Saturday, November 5, 2011

BIAR BERKORBAN JANGAN TERKORBAN..



Labaikallahuma labaik. Labaika laa syariikalaka labaik. Innal hamda wani'mata lakal walmulk. Laa syariikalah.

 (Aku datang kepada MU ya Allah, aku datang. Aku datang dengan tidak mensyirikkan Engkau,  aku datang. Sesungguhnya segala kepujian kepada Engkau, segala ni'mat dari Engkau dan kerajaan kepunyaan Engkau. Tiada sekutu bagi Engkau)




(gambar dr google)


Salam bahagia. Selamat menyambut Aidil Adha untuk semua.

Tajuk kat atas tu saje je nak sedapkan atonasi ayat walaupun sebenarnya ada yang tersirat.

Sebenarnya ini entry potong Q..hehehe..sebab nak selaraskan dengan keadaan dan situasi semasa. Insyaallah esok seluruh dunia  akan menyambut Aidil Adha untuk kesekian kalinya.

Tahun ni aku tak join ibadah korban seperti tahun2 sebelumnya. Hanya husband sorang. Tapi tiap2 tahun pun daging dan tulang2 lembu sentiasa dapat untuk buat sup. Alhamdulillah. Sup tulang lembu korban lain rasanya. Memang sedap. Berebut2!.



(ehsan google).


Selalu Aidiladha dikaitkan dengan perayaan untuk orang yang mengerjakan haji sahaja. Ada yang kata tak meriah, tak rasa macam raya. Ada langsung yang tidak menyambutnya. Macam biasa je.

Bagi family aku dua2 raya tu kita orang sambut walaupun aidilfitri selalu mendahului carta.

Lihat apa yang tersirat disebalik Aidiladha. Kisah pengorbanan yang besar oleh nabi Ibrahim A.S untuk anaknya Nabi Ismail A.S mengangkat darjat yang tinggi untuk Aidiladha itu sendiri sebenarnya.

Aku suka statement kat bawah ni yang aku jumpa dalam blog seseorang.

Kenapa ALLAH memerintahkan Ibrahim menyembelih anaknya Ismail? Bukankah ALLAH itu maha pengasih lagi penyayang?

Sebenarnya, Allah memerintahkan Ibrahim supaya MENYEMBELIH CINTA PADA DUNIA! membunuh dan membuang jauh segala belenggu dunia yang menyaluti hati dan ingat bahawa cinta yang sepatutnya adalah padaNYA! Itu yang sebenarnya yang cuba di sampaikan ALLAH. Buang cinta kepada dunia dan pupuklah cinta pada yang ESA.



Hakikatnya setiap insan pasti akan berkorban cuma apakah pengorbanan itu bukti keimanan atau menjurus kemungkaran kepada Allah?


So fikir2kan dan renung2kan.

Banyak yang nak diluahkan tentang entry ini tapi seolah2 beku tak dapat dicatat. Beku cam dalam peti ais lagi2 sejuk kat sini. Atau agaknya hati dan perasaan aku dah sampai kat kampung walaupun jasad masih di sini.

Apa pengorbanan terbesar dalam hidup anda selama ini?


Selamat Hari Raya Aidil Adha. Maaf Zahir Batin.






No comments:

Post a Comment