Wednesday, January 27, 2016

Senyum dan tawa..

17 R. Akhir 1437H


Wanita yang kuat adalah
yang tertawa saat hatinya menangis
yang tersenyum saat dirinya terluka
yang tenang sewaktu hidupnya dicoba
kerana dia tahu
setiap airmata yang mengalir
akan membahagikannya di sana...



Thursday, January 7, 2016

Salam twenty sixteen.

26 Rabiul Awal 1437H

Assalammualaikum.





Jantung ini masih berdegup
Nadi terus berdenyut
Hanya  masa yang terlalu pantas
Tak terkejar
Atau langkah semakin lelah

Ada masa kita duduk
Ada masa kita terduduk
Tertunduk
Bangun dan berdiri
Terhantuk terngadah lagi...

Kini masa untuk berlari
Biar semuanya pergi
Kau dan aku masih di sini
Bersama menggapai pelangi
Yang  bukan lagi mimpi...


Friday, July 31, 2015

alhamdulillah...fifty already.


15 Syawal 1436H

31 Julai 2015.


seiring bertambahnya usia
bertambah jua iman di jiwa
semakin tinggi ketaqwaan
bertambah matang pemikiran
dirahmati dalam kebahagiaan
semakin rapat dengan Tuhan
menuju jalan pengakhiran...




Terima kasih..jzkk...atas doa2 dan ucapan teman2.

Kebahagian milik kita bersama.

Monday, June 8, 2015

Aku juga terluka..Mt Kinabalu.


21 Sya'ban 1436H.


Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung Kinabalu
tengok dari jauh hati saya rindu..

Dalam banyak2 gunung di Malaysia kenapa aku jatuh cinta dengan Kinabalu? Aku sendiri tidak tahu. Bukan disebabkan oleh ketinggian dan gahnya di seluruh Asia Tenggara ini tetapi seperti ada satu semangat lain yang menarik dan melambai2 aku untuk ke sana.

2010 ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Negeri di Bawah Bayu ini hati bagai ditarik2 untuk menatap Kinabalu. Hajat tidak kesampaian bila Kinabalu ditutupi awan tebal dan berkabus semasa aku sudah bersedia untuk melepaskan rindu.

2014 semangat Kinabalu sekali lagi menggamit aku. Kali ini aku datang sebagai seorang puteri yang akan bersemayam di dadamu Kinabalu. Melampiaskan rindu yang bertahun aku simpan untuk bersamamu.

Angin sejuk dingin, udara yang nyaman dan segar, haruman bunga2 hutan menyambut langkah aku untuk menggapaimu. Walau akur dengan kudrat yang lemah perlahan2 aku atur langkah dan kuatkan semangat untuk sampai ke puncak bahagia. Bukan sedikit lelah yang aku tinggalkan nun jauh di belakang demimu. Terlalu banyak halangan mengikatku agar tidak mendekatimu. Luka dan calar di kaki aku lupakan demi untukmu.

Berdiri di dada mu Kinabalu benar2 aku seperti berada di puncak dunia. Awan gemawan berarak nun di hujung kaki di bawah sana bagai aku tidak percaya. Beradu di dadamu dalam dingin malam yang mencengkam menusuk ke tulang hitam. Menghirup secangkir kopi di cafe tertinggi di dunia mana bisa aku lupakan. Kabus kelabu mengelilingi setiap daerah jajahanmu yang membuatkan aku bertambah rindu. Terimakasih Kinabalu kerana menyambut aku dengan penuh kasihmu walau seketika cuma.

5 Jun 2015 Kinabalu yang begitu nyaman dan aman tiba2 bergegar murka. Aku tersentak seketika. Angkara siapa yang melukakan mu hingga sayapmu patah tiba-tiba? Durjanalah mereka yang telah mencela mu hingga yang lain menjadi korban.

Kinabalu..aku tahu kau kini terluka. Tersayat sembilu bila kehormatanmu diinjak-injak oleh mereka yang telah hilang tamadunnya. 




Kinabalu...bukalah kembali laluanmu untuk orang-orang seperti kami yang sangat menghormatimu. Kembalikan keindahan dan kenyamanan mu sekali lagi.  Segera pulih Kinabaluku. Aku ingin kembali bersamamu.

Malu malu si Kinabalu
hati terus di palu rindu...

