Wednesday, March 26, 2014

Tiada pengakhiran...

Assalammualaikum.

Berakhirkah sudah penantian kita terhadap MH370 selama ini?

Walaupun jawapan telah diberikan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi tetapi bagi aku agak sukar nak terima sebelum nampak bangkai kapalterbang, mayat2 mangsa atau apa2 sahaja yang dapat mengesahkan di situlah bersemadinya MH370.

Walaupun ahli keluarga redha menerima hakikat ini tapi seperti aku jauh di sudut hati mereka tentu masih menyimpan harapan agar MH370 ditemui dengan selamat. Kerajaan juga masih meneruskan usaha mencari sisa2 pesawat ini jika ianya benar2 jatuh di Lautan Hindi.
























"hilangmu dicari
khabarmu dinanti
pada jiwa-jiwa yang resah
yang gundah
yang lelah
harapan masih tinggi
untukmu ditemui

tangis sudah tidak berlagu
tiada kata-kata yang terucap
sendu membisu
tiba perkhabaran itu
langit biru menjadi kelabu
tersungkur kaku
dalam tangis yang beku

jasadmu tidak dimata
pusaramu tidak bertanda
langkah tidak mampu untuk ke sana
tangan tiada kuasa daya
menggapaimu ke dada

di daerah yang terpencil
di lautan yang sangat sunyi
di dasar yang terdalam
sang camar pun tak mampu terbang
tiada laluan kapal dagang
bersemadilah dengan penuh misteri
kehilanganmu tidak lagi kami tangisi
kerana kami mengerti
cinta Ilahi melebihi
 cinta kami...

andai suatu hari 
tiba-tiba engkau kembali
membawa kunci misteri
mampukah kami mengerti?"


Hanya Allah jua yang mengetahui. Tragedi MH370 menjadi satu lagi koleksi sejarah dalam negara Malaysia.

Innalillahhiwainailahirajiun....

Wednesday, March 19, 2014

Mulakan dengan Bismillah...

Assalammualaikum. 

Santai2 baca ni sambil mencari manafaat untuk diri sendiri. Lari sekejap dari hal2 yang memerlukan tumpuan akal fikiran. 

Sekadar perkongsian ilmu. Masa untuk membelai diri sendiri. Tak cuba tak tahu. Mulakan dengan bismillah. Niat kena betul untuk diri sendiri dan yang berhak. In sya Allah dengan izin Allah. Tips akhir tu aku dah buat sejak umur 12 tahun lagi.

(sumber dari yang dikongsi di FB)

21 Tips Dan Petua Untuk Mencantikan Wajah Yang Wanita Perlu Tahu




Cara menjaga kecantikan wajah adalah seperti berikut:

MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

MENGHILANGKAN TAHI LALAT

Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

BIBIR MERAH SEMULAJADI


Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

MELEBATKAN BULU KENING

Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

KULIT MUKA LICIN BERSERI


Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

MENAIKKAN SERI MUKA


Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu

MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATA

Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA

Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

MELICINKAN WAJAH

Ambil buah tomato makan atau sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

MEMERAHKAN BIBIR HITAM

Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIR


Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan s apukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

MEMERAHKAN BIBIR


Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

MEMBENTUK, MELEBATKAN BULU KENING

Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

NAIK SERI WAJAH


Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

OTAK JADI BIJAK

masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.

MENCANTIKKAN KULIT MUKA


Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.

MENYERIKAN WAJAH
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWAT

Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

PETUA AWET MUDA

Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

MUKA BERSERI

Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

SENTIASA MUDA


Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, (jangan gosok gigi) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda



ORANG TERANTUK AKU TENGADAH

Assalammualaikum. Salam bahagia.

Terkejut dari tidur jam 2.00 pagi tadi tiba2 terus teringat nama MH370. Celik mata je terus nak tahu berita terbaru tentang pesawat ini. Rasa hidup macam 'terganggu' sikit kesan dari tragedi ini dan selagi tiada jawapan yang ditemui. Kat mana lah pesawat ni? Bilalah nak temui jawapan atas kehilangan yang misteri. Walau aku tiada kena mengena dengan kejadian tetapi sedikit sebanyak tempiasnya menampar hati.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ayat klise tu. Skema. Tak tau lah orang lain tapi bagi aku memang ada hikmahnya. Bila kuasa sains berakhir di situ kuasa Allah bermula. Aku memang benar2 terpukul bila mendengar hujah2 itu di skrin TV.

