Saturday, February 23, 2013

CINTA TAK HARUS MEMILIKI - SALMAN AL-FARISHI

Salam Bahagia.

Seringkali kita dibentangkan, dijaja dan dilambung rasa dengan kisah cinta luar biasa insan2 terdahulu. Kisah cinta Laila Majnun, Romeo Juliet dan Uda dan Dara. Hari ini aku nak kongsikan satu kisah cinta yang tulus suci yang semakin dipinggirkan. Jujurnya aku sendiri tidak pernah mengetahui akan kisah ini. Entah macamana tiba2 kisah cinta ini muncul di skrin computer aku masa orang sibuk2 dengan 14hb Feb. yang lalu. Kisah cinta yang tidak sepopular kisah2 cinta di atas kepada anda semua tetapi sebenarnya adalah satu kisah cinta yang maha agung untuk orang2 yang mengetahui erti hakikat cinta itu sebenarnya. Tulus, ikhlas dan suci. 






Menggamit kisah cinta luarbiasa seorang hamba. Kisah cinta Salman Al Farisi mahu dicoret dan dikongsi. Untuk menyentuh hati-hati yang mahu sentiasa terjaga dengan cintaNya.



Mulanya sebuah kisah cinta..ketika mana sudah saatnya Salman Al-Farisi mengisi kekosongan hati dengan cinta halal..sebuah pernikahan..Dia terfikirkan seorang wanita Ansar yang beriman dan solehah. Bukan diharapkan menjadi kekasih tetapi sebagai satu pilihan dan diyakininya bahawa sesungguhnya wanita itu pilihan yang tepat untuk menjadi teman dan ibu bagi bakal pejuang dari keturunannya.

"Aku orang asing di bumi Madinah.Madinah bukanlah tempat kelahiranku.Madinah bukanlah tanah aku meniti kedewasaan.Tidaklah tiap-tiap penghuni bumi Madinah ini ku kenali.Bukankah akan dilihat asing seorang pendatang sepertiku melamar gadis Madinah?"...ada keraguan dihati Salman. Ada kerisauan di hati pemuda itu. Lantas...terdetik di hatinya mencari seorang sahabat yang mampu menjadi perantara baginya..Ya.. Abu Darda..sahabat dari golongan Ansar yang dipersaudarakan dengannya.



Rasa hatinya disampaikan kepada sahabat tercinta..Abu Darda. Dengan tahmid dan tasbih Abu Darda menyahut hasrat sahabatnya. Cukup girang si Abu Darda memeluk sahabatnya tanda akan dibantunya Salman dalam melunaskan apa yg terhajat dihatinya. Maka..beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di tengah kota Madinah. Rumah seorang wanita yang solehah dan bertakwa yang menjadi pilihan hati Salman Al-Farisi.

Abu Darda menyusun kata memulakan bicara.."Saya adalah Abu Darda dan ini saudara saya Salman seorang Parsi. Kami telah dipersaudarakan atas nama Allah. Dia telah dimuliakan Allah dengan Islam,dan dia juga memuliakan Islam dengan amalan dan jihadnya. Disisi Rasulullah, dia punya tempat yang mulia,sehinggakan baginda menyebutnya sebagai ahli-bait baginda. Dan kedatangan saya adalah bagi mewakili Salman untuk melamar puteri solehah dari rumah ini". Fasih dan yakin Abu Darda berbicara dengan nada dan loghat Bani Najar.


Tuan rumah tersenyum membalas bicara,"Adalah sebuah penghormatan bagi kami menerima kehadiran kalian. Dan adalah penghormatan bagi kami sekiranya bermenantukan sahabat Rasulullah yang mulia. Tetapi, hak untuk menerima atau menolak lamaran ini adalah pada puteri kami"..Sang puteri yang mendengar disebalik hijab menanti dengan debaran hati..


Sunyi seketika....


Tiba-tiba suara lembut si ibu bersuara mewakili si puteri yang dinanti sahabat yang mulia."Maafkan kami atas kejujuran kata dalam jawapan ini. Dengan mengharap redha Allah, saya menjawab bahawa puteri kami menolak lamaran Salman. Akan tetapi seandainya Abu Darda turut mempunyai hasrat yang sama seperti Salman, puteri kami menerimanya"


Nah!..cukup mengejutkan..sang puteri menolak lamaran yang melamar tetapi menerima pengantara lamaran itu..Apakah mampu Salman menerima realiti yang mungkin mematahkan hati lelaki?
Sungguh tak terjangka dengan reaksi indah Salman Al-Farisi.."Allahu akbar!!..dengan mahar dan segala yang telah saya sediakan ini akan saya serahkan kepada sahabat saya Abu Darda untuk pernikahan kalian. Dan saya akan menjadi saksi bg pernikahan mulia ini"..aduh!...sungguh teguh hati Salman dalam menghadapi situasi ini..memilih antara keinginan hati dan persaudaraan..cinta luar biasa.






