Assalammualaikum.
Salam manis pada yang masih sudi bertandang ke sini. Aduhai..bukan sengaja membiarkan blog sepi tanpa cerita ceriti untuk dikongsi. Masa yang sangat terbatas diterpa tanggungjawab yang perlu dilunas menjadikan entry ini tergantung beberapa kali.
Satu lagi coretan kisah hidup yang telah tertulis sejak di azali untuk dikongsi di sini. Selebihnya sebagai satu kenangan untuk diingati.
29 Ogos 2013 - selepas maghrib aku sibuk di dapur. Tiba2 kak cik menghulurkan hp dengan terburu2 pada aku dan tanpa melihat siapa pemanggilnya, aku terus menjawab. Esakan suara kak Timah di hujung talian membuatkan aku gelabah sekejap.
"ita, datang cepat! Abang Rashid dah diam dah!.."
Aku terus gelabah. Tenang2!..aku tarik nafas dalam2.
"ok kak. Akak tenang dan sabar. Nanti kita orang datang."
Perjalanan rasa lambat sangat! Hubby yang sangat berhati2 memandu menyuruh aku bersabar bila aku mula merungut dia bawa kereta slow sangat. Masa tu aku rasa biar aku je yang bawak kereta..tapi tak mungkin!
Perjalanan tersekat bila di MRR2 ada sedikit kesesakan. Apa ni?...malam2 pun jam ke?..oh!..ada 3 buah kereta berhias yang besar sangat dan very the slow dalam perjalanan ke KL untuk sambutan merdeka 2 hari lagi.
Nafas rasa macam semput memanjat tingkat 4 ke rumah kak Timah. Hubby dah sampai dulu baru aku tiba. Kami tiba saat jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Mata tertancap pada abang Rashid yang terbaring di atas katil yang diletakkan di ruang tamu rumah. Jiran2 ramai yang berkumpul. Satu keadaan yang buat aku sedikit terkejut. Terlantar atas katil besi bujang warna merah hati. Sama seperti arwah abah. Apakah...?
Bacaan Yassin dari jiran2 yang menziarah menyedarkan aku akan keadaan genting masa itu. Aku peluk kak Timah yang berada di tepi katil. Kak Timah mula menangis. Alahai..ini yang buat aku sebak ni. Of course lah airmata terus bergenang.
Kata kak Timah, abang Rashid dah mula diam dan tak bercakap sejak dari Maghrib. Suaranya juga tidak kedengaran. Pandangan matanya hanya pada satu arah dan kosong! Memang lain benar keadaan abang Rashid. Dadanya berombak2 laju. Nafasnya seperti sesak!
Anak2 sentiasa di sisi. Ucapan kalimah syahadah tidak henti2 dibisikkan ditelinganya. Seperti semua sudah maklum akan keadaan abang Rashid yang semakin tenat. Kak Timah tidak berganjak lagi selepas itu. Hanya menemani suami tercinta dalam menghadapi saat2 yang paling sukar. Tangan abang Rashid tidak dilepaskan. Sambil mengusap2 tangan itu dia membisikan kalimah syahadah di telinga suami.
Ya Allah..tabahnya kak Timah. Aku yang melihat berjurai2 airmata. Surah yassin di tangan aku tatap dengan pandangan yang kabur dek airmata. Sekali sekala suara aku rasa tenggelam dan sebak. Agak lama rasanya untuk aku menghabiskan surah yassin ini bila mata tidak tertumpu sepenuhnya pada ayat2 yang dibaca. Satu ayat yang dibaca aku berhenti sambil memandang keadaan abang Rashid yang bertambah tenat. Hubby duduk di hujung kaki abang Rashid sambil memicit2 kaki itu. Tiba2 hubby memberi isyarat pada aku kaki abang Rashid sudah terasa sejuk!
Abang Rashid abang kepada hubby. Abang no. 2 dan dipanggil Pak Ngah oleh anak2 aku. Kali terakhir bertemunya adalah pada hari raya baru2 ini. Keadaannya memang agak uzur ketika itu. Badannya yang tegap beransur kurus dan lemah tidak bermaya. Selepas hariraya Abang Rashid dimasukkan ke hospital menjalani satu lagi pembedahan di kakinya. Beberapa hari selepas itu aku ada menelefon kak Timah bertanyakan khabar selepas Abang Rashid keluar dari hospital. Memang aku tak sangka keadaannya bertambah lemah dan hanya mampu terbaring sahaja. Kak Timah lah yang menguruskan segala2 tentang abang Rashid. Makan, mandi, mencuci luka di kaki dan merawat segalanya dilakukan sendiri.
