Friday, February 28, 2014

Tua atau murka?


Assalammualaikum wbt.

Salam di Jumaat yang barokah.

Cuaca semakin bertambah panas sekarang. Panas kering yang berdenting. Sehabis upaya aku cuba untuk tidak berada di luar ketika waktu lunch untuk menguruskan sesuatu hal tapi acapkali terpaksa juga keluar meredah kesesakan trafic waktu lunch dan menahan panasnya bahang mentari. 

Suatu ketika dahulu...20 tahun yang lalu ketika zaman remaja. Lepas sekolah aku mula berjinak2 dengan dunia pekerjaan dan kerja yang mudah diperolehi adalah kerja kilang. 

Setiap kali pulang dari shift malam sampai di rumah hampir jam 8.00 pagi. 'Pot' aku yang paling enak untuk melelapkan mata menggantikan tidur yang tertunggak malamnya adalah di bilik emak di belakang bahagian rumah. Sambil melayan mata untuk lelap aku suka berbaring di tepi tingkap sambil menatap langit yang biru. Memang sungguh biru langit ketika itu. Biru lembut yang terhampar di langit sangat mendamaikan. Sesekali ada beberapa kepulan awan yang membentuk abstrak2 tersendiri turut sama mewarnai langit. Aku renung langit sebagai terapi mata sebelum mata berehat sepenuhnya.

Malam kelmarin ketika pulang dari Masjid Negeri kak Non di sebelah aku mengeluh kecil tapi sangat berat kedengarannya. "Huh!...dunia dah semakin tua, Ita". Ketika itu terasa malam semakin gelap seperti berjerubu. Tiada angin yang bertiup dingin. Panas siang membahang hingga kemalam.

Kak Non bercerita tentang banjir yang melanda Pahang dengan teruk baru2 ini. Fenomena cuaca sejuk di Pantai Timur, kebakaran2 hutan di sana sini di musim panas ini dan juga tentang letusan gunung berapi di Indonesia. Walau pun tidak menyebutkan secara detail berapa suhu sejuk di Pantai Timur dan nama gunung berapi yang meletus di Indonesia baru2 ini aku tetap salute pada wanita yang bertaraf surirumah dan sudah punya 6 orang cucu ini terhadap perkara2 yang berlaku di sekelilingnya. 

Usia bumi yang telah menjangkau 4.5 miliar tahun memang sudah terlalu tua. Sudah sampai ke penghujungnya. Sudah hampir ke akhir zaman. Tidak mampu menanggung berbagai2 kerosakan dan bencana yang terjadi hasil dari kejahilan dan kerakusan manusia.

"semakin tua atau murka?" Tiba2 terdetik di minda aku.

Apakah bencana2 yang terjadi ini adalah tanda2 kemurkaan Allah atas kekufuran umat2Nya di dunia ini. Bumi ini adalah kepunyaanNya. Bencana itu salah satu dari tanda2 kemarahanNya. Hanya manusia yang sedar dan beriman yang dapat menilai erti sebenar di sebalik segala bencana yang berlaku. Ianya adalah tanda peringatan dari Allah. Dia sedang berkata2 kepada kita. Sedang memberi peringatan. 

Kenapa aku tiba2 menulis tentang ini?


Oh!..aku rindukan hujan!



(gambar ehsan google).



Monday, February 24, 2014

MONDAY BLUES...


Assalammualaikum wbt.



Pernah melalui Monday Blues? ke selalu? hihihihi... kalau selalu sangat bermonday blues susah gak kan.

Semua orang tahukan apa itu Monday Blues terutama untuk orang2 yang kerja di ofis2. Hari ni aku rasa aku melalui Monday Blues yang teramat teruk sekali. Patutnya hari Isnin pertama dalam setiap minggu adalah hari permulaan yang sangat baik untuk memulai semula perjalanan kehidupan untuk seminggu lagi setelah bercuti di hujung minggu sebelumnya.

Kalau yang bercuti hujung minggu selama 2 hari Sabtu dan Ahad, ada banyak masa untuk merehatkan badan dan minda sebelum memulakan kerja pada minggu yang berikutnya. Hujung minggu masa untuk berehat bersantai bersama family dan rakan2.

