Friday, July 11, 2014

TOMORROW WILL BE FREE...

Assalammualaikum dan salam Jumaat yang barokah.

Masih belum punya keinginan yang  tinggi untuk meng -update blog. Hanya sekadar sapaan lembut supaya blog tidak terus sejuk dan beku.

Selamat berpuasa untuk semua yang singgah di sini. Semoga Ramadan kali ini lebih diberkati dan dilimpahi kebahagiaan untuk semua.

Ada yang menangisi kekalahan Brazil baru2 ini? Rasanya orang2 di Malaysia tak lah sampai macam tu kan. Aku pun bukanlah peminat tegar Piala Dunia ni cuma jeling2 cam tu je bila kebetulan siaran langsung tu dah depan mata. Cuma sedikit bangga bila suatu masa dulu pernah berkongsi nama dengan bintang bolasepak Itali ini...Poalo Rossi...hihihi...

Cuma airmata tetap tumpah, sedih, hiba bila bulan Ramadan yang mulia ini tercemar dengan tragedi di bumi Gaza. Saudara2 kita di sana masih lagi bertemankan percikan2 bom dan bermandikan darah dalam menegakkan Islam dan mempertahankan bumi anbia yang agung itu. 




Mereka bukan anak2 kita tetapi aku selalu meletakkan mereka di situasi sebagai anak2 aku. Hancur luluh hati melihat tubuh2 kecil bergelimpangan tanpa dosa. Jannah lah tempat2 anak ini.






Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi dengan cubaan2 seperti ini. 





Tiba2 hilang kata2 melihat tragedi ini. Hanya mampu berdoa untuk mereka dari kejauhan. Semoga sentiasa dirahmati Allah dan diberi kemenangan saudara2 kita di sana.


#pray4Gaza

tidak ada seinci tanah di bumi ini untuk Israel. 


No comments:

Post a Comment