Thursday, January 17, 2013

Memory daun pisang.



Salam bahagia.

Semoga semua yang berkunjung ke sini di dalam rahmat dan hidayahnya Allah. Dah hampir tengahari.  Mesti ada yang dah congak2 nak makan di mana. Wah! semalam  lunch aku sedikit special. Sikit je. Masih dalam mood diet sebab setiap kali timbang berat badan jarumnya seperti tak mau turun2. Malah bertambah naik. (Jangan salahkan penimbang ye..)

Dari tahun lepas ingat petang2 balik kerje nak singgah ke Tasik Shah Alam nak 'buang' lemak2 ni tapi masih tak kesampaian. Mesti kuatkan semangat. Yo! kau boleh! kalau tak baju peplum kembang kau tu tak boleh masuk. Silap2 nampak lagi kembang!

Ok..lunch semalam makan nasi lagi. Mula2 saja2 je jengok2 restoran baru kat Kondo Prima U1. Konon nak temankan Vanni tapi bila sampai je tengok cam menarik pulak. Yang menariknya makan dalam daun pisang! Oh! Banana Leaf Restoran. Hmm...nampak sedap. Tengok2 lauk..hmmm..ada kari ayam pekat, sayur2an goreng tepung, telur dadar goreng tepung, kari kambing, ikan goreng dan paling special yang tak akan jumpa kat restoran Melayu ialah rasem/rasum! 

Korang sure tak pernah rasa rasem ni kan? Sejenis soup India. Mak selalu masak kalau dia demam dan tekak rasa pahit. Kira soup rasem ni boleh membuka selera lah.





Macam ini lah hidangan aku tengahari semalam. Sebab tak bawa kamera aku pinjam gambar ni dari blog Ella aka KC. Rakan blogger yang selalu gak sms2an tp tak pernah jumpa lagi. Sambil2 makan guna tangan, sambil menikmati keenakan kari India aku senyum sendiri bila ingatkan makan dalam daun pisang ni benar2 mengamit memory lama dulu.

Masa tu aku mula2 kerje. Awal tahun 90an. Mula menceburi alam kerjaya di usia yang sangat muda. Tak tau pun tendang terajang, politik2 ofis ni. Aku enjoy kerje, buat kerje tak de main2 niat memang nak kerje. Belajar sesuatu yang baru yang jauh berbeza dari alam persekolahan.

Kat ofis ramai staff. Staff campur2 1 Malaysia cuma kat bahagian production kebanyakannya adalah pekerja lelaki. Majoriti lelaki. Pada aku lelaki perempuan semua sama aku buat kawan. Nak jadikan cerita seorang abang ni, Abang M bahagian production selalu masuk ofis hantar report. 

Satu hari dia minta aku tolong taipkan surat untuk dia sebab kat production tak de komputer. Aku dengan ikhlas hati tolong dia. Tak ingat surat tu surat apa dan tujuannya. Aku tak ambil pot pun. Janji aku dah tolong dia taipkan surat tu.

Sebagai tanda terima kasih dia ajak aku makan. Lunch dengan dia. Why not? Rezeki jangan ditolak. Lagi pun masa tu baru kerje..duit memang ciput sangat!


Habis ofis setengah hari Sabtu dia bawa aku lunch di Banana Leaf Restoran yang aku tak tau kat mana. Kat Bangsar atau PJ. Kalau dia tinggalkan aku sorang2 kat situ for sure aku mati katak!

First time makan dalam daun pisang memang agak janggal walaupun aku agak biasa dengan makanan India. Rasa janggal sebab makan berdua kot!..hihihi.. 

Hidangan dulu lain sikit dari sekarang. Sekarang sendiri pilih sendiri ambil. Tak tau lah kalau ada lagi Restoran yang buat macam ni. Daun pisang diletak atas meja. Datang seorang pelayan sendukkan nasi dan segala macam lauk pauk. Pilih yang mana nak baru disendukkan dalam daun pisang. Memang aroma karinya 'melekat'. Itu yang buat 'kaw' kata orang tapi buat aku sedikit sesak nafas.

Aku tengok Abang M makan dengan berselera. Bersungguh2 dia menggaul nasi bercampur kari menggunakankan tangan. Mungkin dia dah biasa makan kat situ. Aku terkial2 menghabiskan hidangan dengan menggunakan sudu garfu. Malu ah! nak guna tangan. Cover anggun gitu!..hahaha...

"Ita, makan nasi dalam daun pisang lagi sedap kalau guna tangan" Abang M mengusul pada aku.

"oh! ok..tak pe.." 

"Ita tahu makan rasem?"

Dia sedikit terkejut bila tengok aku selamba hirup rasem.

"Mak selalu buat rasem. Mak pandai buat. Ita tak pandai. Pandai makan je" jawapan selamba aku yang terlalu keanak2an. Jujur kau! 

