Thursday, March 15, 2012

I MISS YOU ALREADY!



Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan..

"Kalau kak ita dengar lagu ni , ingat kat saya.."

..sesuatu yang tak disangka
seringkali mendatangi kita
itukah suratan dalam kehidupan
atau sebagai satu kebetulan..

"saya nak bagi lagu ni.."

..bertemu dan berpisah
adat manusia biasa...

ok..STOP! belum habis kau nyanyi aku dah nangis. Belum lagi aku pergi aku dah rindukan kau orang...huhuhu...

Walau pun aku masih di sini, di KD aku dah rasa sedih. Aku dah rasa rindu kat gelak tawa, makan2, joke2 kau orang. Mana nak dapat duk dalam ofis dengan suasana ceria dan santai cam ni. Espeacilly kat account dept. ni . Kalau kat ofis2 lain acc. dept memang serius dan tension! tapi kat sini lain. Itu yang buat aku rindu nanti.

Berat sebenarnya nak tinggalkan KD. Hampir 2 tahun lebih Allah menetapkan rezeki aku kat sini. Tup!..tup!..tergerak hati pulak nak pindah ke Fidani. Sementelah ada peluang aku terus sambar. Dekat dengan rumah dan lebih penting dekat dengan anak2. Apa2 hal dalam 5 minit aku boleh sampai kat rumah.

Walaupun ofis kat KD ni biasa je tapi seronok kerje kat sini. Sebab kawan2 sekeliling 'satu kepala' walau jarak usia berbeza tapi aku boleh ngam ngan budak2 ni.




Ini lah boss aku. May. Sarawakian yang cool. Orangnya relax je. Sejak join kita orang dia kuat makan tapi badan tetap kurus keding. Tak pernah marah aku tengok. Kalau kena marah dengan GED dia relax je. Bila cakap BM dia guna bahasa baku. Joy selalu kenakan dia.

"May, kenapa orang tak tanam pokok buah2an kat Industrial Area kat sini?"

"Itu adalah kerana nanti ada banyak semut!"

hahaha!!....ketawa bukan sebab jawapan dia tapi sebab jawapan tu so 'sweet'. Dia juga bakal meninggalkan KD sama tarikh ngan aku.





Zurina. Mama vogue kat acc. dept. Cantik manis tapi kadang2 boleh jadi garang macam harimau bila orang nak petty cash tak sabar2. Nak cepat je. Selamat menggenggam degree Zu.






Azlina Mek Ganu yang sedikit menggelabah. Pandai masak lagi pandai makan. Nasi kerabu tak leh miss. Sejak ada anak..Adawiyah itu..Adawiyah ini. Adawiyah dah pandai angkat kaki, dah pandai kenyit mata, dah pandai bla..bla..bla.. Adawiyah dah pandai mintak adik tak? hahaha...berdozen2 video Adawiyah dalam simpanan.





Amilia. Nama sedap tapi orang pangil Joy. GED panggil Emilia Contessa sebab GED teringat zaman dia muda2 kot. Kita orang gelar 'library bergerak @ ensiklopedia'. Tanya apa sahaja dia mampu jawab. Kalau masuk 'Where the money drop' senang2 jadi jutawan. Walau pun dia tahu banyak benda, tapi selalu tanya kat aku soalan yang satu ni yang dia tak dapat jawapannya..

"kak ita sayang kat saya tak?"..

hihihihi....sampai sekarang masih tak de jawapan.




satu2nya 'kumbang' penyelamat kat acc. Selalu minta tolong (sopannya!) angkat botol mineral yang 10kg bila air dah habis kat water dispenser. Orangnya sangat pendiam tapi bila senyum manis kan? Khairul Fahmi Che Mat. Oppss!! Khairul Shafie je.




inilah Tn Hj Arshad Desa Group Executive Director (GED) untuk DR Group Holdings yang selalu boleh jumpa face to face tak kira masa. Boleh bergurau senda, makan2 dan selalunya kalau marah pun boleh direct kena marah. Mulut je bising tapi hati baik der... Orang Langkawi. Tak tau lah dia ni kaum kerabat Aziz Desa ke apa. Sikit hari dapat title Datuk la tu.


Kenangan waktu bersama. Ramai yang dah tak de di QSKD dalam gambar ni.


hampir semua yang nampak muka dalam gambar ni dah tak de di QSKD.


Makan time. Acc. Dept selalu arrange kalau ada makan2 ni. Lepas ni dah tak de 'orang kuat' sendirian berhad lah.



kita orang selalu buat pot luck. Lebih menambah kemesraan dan menambah berat badan.








sekali sekala makan kat luar. Free lagi sedap kan.




















Fazlina Zainal Rashid. Dia ni last in first out. Jiran sebelah Acc. Dept.




with 'Datin' Jazz. Our supplier yang dah macam staff sendiri. Hari2 hang around kat KD.




bila tengok Zurina ni aku teringat dulu2 masa mula2 aku stat keje. Kadang2 tengok dia macam tengok diri sendiri je.



Untuk semua rakan2 selamat maju jaya - lama dah tak guna perkataan ni.



Best of luck.



If You Have A Problem
Face  It!
DON’T  Facebook.








3 comments:

  1. sayu jugak baca.......tapi aku just rindu dengan account dept ngan sales je sama che we je....yang lain tu akan difikir fikirkan...good luck kak....

    ReplyDelete
  2. tempat jatuh lagi dikenang..nanti kita buat reunion ok. Good luck utk khairul juga. Selamat menjadi jutawan. Jangan lupa kita ye.

    ReplyDelete
  3. insyallah akak...saya takkan lupa semua yang rapat.....

    ReplyDelete