Ibrah dari kisah cinta Salman..cinta tak seharusnya memiliki..dan hakikatnya kita tidak pernah memiliki sesuatu pun dlm kehidupan ini..Salman berada dalam sebuah dugaan yang berat, di tengah perasaan yang berkecamuk rumit..antara malu, kecewa, sedih,merasa salah memilih pengantara – Namun dia teguh untuk tidak mengatakan ’merasa dikhianati’- kerana cinta tak bermakna memiliki..


Berbezanya dengan kita yang sentiasa menginginkan untuk memiliki apa yang kita cintai. Sedangkan ketentuan Allah itu telah pun tertulis dengan hikmah yang tersirat..




Betapa indahnya hati Salman Al Farishi. Ia begitu faham bahwa cinta, betapapun besarnya, kepada seorang wanita tidaklah serta merta memberinya hak untuk memiliki. Sebelum lamaran diterima, sebelum ijab qabul diikrarkan, tidaklah cinta menghalalkan hubungan dua insan. Ia juga sangat faham akan arti persahabatan sejati. Apalagi Abu Darda’ telah dipersaudarakan oleh Rasulullaah saw dengannya. Bukanlah seorang saudara jika ia tidak turut bergembira atas kebahagiaan saudaranya. Bukanlah saudara jika ia merasa dengki atas kebahagiaan dan nikmat atas saudaranya.

“Tidaklah seseorang dari kalian sempurna imannya, sampai ia mencintai untuk saudaranya sesuatu yang ia cintai untuk dirinya.” (Hadis Riwayat Bukhari]

(sumber : internet)


Hmm...first time kan baca kisah ni. Kisah yang dah jadi sejarah. Tu sebab orang kata belajarlah dari sejarah dulu. Yang baik jadikan tauladan. Yang buruk dibuat sempadan. Moral of the story...janganlah kita terlalu confident atau terlalu yakin dengan setiap apa yang kita inginkan itu akan menjadi milik kita. Janganlah mengwar2kan sesuatu yang bukan di dalam jangkaun kita. Tak terjangkau pun dek tangan dan akal. Dia bakal isteri saya..dia calon suami ku..forget it! Allah itu Maha mengetahui. Sebelum ijab qabul diikrarkan serahkan segalanya pada Allah. Pasrah dan redha.








Selamat Bertunang untuk anak Leha/Salim Blok 5. 
Selamat menerima menantu untuk Kak Mim di Bangi. 2 orang menantu sekali gus. 2 in 1 senangkan.

Selamat berhujung minggu bersama family.

Have a sweet weekend.

Sayang kamu.

Saturday, February 16, 2013

CUTI PENUH XTVT.



Assalammualaikum.

Selamat bercuti kepada yang masih bercuti sambung raya cina. Budak2 sekolah cuti seminggu. Lepas ni cuti hujung minggu pula. Patutlah dua tiga hari ni jalan lapang je. Rasa macam kerje hari Sabtu pulak.



Tahun baru Cina seminggu dah. Tak menyempat2 nak update xtvt seminggu dua ni. Lambat pun tak pe lah..untuk kenangan diri sendiri. Orang lain tak kisah pun. Ada ko kisah!...




Aku pulang lambat ke kampong walaupun dah plan nak balik lepas subuh sepie..nak round2 kat pasar pagi Batang Kali. Semuanya gara2 nak siapkan tempahan biskut tart untuk hantaran. 













kalau ada berkenan nak order jangan malu2 ahh..contact aku k.




yang ini satu kotak tart sekundang/labu/limau untuk diterbangkan ke Sabah. Man..masih ada lagi ke tart ni?


Juga yang ini. Muffin coklat dan vanila yang masih mendapat tempat di majlis nikah kahwin. Tempahan dari Massalmi untuk majlis adiknya di Kampung Medan PJ. Sorry Mas tak dapat hadir. Apa2 pun adik kau dah 'selamat' kan?..hihihi...









Hampir rembang petang waktu sang mentari merebahkan wajahnya di ufuk barat baru aku dapat melangkah kaki keluar dari Shah Alam menuju ke kampong ku yang tak lah berapa jauh tu..















Guthrie Highway lengang..sebab semua orang tengah siap2 nak 'makan besar'. Tiba2 rasa macam nak raya pulak. Serius!..perasaan tu susah nak rasa sekarang ni. Teruja sangat macam kecik2 dulu.







ohh!..orang dah tak ramai kau baru nak keluar ekk!... (kereta merah tu..bukan aku.)












tangan gegar atau jalan yang bergegar.



