Saturday, November 23, 2013

MACAM CANTIK JE...SUBHANALLAH!

Assalammualaikum.

Entah kenapa sejak dua menjak ni macam males je nak update blog. Tapi dikuatkan juga hati ni..tak leh sangat nak layan rasa males tu sebab di sini saja setiap kenangan yang dikutip di sepanjang perjalanan hidup ini dapat diabadi dan ditatap kembali. Meski waktu itu telah lama berlalu pergi.

Ini cerita minggu lalu. Jalan2 ke Penang lebih tepat lagi ke Bukit Mertajam sempena hari konvo UiTM Pulau Pinang. Sehari sebelum konvo aku dah tiba berdua je dengan hubby. Plan nak pegi satu family tapi tak menjadi seperti yang dirancang.

Ini kali kedua aku menjejakkan kaki di sini. 3 tahun lalu ketika Ayoi mula mendaftar di sini. Aku dan hubby juga yang datang. 3 tahun berlalu Bukit Mertajam tak banyak berubah cuma station keretapi dah berubah wajah dan tempat. Nampak lah baru sikit kan.

Kali ni aku pergi naik bas dari sec. 17 Shah Alam. Bas bertolak tengah2 malam buta pukul 12 lebih. Tidur yang sangat tidak selesa dengan sakit2 tengkuk tapi sedar2 pun dah sampai Nibong Tebal. Tiba2 mata jadi sangat segar bila bas berpusing semula ke Buterworth melalui Jambatan Pulau Pinang. Wey!..aku tak pernah jejak kaki, i mean lalu kat jambatan ni tau...cantik gak dengan lampu2 sepanjang pantai dan dari tanah besar.

Sampai Butterworth jam baru pukul 5.00 pagi. Tanya teksi diwaktu itu ada yang minta RM50.00 untuk ke Bukit Mertajam. Terdiam sekejap! Sejuk dan sang nyamuk berkeliaran di kaki saat tunggu Ayoi sampai untuk jemput aku dan hubby. Perut tiba2 minta dimanja2 untuk diisi. Masih sempat menjamah nasi goreng cina yang tah apa2 rasa dipagi2 buta tu. Teh tariknya manis medu! 







Pusing2 juga cari hotel di Jalan Sg. Rambai. Hubby tiba2 nak buat lawak lah tu bila dia kata nak balik kampung dia sebab Sg. Rambai tu ada di Melaka. Tak kelakar pun! Nasib baik sebab dapat check in seawal jam 8.00 pagi walaupun aku lihat pagi Sabtu tu ramai sungguh orang breakfast di cafe hotel dan pasti bilik semuanya penuh. Rata2 semuanya nak ke konvo UiTM sessi hari Sabtu.







Sri Indar Hotel. Hotelnya okey..walau pun cuma 3 bintang tapi bersih dan kemas. Walaupun tak ada almari baju disediakan tapi dah cukup baik sangat bila katilnya saiz king dan bilik luas. Itu lebih2 berbaloi. Baju simpan dalam beg je dik oii. Lagi satu harganya sangat murah lebih2 lagi kalau orang gomen dapat diskaun 20% rasanya. Alhamdullilah.





Sementara tunggu hubby register meh lah kita mengurut badan yang lenguh2 dek tidur terlentuk2 dalam bas malam tadi. Kali ni perjalanan aku yang paling sempoi dengan baju T, jeans dan selipar jerk!




Salah satu sebab aku suka hotel ni ialah ini...ada alas kaki di depan pintu bilik air yang jarang dijumpai di hotel2 lain. Walau pun nampak macam 'kampung' tapi very useful untuk mengelakkan bekas2 tapak kaki/selipar basah bertaburan di dalam bilik.







Kat sini makan memang heaven lah. Murah2 dan sedap! Tak sempat nak rasa nasi kandar di Bagan seperti yang dicadangkan oleh rakan hubby tapi nasi kandar di Restoran Zahir & Nordin pun dah sedap. Nak tergelak pun ada bila mula2 aku dengar nama restoran tu ...macam nama syarikat guaman...hihihi. 

Nasi kandar dia memang sedap! Ayam goreng dia memang buat kecur air liur..menggiurkan! kata hubby. Roti boom, roti canai banjir tak leh cakap lah. Sure kalau datang lagi aku akan ke sini nak rasa nasi lemak, nasi minyak dan beriani yang dia orang kata sangat sedap tu.










Gambar2 masa breakfast. Gambar dinner malamnya tak sempat snap sebab dah tak sabar menjamah nasi dek kerana bau kari yang menggoda!



Lunch aku hampir jam 4.00 petang sebab selepas sarapan terus balik ke hotel semula dan perlu meluruskan pinggang berehat untuk aktiviti seterusnya. Kami lunch di Route 69 Cafe Perda. Makan western you! sedap dan murah. 





Selepas makan petang itu kami ke Pantai Bersih Bagan Ajam atau ada yang panggil R&R. Cantik juga tempat ni kalau bawa keluarga bersantai2 waktu petang. Bentang tikar buka hidangan dengan angin laut petang yang nyaman memang best. 

Jom lihat apa yang aku jumpa di sini. Sudah tentunya aku menunggu matahari terbenam. Kalau sudah ke pantai waktu petang2 cengini suasana ini yang sangat dinantikan. Rugi rasanya tidak mengabadikan keindahan ciptaan Ilahi ini walaupun matahari petang tu tak menyinar terang tapi tetap cantik. Subhanallah!.





Pantai Bersih @ R&R at Bagan Ajam.



"tak mampu aku melawan arus
tak mampu aku menghentikan waktu
sendirian tanpa mu..."





"walau diterjang ombak dan badai
kau masih di situ
melukis rindumu di pasir yang basah
tak siapa yang tahu
bila ombak tiba
rindu itu terungkai jua..."





nun di belakang sana adalah Penang Island.





"setialah
 bagai ombak dan pantai
kuatlah 
seperti batu dihempas badai
mengutip mutiara bahagia
di hujung langkah yang longlai.."































macam selipar anas je...





tali kapal yang terdampar hanyut.




ada sessi model2 bergambar.







pandang sapa tu?..i kat sini bang!...





Ayoi yang selalu control hensem...





mendung tak bererti hujan...




langit dah bertukar kemerahan..misi kita pun bermula.





























romantik le tuh!...kalau aku jual gambar ni kat couple ni mesti dia orang nak beli kan?










subhanallah!...tenang dan mendamaikan.





"bila ada janji yang terpateri
simpanlah ia sampai ke mati..."





















"di sekelilingmu ada laut-laut
yang menghampari dan merintangi
jiwa serta raga
cinta jua cita 
kau harunginya..."










"umpama purnama jingga
cantiknya di langit senja
warnanya yang tercipta
dari debu zarah udara
mengajar hidup kita
ragam tak menghasil yang indah..."



Tak puas rasanya nak merakamkan keindahan ini. Hanya ini gambar2 yang terpilih untuk diabadikan di sini. Next time, next place, next pantai, next sunset akan tetap aku cari. 


Have a sweet weekends. Take care.

 Adios.



No comments:

Post a Comment