Selama hari ini bukan tak sedar cuma kadang kala mamai sikit tentang perkara2 itu. Tiba2 rasa diri ini sangat2 kerdil dan kecik benau. Selalu aku diingatkan.."mati itu datangnya sewaktu-waktunya. Kun fayakun jadilah ia".

Kehilangan pesawat MH370 banyak menyedarkan aku tentang kekhilafan diri. Membuka mata melihat berapa banyak atau sikit lagi masa yang tinggal untuk berbuat kebaikan, kebajikan, amal ibadah sebagai bekal di sana. Berada di landasanNya yang benar dengan berpegang pada Quran dan sunnah.

Di saat orang lain membuat berbagai konklusi, spekulasi dan bermacam2 lagi, aku tekadkan hati, kuatkan iman agar aku sentiasa berada di jalanNya. Aku ambil ikhtibar kejadian ini untuk membaiki diri agar suatu hari nanti andai aku dijemput pergi sekurang2nya aku mampu untuk berbicara sepetahnya dengan Munkar dan Nankir di alam yang tiada kembali.


Teruskan berdoa untuk MH370 yang ghaib di langit malam.




Monday, March 10, 2014

PLEASE COME BACK!...


Assalammualaikum. Salam sejahtera untuk semua di luar sana.

Masih terkesan dengan berita kehilangan pesawat MAS MH370 pada 8hb Mac yang lalu secara misteri. Terpukul setiap hati rakyat Malaysia dengan berita itu walaupun tiada saudara mara atau sahabat handai yang terbabit di dalamnya. Sebagai rakyat Malaysia kita semua secara tiba2 menjadi sangat dekat dengan mereka bila sesuatu perkara terjadi yang melibatkan rakyat dan negara kita.

Dah jumpa?...beberapa hari ini soalan yang sama diulang2. Beberapa hari ini juga kita semua risau, tertanya2, gundah gulana dan membicarakan hal yang sama selagi tiada jawapan ditemui.

Pray for MH370...suara harapan, doa dan pengharapan agar pesawat dan penumpang2nya ditemui dengan segera. Memang sangat2 misteri kehilangan ini hingga tak mampu dikesan oleh peralatan dan teknologi canggih manusia.

Hanya Dia yang tahu segala2nya. Semuanya di luar bidang kuasa manusia bilamana segalanya dalam genggamanNya. Terlalu kerdil kita ini. Terlalu kecil di sisiNya. Hanya doa yang mampu mengubah segalanya.

Untuk semua yang terlibat, ahli keluarga,  saudara mara dan sahabat handai hanya doa yang dapat kami panjatkan semuga semuanya selamat dan dilindungi oleh Allah dan jika ditakdirkan telah tiada semuga ditempatkan mereka di kalangan orang-orang yang soleh. Amin.

Pray for MH 370 by rakyat Malaysia.

12 wajah anak kapal MH 370 yang hilang.




MH370...

Kapten Zaharie
Saya mungkin tidak kenal tuan,
tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua

MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat.
kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA
atau terbangkan kamu ke Beijing
seluruh dunia menanti khabar kamu.
Saya harap kamu baik-baik sahaja

Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
hari ini semua orang menanti kamu
hari ni dunia risaukan kamu
hari ini semua orang sebut kamu

Muncullah MH370
ada jiwa yang menanti anaknya
ada jiwa menanti suaminya
ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
ada jiwa menanti isterinya
ada jiwa menanti ibunya
ada jiwa menanti ayahnya
ada jiwa menantikan anaknya

Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa, seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya

Kasih sayang kami sama
Tuhan, dengan cinta dan rahmatMu
temuikan MH370 segera.
Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu Kau ada
Kau menentukan segalanya...

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu diam sahaja

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa

Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.

Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetapi mengalirkan darah yang sama
baik kalian diam dan bacalah cuma.

MH370 muncullah kamu segera
kami semua akan bersedia

FB ~Pnut~ 








Amin.