Assalammualaikum.
Salam manis. Salam bahagia.
Masih tak habis lagi cerita konvo Ayoi yang nak dikongsi di sini. Satu kenangan manis untuk kami anak beranak. Sebab apa?..ini first time aku hadiri majlis konvo2 peringkat U yang gah macam ni. Kalau konvo anak2 tadika dulu dah lama berlalu dah.
Sejak Ayoi kata konvo dia bulan November aku memang dah tak sabar nak menyaksikan graduation day yang sangat bermakna ini. Ayoi anak sulong, so dia sebagai perintis dalam keluarga untuk menggengam kejayaan diperingkat ini. Moga menjadi sumber inspirasi pada adik2 untuk mengikuti jejak langkahnya.
Satu lagi nostalgia yang sangat manis untuk diulang kembali 21 tahun yang lalu. Kan aku kata ini first time aku menghadiri majlis konvo peringkat U ini. Walau pun sebelum ini ada adik beradik dan anak sedara yang telah berpeluang menyarung jubah yang gah ini walaupun sekadar disewa sahaja, aku masih belum
berkesempatan menghadirinya dek kerana masa yang selalu tidak ngam dengan hari konvo itu.
21 tahun yang lalu ketika graduation day aku di ITM Shah Alam aku tidak merasa untuk menyarung jubah ini kerana waktu itu aku sedang menyarung baju sepital. Guess what!..aku kat hospital dalam labour room bertarung nyawa melahirkan Ayoi ini. Selepas selamat melahirkan Ayoi hati aku berkata.."tak apa lah mama tak dapat menghadiri majlis konvo untuk mama. Mama doakan Ayoi berjaya nanti dan masa itu mama akan datang menghadiri majlis konvo Ayoi pula sebagai ganti majlis mama hari ini". Nah!..betulkan. Allah itu seperti mendengar doa2 aku dan mengabulkannya sekarang ini. Alhamdullilah. Itu sebab aku rasa teruja sangat nak menghadiri majlis konvo itu.
Hanya gambar2 sebagai pelengkap kenangan manis ini.
Pagi yang tenang 17 Nov. 2013. Berduyun-duyun jauh dan dekat dengan wajah ceria dan excited sama-sama datang meraikan majlis graduasi yang pertama kali diadakan di UITM Pulau Pinang ini.
usai majlis dengan wajah gembira dan puas.
potret kemestian untuk setiap family yang datang kemajlis ini.
Tahniah abang!...perjuangan masih belum tamat. Masih jauh perjalanan hidup ini dan masih banyak jalan berliku yang perlu ditempuhi. Semoga berjaya dan succes dalam hidup dunia dan akhirat.
Mak ayah pun tumpang sekaki!
Assalamualaikum..wah Ita dah ada anak bujang besar rupanya..tahniah..rasa dekat dihatilah..sbb anak Che Mid pun study di sana tapi baru Sem 2..lama lagi le nak konvo..
ReplyDeleteterima kasih Che Mid. Anak ita dah bsr2. 2 bujang 1 anak dara. Yg kecik skali 10 thn. In sya allah thn dpn konvo anak yg ke 2 pula.
DeleteTahniah Ita! Tahniah untuk semua.. Alhamdulillah. Teruja tengok mak pak pakai jubah.
ReplyDeletememang teruja sangat nak tunggu hari konvo tu sebab nak tumpang pakai jubah...hihihi...
Delete