Wednesday, April 3, 2013

SAYA SAYANG MALAYSIA..awak?



Assalammualaikum.




Debaran yang semakin hangat. Yang ditunggu2 akhirnya tiba jua. Hari ini 3 April 2013 Parlimen Malaysia telah dibubarkan. Means...Pilihanraya PRU 13 is around the conner.

Aku memang berdebar2 sangat mengalahkan calon2 pilihanraya pulak. Sebab rasanya dari senario politik hari ini saingan sangat sengit dan hebat. Calon2 PRU 13 sendiri tak tau lah rasa macamana agaknya.

Sebagai rakyat Malaysia kita memang mementingkan keamanan dan kesejahteraan hidup. Kuasa di tangan kita untuk menentukan corak pemerintahan bagaimana yang kita mahu. 

Apakah kedamaian, kemakmuran, kesenangan dan keamanan sekarang dapat kita teruskan dengan memilih pemerintah yang sedia ada atau memilih satu kuasa baru yang belum dapat dilihat ke mana arah tujunya akan dibawa Malaysia ini.

Semuanya di tangan kita. Kita yang menentukan masa depan anak cucu, bangsa kita (melayu) dan agama kita (Islam). Gunakan hak kita sebagai warganegara Malaysia yang sah untuk membuat pilihan yang bijak.

Buatlah pilihan yang bijak. Jangan ikut emosi dan jangan jadi macam lalang. 

Cuma satu yang aku selalu ingat. Kita cuma ada satu negara sahaja iaitu Malaysia. Kalau Malaysia tergadai, kita nak pegi mana? Nak jadi macam orang2 Rohinya atau merempat di negara sendiri? Orang Cina mungkin boleh pergi Singapore, Taiwan, Hong Kong atau China. Orang India boleh pergi India, Pakistan atau Bangladesh. Kita orang Melayu nak pegi mana? Indonesia? Orang2 Indon pun ramai yang datang sini...

Tanah tumpah darah ku..MALAYSIA.

Semuanya ada di sini.




















orang yang bijak itu melihat
menggunakan mata hati
bukan berhati2
tidak juga makan hati
jauh sekali dengki hati
melihat apa yang tersirat
di sebalik yang tersurat 
kerana mereka ada 
harga diri.


fikir2kan lah.

No comments:

Post a Comment