Wednesday, May 8, 2013

MELAYU...jangan sampai layu..

Assalammualaikum.

Sesal dan sedih sebenarnya melihat kepada keputusan PRU 13 yang lalu. Bukan sedih sebab BN menang atau sedih sebab BN Selangor kalah tapi lebih sedih melihat bangsa sendiri yang semakin hanyut (maaf kalau sedikit kasar) semakin tak sedar akan kerapuhan perpaduan sesama Islam dan sesama bangsa Melayu. Cuba buka mata seluas2nya. Mata hati! Cuba lihat berapa peningkatan kerusi pembangkang (DAP) dibandingkan dengan PRU 12 lalu. Masih tak nampak ke? Masih tak mahu percaya atau buat2 tak percaya?

Aku tahu suara aku sangat kecil dan tak mampu didengari oleh semua. Namun apa yang mampu aku tuliskan hanyalah satu peringatan dari generasi dahulu yang telah lama nampak 'permainan' dan sandiwara oleh orang2 yang ingin merobek tanah kita.


Untuk bangsaku yang merasakan dirinya seorang Melayu. 

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Aceh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah Mualaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
sedang orang mencapai timba

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun telah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka "

Sajak oleh : Usman Awang






TAK MELAYU HILANG DI DUNIA.




Anak Melayu
namamu telah diseru
Jawablah
sebelum lidahmu menjadi bisu!






No comments:

Post a Comment