Bandar Rawang yang semakin cantik. 


Cuti raya cina sambut birthday Along dan Kak Cik. Kita2 orang je. Satu family. Happy family. Happy birthday along dan kak cik. Birthday jatuh 1 hari berbeza sahaja. Along 7 feb dan kak cik 8 feb. Selamat Hari Lahir. Selamat menyandang gelaran warga emas tapi Along aku still maintain manis je.. Happy Birthday kak Cik. Dah jadi anak dara kena lagi rajin ke dapor. Boleh mewarisi satu2nya ilmu yang aku ada ni.




Menu utama - nasi ayam. Tukar sikit color nasi bagi nampak macam nasi minyak.



kak cik hias kek birthday sendiri.



Tiramisu made by along. Along dah semakin pandai buat kek. Ada improvement. Belajar kat kolej Komuniti. Cayalah!!..



Limau mandarin penambah rasa.

Jom intai2 apa yang ada di sekeliling rumah Along.



Nenas yang sangat membiak. Berangkai2 anak2 benih yang tumbuh.




Huh!..kreatipnya along aku ni. Senangkan long tak payah nak siram2. Kembang sepanjang zaman.




ish!..ishh!..ishhhh!...ini lagi kreatip!. Tak payah nak berdusun2 bagai. Orang kerja kat Pejabat Tanah kena jimat tanah kan Long?




ke mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi..
hobi Hafiz yang sama dengan
arwah atok.

Burung apa anak2?... mari kita berpantun.

Burung serindit terbang melayang
singgah hinggap di pohon nangka
bukan ringgit di pandang orang
orang memandang budi bahasa







di kelab Golf Bukit Beruntung menjemput kak cik dari bermain bowling.  Tempat bowling tu aku tak masuk pun sebab dah melekat kat sini. Next time boleh bawa budak2 berendam ni.




tak cukup lagi ke Anas?




menjamu selera di Restoran Gerak 21. Famos kot rest. ni sebab ada banyak gambar2 YB Isa kat wall dia dan juga gambar YB Kamalanathan. Tengok deretan lauk pauk di belakang tu. Heaven!

Back to Shah Alam dengan projek masak memasak. Cuma sempat snap gambar ayam ni yang telah bersedia terjun ke dalam sambal untuk digaul menjadi ayam masak merah. Yang lain2 tak sempat nak snap sibuk membungkus 120 pax makanan untuk order dari Mak Da. Thanks Mak Da atas kepercayaan kau pada aku. "ayam masak merah kak ita lain dari lain"... hihihi...biasa2 je.




last but not least..

Happy Birthday Ila. 


enjoy your Rainbow cake. Ordered by Mak Da juga.

Sekian. Satu cerita di hari cuti yang melelahkan. Cuti means berehat. Tido. Makan. Tido. Tapi tidak bagi orang2 yang macam aku. Alhamdulillah...Allah bagi kekuatan tulang 4 kerat untuk terus bersama2 mencari rezeki untuk orang2 tersayang.

Selamat berhujung minggu.

Daaa...permisi...adios.

Wednesday, February 6, 2013

MATAHARI CINTA KU....


Assalammualaikum.

Mendung lagi hari ni. Cuaca juga dah tak menentu. Semalam awal hari lagi dah hujan. Ku sangka panas hingga ke petang tapi sebelum tengahari hujan dah turun.

Setiap petang bila balik kerja aku akan melalui jalan biasa ini dan aku akan melalui Food Court sek. 20. Bila setiap kali aku melintasi gerai burger di situ yang dah berpindah milik semenjak dua menjak ini hati aku berasa sayu dan hiba. Sedih.

Hidup ini memang tak dapat dijangkakan perjalanannya oleh kita. Setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Entahlah..tiba2 aku bagai tak pandai untuk menyusun kata2 untuk menggambarkan tentang ini.

Kadang2 aku melihat Faiz di situ menemani si penjual burger melayan pelanggan. Memang aku tak akan melarang dan tidak juga menyuruh Faiz untuk bersama2 si penjual burger. Aku tahu Faiz ikhlas nak tolong. Tapi entah kenapa hati tetap rasa hiba.

"laku ke jual burger kat situ?" aku bertanya Faiz beberapa hari lalu ketika bersama dia di dalam kereta melintasi gerai burger.

"bolehlah..tak macam kat 7E tu satu malam boleh habis 3 bag roti" jawab Faiz jujur.

"kenapa tak berniaga kat sana?"

"orang lain dah ambik tempat tu"

"ooo..."

"kesian mama tengok Im. Ada masa ke dia nak study. Jual burger lagi sampai malam. Berapa orang tu bagi dia?"

"rm 15 kot"

"rm 15!"

"ialah ma..nak buat macamana. Dia nak cari duit buat belanja. Mana cukup duit PTPTN" jawab Faiz perlahan.