Abang M hanya senyum. Mungkin dia rasa selesa sebab aku boleh makan makanan India. Tak semua orang boleh terima.

Selesai makan Abang M hantar aku balik terus sampai Port Klang. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Terima kasih Abang M.

Mondaynya bila aku datang kerja...Boom!!! Bagai ada satu letupan bom kat ofis dan bahagian production. Korang boleh agak apa jadik kan?

Hmmm..aku terpinga2! Blurr...bila semua member2 datang kat aku giatkan aku dengan Abang M!.

"wah! lunch berdua je tak ajak kita"

"woi! kau dating dengan Abang M ekk! Tak sangka!"

"sejak bila kau dan Abang M?"

"haiya!...kecik2 sudah ada 'patok' (pakwe)" selamba Ms T melaser aku.

(sabar ita..sabar...kau kan perempuan Melayu terakhir..) Aku cuba memujuk diri. Aku masih dapat mengawal amarah yang tiba2 membadai.

Dan macam2 pertanyaan yang aku dah tak ingat tapi yang aku ingat sangat ialah muka aku yang rasa 'bera' sangat! Rasa panasss...! bukan blushing malu ok..tapi   merah padam menahan geram!.

Geram sebab keikhlasan kita diputarbelitkan. Cerita sebenar ditokok tambah. Mungkin ada silap sikit kat sini atau aku yang terlalu naive. Tapi tak mungkin aku nak syak wasangka sebab tak baik tau prasangka buruk pada orang. Silap aku juga tak ajak kawan2 yang lain tapi dia ajak aku sorang je..memandai2 pulak aku nak ajak orang lain. 

Entah dari siapa cerita itu tersebar sebab tak siapa yang tahu (setahu akulah) aku keluar dengan Abang M. Memang aku tak bagi tau kawan2 pun sebab pada aku tak ada apa2 pun. Hal kecik je. Salah ke kalau ada orang nak belanja? Dia pun bukannya suami orang atau tunangan sesiapa pun.

Aku tak tahu apa perasaan Abang M bila satu ofis kecoh pasal lunch tu. Pada aku dia ikhlas nak belanja aku tapi dalam hatinya aku tak boleh baca.  Hati berkata2 juga kenapa Abang M tak muncul menceritakan perkara sebenar? Kenapa dia tak backup aku? Apakah dia rasa bersalah atau sengaja nak kenakan aku?. Walau apa pun aku dah lama maafkan dia atas apa yang terjadi. Tak lama lepas tu Abang M berhenti. Aku tak tau bila dan kenapa dia berhenti. Tup..tup..dah tak de. Aku tak ambik pot pun!

Setahun dua selepas itu tiba2 dia muncul kat account department nak jumpa aku. Mungkin masa tu dia baru balik umrah dan bagi aku sejambak akar fatimah dari Mekah. Entah dari mana dia tahu aku sedang sarat mengandung anak pertama.

"Ni untuk orang mengandung. Biar senang bersalin" 

sambil tersenyum dengan wajah yang bersih. Masih macam dulu. Aku dengar cerita dari orang2 dia dah kahwin. Bukan dari mulut dia sendiri. Kahwin dengan siapa?...ada yang kata dengan rakan sekolah aku yang namanya Rozita juga. Oh!..konpius sekejap!




Akar Fatimah
 (pinjam gambar uncle G)


Akar Fatimah tu aku guna sampai anak ke 5. Dah lama tak mengandung ni aku pun tak tau entah ke mana akar tu. Terima kasih Abang M!. Kalau kita ikhlas Allah pasti membalas.

"Vanni, kalau makan nasi dalam daun pisang lagi sedap guna tangan" 

aku mengusul pada Vanni bila aku tengok dia guna sudu dan garfu.

"tak pe lah kak ita, saya dah biasa guna tangan kat rumah. Ini nak guna sudu pulak."

Suka hati kau lah!

Aku terus menyuap nasi sambil menikmati rasa kari yang sedikit pedas dan ada rasa masam sikit. Rasa manis dari sayuran bunga kobis yang digoreng dengan tepung. Ditambah dengan rasa rasem yang tak tau nak describe macamana. Memang unik masakan India ni.

Begitulah juga dengan kehidupan kita. Ada rasa masam, manis, tawar, masin, pedas, payau, pedau dan bermacam2 lagi. Semuanya bersatu membentuk kematangan dan kekuatan dalam diri untuk kita terus melangkah lebih jauh. (macam iklan minyak pulak...)

Hidup ini memang indah.

Selamat menjamu selera.  Daa...












2 comments:

  1. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati..Alhamdulillah.. hari ni aku puasa ganti!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berbuka petang nnti. Aku tah bila lah lagi.

      Delete