Tuesday, October 16, 2012

SALAH TAFSIR.

Assalammualaikum.

Salam bahagia.




Kat luar sekarang ni hujan sedang mencurah2 dengan lebat. Kalau berdiri sekejap dalam hujan tu seminit mesti dah lencun. 

Musim hujan tiba lagi. Aku kan suka hujan . Sejuk. Dingin. Ditambah dengan sejuk aircond kat ofis boleh beku!

Just to share satu moment yang sekejap, jap jap ni berlaku.  Nak tergelak pun ada. Rasa nak sekeh pun ada!

Dari tadi guruh berdentum2. Kilat sabung menyabung kat sini. Sambil mengadap PC kadang2 seriau jugak bila kilat2 besar memancar. Lalu terkeluarlah kata2 ini.  Antara aku dan En R kat sebelah ni.

En R : "hai..hujan2 ni banjirlah lagi KL"

aku : "ialah...dah musim hujan sekarang kan?" aku menyokong fakta itu.

En R : "since last week. Jumaat lepas hujan lebat. I balik rumah hampir 1 jam baru sampai". Rumah En R kalau time biasa dalam 20 minit dah sampai.

aku : "biasalah tu hari hujan. Err..En R ingat tak, kalau hujan2 lebat dengan guruh2 macam ni kita kat rumah selalu dah offkan TV ke, computer ke. Anak2 I mesti jerit2 suruh I tutup TV takut kena sambar" aku menyambung sambil tertawa bila kenangkan suasana kecut perut bila petir berdentum dentam.

En R : "hahaha...(dia memang kuat ketawa)..iye!..iye!..kat rumah I pun macam tu"

aku : 'tapi kat sini kita ok je kan. Macam tak takut pun. Computer depan mata" aku jawab sambil tersenyum bersulam ketawa kecil.

Tiba2 aku tengok dia pandang aku lain macam sikit.

En. R : "so..U mean..sekarang kita kena off computer lah, tak payah keje?"

aku : "hahahahaha....tak lah macam tu.."

Zupp!bagai kilat yang menyambar. Aku ketawa agak kuat. Nak cover sebenarnya. Dalam diam dia kenakan aku. Nak sekeh rasanya. 

Mengong!

No comments:

Post a Comment