Secara peribadi, abang Rashid seorang yang sangat pendiam pada pandangan aku. Setiap kali berkunjung ke rumahnya kak Timah lah yang rajin berbual. Dia hanya menjadi pendengar sahaja. Sekali sekala dia bersuara jika ditanya. Itu pun dengan suara yang perlahan. Jadilah aku seorang adik ipar yang kadang kala 'mati kutu' bila berbual2 dengan dia.
Waktu terus merangkak perlahan. Atur duduk aku juga berubah2. Sekejap di sebelah hubby, sekejap di belakang kak Timah. Mengurut2 belakanganya memberikan semangat dan meniupkan kesabaran menghadapi saat2 ini. Jiran2 datang dan pergi silih berganti. Jam menunjukkan lebih kurang pukul 11.30 malam bila tiba2 abg Rashid bersuara dengan agak garau dan dalam. "Mak, abah!"...
Airmata kak Timah semakin laju. Tidak henti2 dia membisikkan kalimah syahadah itu. Sekali sekala dia membasahkan bibir abang Rashid dengan air zam2. Menyuap dengan penuh kasih sayang. Aku dapat rasakan seperti kak Timah ingin terus berbakti kepada suaminya itu hingga saat2 terakhir ini. Sesekali abg Rashid seperti orang gelisah. Menguis2 mukanya dengan tangan. Seperti ada sesuatu yang mengganggunya. Selain aku dan hubby ada beberapa jiran2 yg masih setia menemani. Sejenak aku terkejut kerana melihat kak Timah beria2mengusap muka abg Rashid. Kenapa? Tanya aku pada jiran yg berada disebelah. Dia berpeluh! Jawab jiran itu tanpa menoleh kepada aku. Tiba2 aku teringatkan sesuatu.
Ya Allah..jika sudah sampai waktunya Kau ambil dia dari kami Kau permudahkanlah dia pergi dengan tenang dan aman. Aku merapati kak Timah yang sekali sekalà menyapu airmatanya yang mengalir.
"Kak, ita bagi tau orang kampung ye?"
Aku meminta izin dari kak Timah memberitahu kakak2 dan abang2 iparku. Seperti memahamai keadaan abg Rashid yang semakin tenat dia hanya menganguk lemah.
Hembusan nafas itu semakin perlahan. Semakin lemah. Satu...satu... Matanya semakin kuyu. Ya Allah!..kau permudahkanlah segalanya. Kau lepaskanlah sakaratul ini dengan aman dan tenang. Kau ampunilah segala dosa2nya. Hanya doa yang dapat aku panjatkan disaat2 ini.
Kak Timah masih setia di sisi. Anak2nya tidak putus2 menyebut kalimah Allah di telinga abg Rashid. Dengan mata yang semakin layu, nafas yang semakin lesu akhirnya abg Rashid pergi dengan tenang di sisi isteri dan anak2 yang tercinta saat jam menunjukkan pukul 1.00 pagi.
"Kak, abang dah tak ada!" .
Seorang jiran menyedarkan kak Timah yang masih membisikkan syahadah di telinga abg Rashid. Diambilnya kedua tangan abg Rashid dan diletakkan di dada. Kak Timah seperti tersedar. Ya Allah!...Allahhuakbar!...hanya itu yang terucap dari bibir kak Timah. Esak tangisnya kedengaran dan dia rebah lemah di birai katil. Airmata aku pecah berderai!
30 Ogos 2013 - Jumaat 23 Syawal 1434H.
Seawal jam 11.00 pagi jenazah abang Rashid selamat tiba di Tanah Perkuburan Batu Muda untuk dikebumikan. Aku bertemu saudara mara dari jauh dan dekat di sini. Bersama2 menyempurnakan penyemadian beliau. Tiada tangis sendu lagi kerana kami semua redha dengan pemergianmu. Menemui sang Pencipta yang hakiki. Semoga rohmu ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan beriman. Amin.
setiap insan pasti merasa
saat perpisahan terakhir
dunia yang fana akan ditinggalkan
hanya amalan yang dibawa
terdengar sayup surah dibaca
sayunya alunan suara
cemas didada layu tak bermaya
terbuka hijab di depan mata
selamat tinggal pada semua
berpisah kita selamanya..
sekujur badan berselimut putih
rebah bersemadi sendiri
mengharap kasih anak dan isteri
apa pahala mungkin dikirimi
berpisah sudah segalanya
yang tinggal hanyalah kenangan
diiringi doa dan airmata
yang pergi tak kan kembali lagi..
selamat tinggal di sisi Allah s.w.t..
Al fatihah.