di Tg Karang. Kalau ke sana aku selalu ke pasar Sekincan yang memang banyak ikan segar2 baru naik dari laut. Naik buntang mata tengok ikan2 yang masih kebiruan.

Sejak kecil aku dah diajar untuk hanya mengenal ikan kembong, ikan sardin, kerisi, selar, ikan uji rashid dan yang sekelas dengannya. Paling aku suka ialah ikan kembong. Kalau orang tanya aku lauk apa hari ni? Aku tetap akan jawab ikan kembong walaupun pada hari itu mak masak ikan lain.

Anak2 pun aku ajar makan ikan yang sama. Sekali sekala beli ikan yang besar2 seperti tenggiri, ikan merah, siakap, bawal, sebelah dan sebagainya. Tapi mereka lebih meyukai ayam. 

Pergi pasar aku belilah berjenis2 ikan yang masih segar2 dan tentunya ikan2 yang kecil2 tu. Masa aku tengah siang ikan2 tu Idah ada sama di dapor tengah masak bubur jagung. Dia cakap lebih kurang macam ni:

Idah : "Mak Jah tak makan ikan2 kecil tu. Dia makan ikan2 besar je. Dia kata tak de kelas!"

Aku : "ialah...orang banyak duit boleh lah selalu beli ikan2 besar. Lagi pun kat sini ikan murah. Rasalah jadi macam orang kaya. Kalau angah duduk sini pun boleh selalu makan ikan2 besar." 

Aku menjawab sekadar berbasa basi. Nak jaga airmuka Idah. Nak jaga nama Mak Jah.

Idah rancak merenih jagung buat bubur. Jagung pulut banyak di Sekincan dan sangat sedap.

Idah : "ikan2 kecik ni Mak Jah bagi kucing2 dia je.."

Hah!..aku terdiam. Keciknya rasa hati. Kerdilnya rasa diri. Ingatkan dah habis pasal ikan tu. Idah tak perasan pun muka aku yang terkedu sebab dia membelakangkan aku dan sibuk mengacau bubur dalam periuk. 

Aku tahu dia tak sengaja nak sakitkan hati aku. Dia bercerita perkara yang benar tentang Mak Jah yang aku tahu sangat orangnya macamana. Cuma mungkin cara dia bercerita tak kena gaya dan bahasanya. Nasib baiklah aku boleh terima walaupun dalam perjalanan balik ke Shah Alam masih terngiang2 lagi. Aku senyum sorang2 bila aku teringat ikan2 yang aku dah siang dan bersihkan tadi aku dah ikat betul2 dan simpan dalam plastik yang berisi airbatu supaya segar sampai ke rumah.  Ikan2 kecil yang selama ini membesarkan anak2 aku dan membuka selera aku sekeluarga untuk terus menikmatinya lebih2 lagi ketika meratah ikan2 yang digoreng garing2 dan panas2 lagi. Aku tahu Mak Jah tak pernah dapat merasai nikmat meratah ikan seperti ini. 

Alhamdulillah. Terima kasih Allah.











4 comments:

  1. nama pun manusiakan..geram jugalah kalau kena kat aku ni. Nasib baiklah aku jrg ke pasar kecuali dh terpaksa. Buat marketing benda2 basah ni mr hubby aku. Anak2 yg kecik ni pun lebih suka ayam jugak. Kalau aku masak ikan.. cubit sikit2 aja.. lebih rela makan nasi ngan kicap dari ikan.. ayooo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi panas + kicap + ikan goreng garing2 = perghhh! nostalgia betul.

      Delete
  2. As-Salam. Hmm macam2 perangai manusia kan. Ada setgh orang tak makan ikan besar-besar ni sbbnya ialah ..... ngeri tgk tragedi Tsunami dulu, anggapan mereka ikan besar makan mayat manusia... erkkk! Tapi di Kelantan dan Terengganu, tak ramai penduduknya makan ikan saiz besar ni, banyak makan ikan kecil2 je... selama lebih 5 tahun duduk Kuantan, memang jaranglah merasa makan ikan yang saiz besar ni.

    Sama juga kat Sarawak dan Sabah. Ikan2 besar banyak dieksport. Walaupun ikan2 sana segar dan macam2 ada - dan murah tetapi orang tak makan sangat sbb nak masak kena guna rempah ratus dan bahan lain - yanng selalunya lebih mahal dari harga ikan!

    Kisah ayam .... hmm .... ada stgh kata, ayam yang dah siap2 potong kecik2 tu tak berapa elok, baik beli ayam sekor. Kalau tak puas hati apa yang ada dpn mata, boleh minta staff mana2 jual ayam keluarkan ayam baru. Itu hak pengguna.

    Ttg manusia yang kaya lagak ni, memang sukar nak bendung. Biasalah tgh hidup senang lenang, semua benda ditengok dan dipandang sebelah mata. Kalau nanti susah ... hmm kaki ayam pun dibuat lauk berhari-hari!

    - www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.

      Terimakasih sbb sudi singgah.

      Rambut sama hitam tapi hati lain2.

      Kaki ayam buat kerabu sedap ooo!

      Delete