Wednesday, August 20, 2014

TERJEBAK RINDU 200%


Assalammualaikum. Salam manis.

Rindu kat blog ni more than 200%. Hari ni kena 'gatalkan' tangan jugak untuk menulis. Rindu menggebu2...hihihi..



Rindu Awak 200%. Tak payah lah aku nak mengreview lagi drama tu kat sini sebab sekarang ni dah lebih dari viral pasal drama tu kat mana2 especially kat laman2 sosial. Sudah tentu penggemarnya dari kaum Hawa. Tapi satu berita yang aku baca kaum Adam juga turut terjebak!. Contoh terdekat..my hubby you!..itu yang nak tergelak tu sebab kalau pasal novel, drama2 ni dia selalu kutuk aku. Malas dah nak beli novel semenjak 23 tahun yang lalu bila hubby dengan senang2 'belasah' aku kalau tengok aku beli lagi novel.  Itu lah..hukum karma kan? Sila lah percaya. Nanti itu aku cerita kalau ada waktu dan terasa nak share di sini.


(ehsan google)




Awesome actor, handsome guy, senyum senget yang manis buat orang cair. Memang terbaiklah! Lakonan santai bersahaja lakonan dari hati dan macam2 lagi lah pujian yang diberi pada pelakon ini.  Walaupun heroinnya cantik dan comel tapi heronya tetap menjadi pujaan kan?




Mula macam tak mau terjebaklah dengan slot Akasia ni sebab tak mau hari2 petang aku asyik melonggo depan tv, lagi pun dengar tajuknya macam cerita budak2 je..tapi nak kata cammana bila heronya Zul Ariffin! I tewas you!

Balik Melaka raya ari tu terjerat pula dengan novelnya yang aku terjumpa di bilik anak sedara hubby. Curi2 masa senggang aku berselang seli masa beraya selama 3 hari di Melaka mengkhatamkan novel yang tebal ini. Hubby jeling2 juga aku kat sebelah bila co-pilot ni tak ada connection dengan dia masa dia drive. Perhatian lebih tertumpu di kertas putih menyingkap seribu cerita sampaikan terlepas simpang Parit Jawa. 'Peluru berpandu' itu aku tangkis dengan senyum semanis senyum Zill Faezrul...hihihi.



Rasanya kalau masuk Anugerah ABPH 2014 ni ada harapanlah Zul ni nak menang mengalahkan Zen (KTAR). Aura Aaron Aziz dah berkurangan dan ini lah masa yang tepat untuk Zul Ariffin menggantikan tempat itu. Sejak drama Gerak Khas dan Nora Elena lagi aku dah suka tengok lakonan dia. Dalam hati berkata...tak ada ke pengarah yang nampak bakat dia sebagai hero? Tapi itulah rezekikan...tiba pada masa yang ditetapkan oleh Allah. Ini perancanganNya. 

Pada yang terlepas atau baru2 nak terjebak dengan cerita yang dah nak habis ni bolehlah klik di sini RA200% untuk menonton.

Sebab Rindu 200% tu lah keluar lagi macam2 drama yang dibintangi oleh Zul ini yang telah disiarkan dan menjadi bualan. Terbaru...(aku baru tahu) drama di TV Al Hijrah - Walau Sedetik Cuma (WSC) yang sangat2 mengesankan dan meruntun perasaan. Bengkak2 mata menangis!..biasalah aku kan.. tapi memang terbaiklah lakonan dia.



 Klik di sini WSC untuk menonton online. Untuk yang sensitif macam aku ni sila sediakan tisu yer..jangan tisu basah. Nanti tambah lencun.

"Bila hati kita miskin cinta dan rindu pada Allah, kita akan dijajah oleh cinta dan rindu pada yang lain"  WSC.

Adios.









No comments:

Post a Comment