Friday, October 18, 2013

MAAF YANG TAK TERUCAP..

Assalammualaikum.




Hanya Tuhan yang tahu. Sesungguhnya tiadalah mati itu dapat ditangguh atau dicepatkan walaupun sesaat.

Kadang kala firasat hati itu ada benarnya. Cuma kita yang tidak mahu mengiyakan atau menerima kenyataan.

Rasanya baru semalam. Memang baru sangat aku menziarahi Mak Andak Senah ini yang terlantar sakit. Selepas sembahyang Hari raya Aidil Adha 3 hari lalu aku mengajak mak ke Kg Kuantan.  Dia terlantar sakit tua di rumah anaknya setelah aku tidak bertemu ketika menziarahinya di hospital sehari sebelum Aidil Adha yang lalu. Kami tiba di hospital ketika dia telah dibenarkan balik ke rumah. Yang ada hanya katil kosong. Nasib aku lah tidak dapat menemuinya kerana mak telah mengajak aku ke hospital semenjak hari Ahad lagi tapi dek kerana penangan Salman Khan dan Katrina Kaif aku masih berteleku di hadapan television. Dalam hati tetap berdoa moga aku diberi kesempatan untuk bertemunya. 

Setiap kali mengingatkan Mak Andak aku pasti teringatkan cerita sayu pilu ini. Mungkin tak ramai yang tahu tapi aku pernah bercerita pada mak kisah ini. Mungkin pada mak atau sesiapa yang pernah mendengar dari mulut aku menganggapnya cuma cerita biasa tapi tidak pada aku.

Mak Andak adalah sepupu pada Mak sebelah Wan. Mak kepada Mak Andak adalah kakak Wan. Mak saudara sepupu pada aku. Orangnya pendiam. Sangat2 pendiam. Semasa remaja aku memang tak ambil tahu sangat latarbelakang keluarganya cuma yang aku tahu dia ada 3 orang anak lelaki. Sahak, Mail dan anak kesayangan Usop. Mungkin sebab anak2nya lelaki jadi hubungan aku dan anak2nya agak terbatas. Siapa nama suami dan asalnya juga tidak aku pedulikan.

Hubungan aku dan Mak Andak seperti saudara mara yang lain. Ada ketika aku berkunjung ke rumahnya bersama2 keluarga atau dia bermalam di rumah mak jika ada kenduri kendara.

Ketika majlis perkahwinan Along hampir 30 tahun yang lalu kisah ini terjadi. Setelah selesai kenduri sudah menjadi adat tuan rumah untuk memberi nasi berkat pada sanak saudara yang hadir. Aku antara yang tersibuk mengagih-agihkan nasi berkat. Sebab ramainya saudara-mara yang hadir nasi yang sudah disediakan telah habis dan terpaksa untuk membungkus yang baru. 

Ketika aku ke dapur aku lihat Mak Andak berseorangan duduk di tepi periuk yang besar sedang mengaut nasi dan dimasukkan ke dalam plastik. Aku lihat nasi di dalam periuk hampir habis dan yang tinggal hanyalah kerak yang semakin mengeras. Tanpa berlengah lagi aku meminta dari Mak Andak nasi yang telah siap di dalam plastik untuk diberikan kepada saudara mara yang lain. Mungkin sebab aku tuan rumah Mak Andak terus memberi pada aku tanpa berkata apa-apa. Ketika aku sedang mengikat nasi dan lauk pauk yang lain Mak Andak terus mengaut sisa-sisa nasi dicelah2 kerak yang telah keras. Menguis-guis mencari sisa-sisa nasi yang lembut yang masih ada dan meletakkan di dalam bungkusan plastik yang baru. Selesai aku membungkus dan ketika ingin berlalu pergi aku pun berkata pada Mak Andak.

"tak payah bungkus lagi Mak Andak, dah cukup dah. Semua orang dah dapat lagi pun nasi tu dah tinggal kerak" sambil kaki aku mula nak melangkah pergi.

Tapi apa jawapan yang Mak Andak  yang membuatkan aku terpempan dan rasa nak terduduk!

"tak apa lah..ini untuk Usop.." jawabnya perlahan sambil tangan terus menguis-guis mencari nasi yang lembut dicelah2 kerak yang keras. Wajah sayunya benar-benar meruntun hati aku.

Dum!

Jawapannya menghentak rasa sesal di kepala aku. Memukul hati dengan penuh rasa sayu, bagai tersayat2. Rasa airmata aku bagai nak mengalir. Ada rasa menyesal yang amat sangat. Kiranya nasi yang ditangan aku yang aku minta dari Mak Andak tadi adalah untuk bekalan anaknya Usop. Aku telah merampas nasi yang terakhir untuk anaknya itu untuk aku berikan kepada orang lain. Ya Allah...hati aku diburu perasaan bersalah yang teramat sangat!

