Assalammualaikum.
Tiba2 hati terpanggil untuk menulis tentang entry ini. Bukan nak cerita pasal politik sebab bab itu aku bukan orangnya.
Sebagai warganegara aku sendiri mula merasa bahang PRU 13 yang semakin hampir dan panas. Berita2 di sana sini tentang hari mengundi ini semakin dirasa.
Anda semua dah daftar sebagai pengundi? Warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dah layak dah tapi maaf lah tarikh pendaftaran dah lama tamat untuk anda yang layak untuk mengundi pada PRU 13 nanti. Tak rasa rugi ke tak sempat mendaftar?
(Sharmine..kau dah daftar? Huh..belum lah tu!)
Ada yang kata.."tak payah lah mengundi. Tak main lah politik2 ni"
"alah..kalau aku tak undi pun tak ada bezanya.."
'JANGAN TANYA APA SUMBANGAN NEGARA PADA ANDA TAPI TANYALAH APAKAH SUMBANG ANDA KEPADA NEGARA'.
So..senang cakap, mudah cerita hak kita untuk mengundi adalah satu dari sumbangan kita kepada agenda politik negara (untuk yang telah mendaftar). Hak yang hanya digunakan untuk sekali dalam masa 5 tahun. Satu undi kita semua menentukan hitam putih merah biru nya corak pentadbiran negara untuk masa akan datang.
Tak kiralah nak pangkah siapa yang penting kita dah laksanakan hak kita untuk memangkah.
Untuk PRU 13 nanti rasa2nyalah..ini kali ke 4 atau ke 5 aku mengundi. Hanya sekali aku 'termiss' masa menjaga Anas di ICU HKL satu ketika dulu. Ada rasa rugi sikit lah sebab hak 5 tahun sekali tu tak dimanafaatkan.
Ok lah..sebenarnya nak share ngan korang semua pada sapa2 yang singgah kat blog ni check2lah nama di dalam senarai SPR di sini http://daftarj.spr.gov.my/ untuk memastikan anda adalah seorang pengundi yang benar2 layak untuk melunaskan hak anda itu.
belajar lah dari kesilapan masa lalu
kata2 semanis madu
yang ku dapat hanyalah tuba
katanya memberi dan merasa
bersama-sama
tapi semuanya hampa...
perit getir dicengkam rasa
menunggu masa untuk bergema
tak rela lagi bertukar kuasa
kerana indah khabar dari rupa..
cukup-cukup sudah
sepurnama kita bersama
tiada apa yang dirasa
tiada apa yang dirasa
yang ku damba hanya
janji yang dikota..
ita rossi- shah alam 23 rabiulawal 1434h.
Thanks for singgah.
wah... suka sangat ngan sajak kau tu... boleh share ni nati bila nak dekat2 mengundi
ReplyDeletesila kan...hanya mereka yang memahami apa yang tersirat.
ReplyDelete