Wednesday, May 29, 2013

SURAT DARI SETAN UNTUK MU.



(Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)

(Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya, 


tapi aku harus forwardnya kerna catatan kecil dibawahnya)

SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum 


memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha 

sebelum berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak


merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap


memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-


rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah 


menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam 

hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,


munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, 

menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku


memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda 


bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong,


berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas


dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap


melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat 


ini dengan sesiapapun.


Sumber : zila4ever

Tuesday, May 21, 2013

Noktah yang dinanti..



Salam bahagia.


Semalam aku sempat melawat rakan sekerja yang terlantar tenat di Hospital Selayang. Walau pun tidak berapa rapat, lebih tepat tidak berapa kenal sebab dia bertugas di HQ tetapi pernah berjumpa sekali dua semasa aku ada tugasan di sana suatu ketika dahulu.

Dari sumber yang aku dengar dia mengidap kanser payudara beberapa tahun yang lalu. Walaupun telah menjalani rawatan dan keadaannya bertambah tenat kebelakangan ini bila virus itu telah merebak kebeberapa bahagian anggota badan yang lain.

Dalam kesibukan waktu aku, ninie dan pn. shila meredah Guhtrie Highway yang agak lengang dan laju menuju ke Hosp. Selayang. Kami tiba sebelum waktu melawat. Nasib baik ada seorang hamba Allah yang menunjukkan jalan 'rahsia' untuk sampai ke wad 4C tanpa melalui guard yang bertugas.

Melingas mencari katil bernombor 24 hati tiba2 berdetap bila katil yang dijumpai kosong dan telah dikemas rapi. Seorang perempuan Cina menunjukkan bilik dihadapan dan memberitahu beliau telah dipindahkan ke bilik yang hanya menempatkan  untuk seorang pesakit sahaja.

Melangkah masuk aku lihat ramai ahli keluarga yang berada di bilik menemani rakan ini. Anak2nya kelihatan letih dan tertidur di sofa. Suaminya aku lihat hanya berdiri di hujung katil. Hanya sang ibu yang setia menemani dan membelai badan rakan ini sambil memandang kosong kepada kami.

Dia kelihatannya sedang tidur dengan pulas sekali dengan kepala yang terlentuk sedikit tanpa ada sebarang tindak balas bila aku dan pn shila memegang tangan dan berbisik di telinga. Tarikan nafasnya yang semakin lemah dan payah mengingatkan aku pada pesanan CT Fatimah yang mengkhabarkan beliau dalam keadaan tenat. Satu...satu...nafas itu bertaut. Terlalu payah, terlalu lelah. Airmata aku mula bergenang.

Walaupun tidak mengenali secara rapat dengannya tetapi sebagai seorang perempuan, sebagai seorang isteri aku dapat merasakan apa yang ditanggungnya selama ini. Dugaan Allah atas penyakit yang dihidapi dan dugaan dalam kehidupannya sendiri bersama suami dan anak2 mengundang rasa simpati di hati.

Aku mengusap2 lembut tangan rakan yang pasti sudah tidak lagi  mendengar dan mengenali sesiapa pun di sekelilingnya ketika ini. Drip yang dipasang di tangan sudah tidak mampu lagi untuk diterima oleh tubuh. Cairan itu mengalir keluar membasahi baju. Seorang jururawat terpaksa mencari bahagian tubuh yang lain untuk memasukkan drip yang baru. 

Aku hanya mampu untuk menenang dan menyabarkan ibunya di atas segala apa yang dihadapi dihadapannya kini. Airmata si ibu mula mengalir bila menceritakan kebaikan dan penderitaan si anak. Si ibu sempat membisikkan.."doktor kata dah tak boleh buat apa2. Semalam kawan baik dia datang dari kampung dan itulah kali terakhir dia membuka mata dan meminta maaf kepada semua. Makcik ingat makcik yang akan pergi dulu..." Si ibu teresak2.  Airmata aku mengalir laju.

Malam tadi aku menerima sms dari ninie mengkhabarkan dia telah dijemput Tuhan jam 7.10 malam. Innalillahhi wainna illahirajiun...kepada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.