Betapa kasihnya seorang ibu pada anaknya tapi tak mampu untuk aku tafsirkan kerana kekhilafan dan menjadi buta dek keegoan aku yang bergelar tuan rumah. Kenapa tak terfikir dibenak aku untuk bertanya untuk siapa bekalan nasi yang dibuat olehnya itu?

Aku terus berlalu bila aku lihat sudah hampir separuh dari nasi diisi di dalam plastik walau pun tidak sepenuh yang mula2 tadi.

Semenjak kejadian itu setiap kali aku teringatkan Mak Andak atau bercerita tentangnya, kisah ini seakan menjadi duri di hati aku. Setiap kali itu juga hati aku menangis. Aku tidak tahu apa perasaan Mak Andak terhadap tindakan aku itu tapi aku memang rasa tersangat bersalah. Setiap kali hari raya atau ada peluang untuk menziarahinya aku sedaya upaya akan cuba untuk pergi bertemunya. Seakan untuk menebus kembali kesalahan lalu.

Ketika melawat Mak Andak 3 hari yang lalu dia terbaring di atas katil besi bujang berwarna merah hati. Entah kenapa katil besi merah hati ini buatkan hati aku terdetik lagi setelah beberapa kejadian yang lalu berlaku. Katil besi ini seakan memberi petanda buruk pada aku. Ahh...semua itu kebetulan. Hati seakan berkata ya..tapi akal berkata tidak.

Mak paling terkejut melihat Mak Andak nampak semakin sihat dan wajah juga nampak ceria dan bercahaya jika dibandingkan semasa mak melawatnya di hospital beberapa hari yang lalu. Mak tak putus-putus mengulangi rasa terkejutnya. Bisiknya kepada aku, semasa di hospital keadaan Mak Andak sudah seperti orang yang sangat tenat tapi di hadapannya kini Mak Andak sudah boleh minum dan berkata-kata walau pun dalam keadaan berbaring. Sekali lagi hati aku berkata ya..tapi akal berkata tidak.

Petang semalam khabar duka itu akhirnya tiba jua. Memang aku tidak menjangkakan secepat itu. Mak Andak telah dijemput Sang Penciptanya. Sempat aku mencium dahi dan pipinya 3 hari yang lalu sebagai menebus kekhilafan aku walau tak mampu aku ucapkan. Hilangnya di mata tapi kesannya masih berbekas di hati.

Al fatihah.












Thursday, October 10, 2013

SETELAH KAU TIADA...


Salam manis.

Setiap pagi radio adalah teman setia dalam perjalanan ke ofis. Pagi ini aku mendengar lagi lagu ini. Telinga terus menangkap capture "terlambat ku sadari kau teramat berarti....kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada..." terus melekat di hati. Eh!..lagu siapa nih? Sedapnya lirik dia. Lagi sedap suara penyanyinya. Serak2 dan gemersik di hujung nafas. Mesti penyanyi baru ni.

Bila tanya2 kat Pak cik Google baru lah dapat jawapannya. Hmmm...penyanyi baru dari Tanah Seberang. Nama unik. Suara gemersik. Lain dari yang sedia ada. Itu yang membuat dia terus meletup di sana.

Nama iras2 hero Bollywood. Kedengaran agak pelik bila orangnya berasal dari Bandung langsung tiada kaitan dengan Shah Rukh Khan.

Cakra Khan..sedang membina nama besar di Indonesia. Bila nak datang ke sini? Tegar dah sampai dah atau mungkin aku yang tak tau dia pernah hadir di sini. Sibuk tak menentu.

Sebagai penyeri di enrty ini aku letak video ini untuk hiburan semata. Sedap lagu, sedap suara, menyentuh liriknya. Bila lah akan muncul penyanyi seperti ini di sini?






tak sempat ku mengerti
kau tunjukkan arah
saat ku tersesat
beri cahaya 
saat ku sendiri 
dalam gelap
namun waktu tak pernah rela
menunggu
dan akhirnya kau pun pergi
terlambat ku sadari
kau teramat berarti
terlambat tuk kembali 
dan tuk menanti
kesempatan kedua yang tak kan 
mungkin pernah ada...
baru ku teringat
kau hembuskan angin
saat ku bernafas
siramkan air
saat aku dalam kekeringan
namun tak pernah ku hiraukan semuanya
hingga kini pun kau tiada...
terlambat ku sadari
kau teramat berarti
terlambat tuk kembali 
dan tuk menanti
kesempatan kedua yang tak
kan mungkin pernah ada...
biarkan ku hidup
dalam penyesalan ini
sampai nanti kau akan kembali...