Hujung minggu aku sekarang ni sentiasa penuh dengan aktiviti keluarga sendiri atau untuk diri sendiri. Dari hujung minggu yang Cik Amy  eksiden hinggalah ke hujung minggu semalam semuanya full dengan macam2 agenda. 

Segala kerja rumah yang tertangguh seminggu dari Isnin hingga Sabtu sebolehnya nak dibereskan hanya dalam 1 hari sahaja di hari Ahad. Membasuh, mengemas, memasak menu2 yang menjadi permintaan anak2 yang lama tertangguh, tempahan kek untuk tambah2 rezeki dapur dan tambah poket sendiri. Belum lagi nak kira buat spa untuk muka dan badan. Nak ke sana ke mari uruskan hal2 dunia akhirat semuanya nak buat dalam masa 1 hari!. Hebatkan wanita ni! Nampak sahaja wanita ini lemah tapi Allah jadikan wanita itu sangat kuat pada kedua2 belah bahunya untuk memikul macam2 tanggungjawab (walau pun bahu dah rasa senget dan sakit). Sangat kuat tangannya untuk melaksanakan amanah dan sangat kental hatinya untuk menelan apa sahaja masalah yang mendatang.

Tapi hari ini aku sangat penat dan lelah. Cuaca panas di luar buat aku rasa tambah letih. Aircond pun rasa macam malas je nak sejuk. Tidur malam tadi sangat pulas. Sedar2 dua2 belah tangan jadi kebas. Kaki sakit2 sebab lama berdiri di dapur siangnya. Jari2 seakan kejang dan keras. Ohhh!...saraf2 aku seperti sudah tidak mampu untuk bekerja. Sudah tidak mampu untuk menanggung beban selama hampir separuh abad ini. 

Oh!...aku perlukan bibik sekarang!




io lah tu...

Adios.

Saturday, February 22, 2014

HIKMAH YANG TERSEMBUNYI...

Assalammualikum wbt.

Syukur ke hadrat Allah swt atas limpah kurnianya pada aku sehingga kehari ini.

Sesuatu yang tak terjangkakan tiba2 berlaku. Bagai bulan jatuh ke riba. Orang mengantuk disorongkan bantal. Aku terima dengan ucapan rasa syukur yang tak terhingga dengan limpah kurnia ini. Bertahun rasanya aku tunggu saat itu akhirnya Allah mengabulkan doa2 aku insanNya yang kerdil dan kecil ini. Bergenang airmata tanda syukur bila tiba perkhabaran itu.

Nanti lah aku sharekan sedikit demi sedikit apa yang tersangatlah nikmatnya itu. Cuma tak tau nak mula dari mana. Takut nanti disalahertikan tapi yang penting adalah keikhlasan. Pelan2 kita atur cerita dan bicara sampai masa akan ketahuan juga.

8hb Feb lalu birthday kak cik anak dara aku the one and only. Ingat nak buat special cake untuk dia tapi tak kesampaian dek masa yang terlalu menggoda dan menduga. Sempat buat pulut kuning sahaja bila tiba2 ada berita yang tak terduga. Ada musibah yang menimpa, malang yang tak berbau.

 Boleh lihat di sini





Kadang2 musibah yang datang buatkan kita lagi kuat. Terima dengan positif dan tenang. Alhamdulillah adik beradik aku walaupun ramai perempuan tapi gandingan kami membolehkan semuanya berjalan lancar. Semua boleh diharap dan bekerjasama.

Along called aku tengahari itu dan bagi tau Amy kemalangan di Guthrie Highway. Amy adik aku no. 7 dan satu2nya yang masih bujang. Sebab aku yang paling hampir dengan tempat kejadian, aku dan hubby kena uruskan motor Amy yang rosak teruk tersadai di Plaza Toll Lagong, Elmina.

Setelah selesai semuanya aku bergegas ke Hosp. Sg Buloh tengok keadaan Amy pula. Semua adik beradik berkumpul accept Idah yang berkursus dan Alang di Ipoh. Sekecil Maisarah ni pun dok datang menyibuk coz nobody to take care of her kat rumah. Jadi macam kes yang serius bila dah ramai2 tu.