Wednesday, March 25, 2015

WW : SELAMAT HARI POLIS KE 208 TAHUN.


4 JamadilAkhir 1436H.

Untuk semua warga polis di mana sahaja anda berada.






Pejuang yang tidak minta dihargai, disanjungi cukup sekadar diingati.







Monday, February 23, 2015

KITA BEGA DIA!


Assalammualaikum.

Sunyi sepi blog ni. Habuk dah 1/2 inci. Sawang boleh buat cicak tersangkut menggelepar mati.

Sekadar singgah sebentar dengan wajah comel ini yang buat aku senyum sendiri. Ceritanya pernah di share di sini. Hampir 2 tahun berlalu Sarah Queen semakin keletah, manja dan gedik!














Baru pandai bercakap. Bercakap dan bernyanyi2 tak henti2. Tah apa2 yang diucap dan dilagukan. 

Oh!..lagu ni...

"cicak cicak di dinding
diam2 merayap.."

atau lagu ni

"papa ku pulang dari kota
papa ku belikan kereta..."

sekali sekala dia duk sorang2..

"let it go...let it go..."

itu semua versi pelat ye!

Aku yang dengar pun rasa penat. Sekali sekala. Sebulan sekali balik kampung jumpa dia, dia dah kenal orang. Sangat takut dengan aku..sebab aku suka menyakat dia.

"hep!...ashee tu!.. (hep! biasa tu!)

hihihihi...


Thursday, January 8, 2015

2014 PENUH DUGAAN 2015 MENGGAPAI IMPIAN.


Assalammualaikum.


Masih belum terlewat. Selamat datang 2015. Tahun dan tarikh yang berubah tapi harinya tetap sama. Masih mendung dan hujan dan sekali sekala mentari membahang.



Akhir 2014 yang penuh airmata. Selebat hujan yang turun sama lebat dengan airmata yang mengalir. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Takziah dan simpati untuk saudara2 yang kehilangan harta benda dilanda musibah banjir terburuk dalam sejarah negara. Juga untuk saudara di sana yang meratapi insan2 yang menjadi korban pesawat Airasia QZ8501 di dasar Laut Jawa.


Kelantan paling teruk dilanda banjir. Musibah yang tak dijangkakan menjadikan kita lebih bersatu dalam menghulurkan bantuan tanpa mengira pangkat, warna kulit dan perjuangan politik. 


(Pictures credit to Google)



Merenung masa hadapan yang telah hilang arah tujunya. Mencari makna disebalik musibah ini.








Kuasa Allah yang tak terjangkau dek fikiran. Selembut2 air bila ia mengganas habis semua dihempas. Apakah angkara kerakusan manusia sendiri atau alam yang sudah semakin jauh menyendiri?









Bah tidak mengenal mangsa. Semuanya diharungi. Membujur lalu melintang patah. Kitakah yang tengadah?




"Jangan ditangisi barang yang hilang, tetapi syukuri apa yang masih ada. Kelak jika yang masih ada itu hilang, ditangisi pula" HAMKA.


Hidup perlu diteruskan. Berkumpul sesama adik beradik di kampung sudah menjadi satu agenda kemestian untuk keluarga aku. Family meeting setiap kali berkumpul lebih2 lagi Along bakal menyambut menantu pertengahan tahun nanti. Walaupun lama lagi tapi terasa macam minggu depan je nak sambut menantu bila semuanya excited melakar agenda dan acara. 

Sekadar menambah seri acara makan2 birthday Uteh pada 01/01/2015 yang lalu aku buatkan coklat kek sebab rasa dah lama tak makan kek coklat. Juga ayam panggang Rosemary tapi terlupa dalam suasana yang sibuk di dapur untuk merakam gambar si ayam. Jawabnya habis semua ayam diratah baru teringat nak ambil gambar. Kirim salam je lah.






Kek coklat yang digemari oleh hampir kesemua orang. Merah strawberry menambah ceria. Dilimpahi coklat dari Fidani Creations yang sedap dan mahal giler! Untunglah korang kan mak ngah kerja kat kilang coklat. Dapat makan coklat yang sedap2. Alhamdulillah....rezeki masih di sini lagi.


Moga Allah sentiasa bersama-sama di sepanjang perjalanan sisa-sisa kehidupan ini.