Monday, September 12, 2011

SALAM SYAWAL.



Salam 14 Syawal.







(design kad raya dolu2)


Masih belum terlambat untuk ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Taqobalallohu minna waminkum.

Nampaknya sebulan sekali lah aku update blog. Macam2 cerita ada masa je yang tak de. Fuh!..fuh!..fuh!..baru lepas lunch. Pedasss!!! lama dah tak makan pedas2 ni sejak bulan puasa kelmarin. Tadi keluar ke sek 6 ingat nak cari masak lemak pucuk manis. Tak jumpa. Last2 beli gulai rebung lemak cili api dan ikan keli berlada. Tak cukup pedas tambah ngan kerabu mangga. Kecur air liur! Last2 gulai rebung tinggal tergolek2 bila kerabu mangga aku ulangi walaupun pedas tapi sedap. Masam2 manis. Tah berapa kilo lah mak cik Sayang ni letak cili api. Minum lak air putih suam2 panas. Fuh!! lagi menyengatlah!

Syawal dah sampai pertengahan. Open house berderet2. Macam tak cukup weekends dalam sebulan org berebut2 nak jemput makan free. Masa nilah sapa2 yang terror masak tu nak tunjuk skill.  Aku gerenti cam tahun2 lepas ada yang buat open house sampai dah habis bulan syawal pun ada.

Aku sendiri pun tak terkecuali tapi buat kecil2 je. Minggu pertama panggil jiran tetangga. Menu raya betul..rendang ayam kampung, nasi impit, lemang, kuah kacang dan spagetti bolognese. Air memang kelas kau Jah!..ribena lah.

Semalam buat lagi kecil2..kawan2 kak cik lak. Kata satu kelas nak datang tapi cuma suku kelas je yang hadir. Nasib baik aku ada jemput sedara mara terdekat untuk perabihkan. Menu tukar sikit..nasi beriani, dalca, ayam masak merah, jelatah dan kek coklat. Air maintain.. kelas kau Jah! yang sebenarnya itu je le air yang ada kat rumah ni.

Tapi semua tu kan..baca je ye..tak de gambo lah. Kak cik ada gak snap sana sini tapi biasalah bila aku suruh download macam2 alasan. Nantilah..nantilah.. muak aku dengar.

Minggu ni cuti panjang Jumaat (Merdeka/1 Malaysia) sampai ke Sabtu dan Ahad dah ada jemputan untuk rumah terbuka kat quaters ni. Murah2 rezeki jiran2 aku. Seronok gak bila pegi satu2 rumah tu masakan berbagai2. Yang nak tayang perabut baru, langsir baru dan segala yang baru ada gak.. biasalah tu. Nampaknya aku terlepas kot makan2 ni sebab nak balik kg. Mak buat kenduri doa selamat dan nak hantar mak pi hospital operate mata.

Bila nak stat puasa nihhh???




IR : kemeriahan raya dah semakin tak terasa bila usia menginjak tua.





No comments:

Post a Comment