Teruk juga keadaan Amy. Patah tulang kaki. Bukan patah tebu lagi, patah bertebu2. Tulang rusuk patah satu. Muka bengkak sebelah kiri dan sebelah bahu hingga ke lengan habis tersayat dek batu jalan. Mukanya bengkak buatkan aku tak perasankan Amy yang terlantar. Nasib baik nampak janggut sejemputnya yang buatkan aku kenal Amy...hahaha..kelakar pulak rasa masa tu.

Mak mula menangis waktu tengok Amy di bilik kecemasan. Ah!..udah..silap2 kang doktor suruh keluar. Aku pegang bahu mak. "mak, jangan nangis mak...nanti doktor tak bagi mak masuk sini" sedikit ugutan kecil untuk menyedarkan mak yang tersangat emo masa tu.

Seorang demi seorang bergilir2 masuk melihat Amy di bilik kuning ruang kecemasan itu. Walau pun Amy mengingati setiap orang yang datang tapi dia masih blur..masih tak ingat yang yang terjadi. Otaknya masih bercelaru, bingung dan keliru dengan apa yang berlaku. Yang dia ingat..."moto Amy kat mana, moto Amy rosak ke, hantar moto Amy balik kampung". Pertanyaan berulang2...."Amy kat mana ni, kaki Amy patah ke? hari ni hari apa?". Adoi...!! teruk jugak ya orang yang trauma macam ni.

Setelah beberapa jam berada di wad kecemasan kaki Amy disimen dan dibenarkan keluar hampir jam 8.00 malam. Beberapa hari di kampung Mak, Along dan adik2 yang lain menguruskan rawatan untuk Amy.

Sebab tak nak tunggu lama2 dengan appointment dari hospital kami adik beradik sepakat hantar Amy menjalani rawatan di KPJ Shah Alam sementelah ada insurance cover untuk Amy dari pihak majikannya. Kini giliran aku dan family pula menjadi 'tuan tanah' untuk pantau Amy di KPJ yang berhampiran dengan rumah. 

Dah namanya hospital swasta lah kan..semuanya pantas dan dengan kadar segera. Hari ni admitted esok dah buat operation memasukkan besi di kakinya yang patah. Mak bertunggu tangga menjaga Amy di hospital bergilir2 dengan Ayoi dan Faiz bila tiba waktu malam. 

Alhamdulillah Allah berikan kesihatan yang baik untuk mak menjaga Amy. Tak ada siapa yang suruh memang mak nak temankan Amy sendiri di hospital. Mungkin sebab Amy masih bujang, sebab Amy anak yang pendiam dan tak banyak merungut ikut je apa apa yang terbaik buat dia tanpa merungut buatkan mak tak sampai hati nak biarkan dia sorang2 terlantar. 


Tanda kenangan cerita cik Amy di blog ini. Semuga cepat sembuh. Ujian Allah itu ada rahsia yang besar di sebaliknya. Allah akan meningkatkan darjah keimanan untuk orang2 yang sabar. Sabar cik Amy ye...rehat2 kat kampung sambil teman2kan mak dan Sarah.


tiba di KPJ Shah Alam setelah buat rawatan susulan di Hosp. Sg. Buloh.









antara doa, harapan dan kenangan.




Faiz dan Sharmine anak2 sedara yang sama besar dengan cik Amy. Dalam wad yang sangat selesa...The Suites you!




yang tudung biru bukan anak sedara bro!..yang tu kak Long kita. Orang kuat family...(sambil sinsing lengan).





Siti Adni Maisarah si comel yang datang sebagai penguat semangat untuk cik Amy. 
Yo!..bro!... hok aloh mu! (sambil lambai tangan)




Sekian. Cerita yang diupdate untuk entry sebulan sekali. Tunggu cerita lain bulan depan pula gamaknya.

Lepas ni kita pasti makan pulut kuning lagi. Mak pasti buat dengan kari telur..hihihihi...

Selamat bersantai di hujung minggu.