Aku terdiam. Aku memang cukup hiba, sendu bila setiap kali lihat Im di gerai burger. Im, kawan rapat Faiz dari sekolah menengah hingga sekarang sama2 di Politeknik  Sultan SAAS. 

Muda2 lagi dah terpaksa bekerja walaupun secara part time. Nak belajar lagi. Assignment itu ini. Terkejar ke sana sini. Bila masa untuk berehat sebab budak2 Engineering ni lagi tension aku rasa. Tapi aku tahu yang buat aku lagi hiba ialah setiap kali aku lihat Im aku nampak seperti anak aku sendiri yang terpaksa berkerja bertungkus lumus mencari rezeki. Faiz dan Im kalau orang tengok memang nampak macam adik beradik. Bentuk badan dan rupa ada iras2. Tinggi, tegap dan badan berisi.  

Patut lah lama tak nampak Im ikut Faiz main bola atau ragbi setiap petang sebab dia sibuk di gerai burger.

Siapa Im? Baca di entry ini tentang sedikit keluarga Im yang pernah aku siarkan.

"nasib baik Faiz ada mama dan ayah kan?"

"iye ma..."

"iye je?"

Faiz senyum malu.




matahari cinta ku..

Untuk anak2 ku... Mohd. Amirul Syafiq, Mohd. Amirul Faiz, Nurul Fitri Sofea, Mohd Amirul Iman dan Mohd Amirul Anas. Kalian adalah Anugerah Terindah dalam hidup mama dan ayah.  Hargailah kehidupan yang singkat ini dengan sebaik2nya. Berusaha menjadi anak2 yang soleh dan solehah, menjadi hamba yang selalu taat kepadaNya. Semoga mendapat petunjuk dan hidayah ke jalan yang benar di dunia dan di akhirat. Menjadi anak yang selalu berbakti dan membanggakan keluarga. Doa kami sering hadir dalam mengiringi hidupmu.







huhuhu....aku sendu!..


Adios.


Monday, February 4, 2013

HAK MENGUNDI, HAK ANDA

Assalammualaikum.

Tiba2 hati terpanggil untuk menulis tentang entry ini. Bukan nak cerita pasal politik sebab bab itu aku bukan orangnya.

Sebagai warganegara aku sendiri mula merasa bahang PRU 13 yang semakin hampir dan panas. Berita2 di sana sini tentang hari mengundi ini  semakin dirasa.






Anda semua dah daftar sebagai pengundi? Warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dah layak dah tapi maaf lah tarikh pendaftaran dah lama tamat untuk anda yang layak untuk mengundi pada PRU 13 nanti. Tak rasa rugi ke tak sempat mendaftar? 

(Sharmine..kau dah daftar? Huh..belum lah tu!)



Ada yang kata.."tak payah lah mengundi. Tak main lah politik2 ni"

"alah..kalau aku tak undi pun tak ada bezanya.."



'JANGAN TANYA APA SUMBANGAN NEGARA PADA ANDA TAPI TANYALAH APAKAH SUMBANG ANDA KEPADA NEGARA'.

So..senang cakap, mudah cerita hak kita untuk mengundi adalah satu dari sumbangan kita kepada agenda politik negara (untuk yang telah mendaftar). Hak yang hanya digunakan untuk sekali dalam masa 5 tahun. Satu undi kita semua menentukan hitam putih merah biru nya corak pentadbiran negara untuk masa akan datang. 

 Tak kiralah nak pangkah siapa yang penting kita dah laksanakan hak kita untuk memangkah.

Untuk PRU 13 nanti rasa2nyalah..ini kali ke 4 atau ke 5 aku mengundi. Hanya sekali aku 'termiss' masa menjaga Anas di ICU HKL satu ketika dulu. Ada rasa rugi sikit lah sebab hak 5 tahun sekali tu tak dimanafaatkan.

Ok lah..sebenarnya nak share ngan korang semua pada sapa2 yang singgah kat blog ni check2lah nama di dalam senarai SPR di sini http://daftarj.spr.gov.my/ untuk memastikan anda adalah seorang pengundi yang benar2 layak untuk melunaskan hak anda itu.



belajar lah dari kesilapan masa lalu
kata2 semanis madu
yang ku dapat hanyalah tuba
katanya memberi dan merasa
bersama-sama
tapi semuanya hampa...

perit getir dicengkam rasa
menunggu masa untuk bergema
tak rela lagi bertukar kuasa
kerana indah khabar dari rupa..

cukup-cukup sudah
sepurnama kita bersama
tiada apa yang dirasa
yang ku damba hanya
janji yang dikota..

ita rossi- shah alam 23 rabiulawal 1434h.


Thanks for singgah.