 Tiada lagi kesakitan yang ditanggung dan tiada lagi penderitaan hati dan jiwa yang telah kosong. Mungkin ini lah jawapan yang dicari selama ini. Mungkin kita menangisi pemergiannya tetapi mungkin dia juga sangat rindukan kematian ini yang dapat menamatkan segala penderitaan. Untuk sahabat ini Hasanah bt Nazri, semuga tenang dan damai di sisiNya.  Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. 

Al Fatihah...










Friday, May 17, 2013

BULAN PENUH SELAMAT

Assalammualaikum

Dah pertengahan bulan May kini. Bulan yang penuh acara 'Selamat'. 

Bermula 1 May untuk pekerja2. Selamat hari Pekerja (Labour Day). Selamat sudah cuti segala. Cuti kerja tapi tak cuti dari kerja rumah.

5 May 2013. Selamat mengundi. Pun sudah selamat semuanya dan dah tertubuh kerajaan yang baru.



nak mengundi pun melaram sakan kau Ramlah!


tengah Q pun sempat posing lagi tu. Kalau boleh masa orang dok calit dakwat kat jari pun aku nak snap gambar.


12 May. Selamat hari Ibu. Wow! ini yang best ni. Tak dapat apa2 hadiah pun hanya kad ucapan dari anak2. Selalunya anak2 sekolah yang lebih excited sebab guru2 sendiri yang macam ingatkan mereka tentang Hari Ibu. Macam kad kat bawah ni. 


From Anas. Masa nak bagi kad ni siap bagi isyarat suruh aku tutup mata. Ingatkan dia nak main2 dengan aku. Tak teringat langsung! Bila buka mata..baaa.. cak! Wah! cantiknya kad. Kad apa ni?

uhuk!  most beautiful sangat lah!..





walau pun kad ni sponsor dr sekolah tapi aku tetap appreciated sebab Anas yang colour dan tulis sendiri.
Pinterrr kamu!







tersembunyi perkataan I love U bawah kad. So sweet..



pandai Anas bagi aku kad ni as a gift. Pandai lagi orang yang sponsor kad ni kan? To the most beautiful mama...ialah tu.

Terus membawa ke 16 May Hari Guru. Siapa nama2 guru yang tak ada langsung dalam minda korang? At least satu nama guru mesti ada dalam ingatan kan? Rindunya masa2 sekolah dulu walaupun masa sekolah tu aku rasa kenapalah lamanya zaman sekolah ni. Teringat kata2 cikgu Salbiah..sekarang Datin Salbiah..."bila awak dah tinggalkan zaman persekolahan nanti awak akan merasa betapa manisnya waktu itu dan merinduinya.." (lebih kurang cam tu lah) alahai..memang betullah cikgu. Bila ingatkan zaman persekolahan macam2 rasa yang ada. Sebak, sayu, terharu.

Sek Keb Sg. Pelong, Paya Jaras - mula aku darjah 1 hingga 2. Haru biru cikgu bila aku lari dari sekolah. Hahaha...tapi setakat sampai kat padang sekolah je. Lepas tu masuk kelas balik sambil menangis2..huhuhu.. sorry..tak ingat langsung nama2 cikgu kat sini.

Sek Keb Batu 5, Jalan Ipoh, KL - kat sini darjah 3 sampai darjah 4. Nama yang aku ingat ialah Cikgu Ibrahim. Anaknya sebaya aku Rohaya kalau tak silap. Ingat nama cikgu ni sebab dia hantar aku balik ke FRIM, Kepong sebab tangan aku terseliuh terjatuh masa main kondang kondi. (korang tak main lagi kan?)

Sek Keb Ulu Yam Bharu - darjah 5 hingga 6. Banyak pengalaman pahit manis kat sini. Orang KL masuk sekolah kampung. Macam2 cerita terjadi.Cikgu Salleh, Cikgu Mokhtar, Cikgu Ghaffar, Cikgu Bakri dan Cikgu Ibrahim. Last but not least..Cikgu Ramlah Rasul. Lembut cikgu ni sampaikan naik basikal pegi sekolah pun aku nampak kelembutan dalam kayuhannya. Hebatkan!

Sek Men Keb Kuala Kubu Bharu - 7 tahun di sini. Bukan sebab 'repeat' ye..form 1 - form 6. Dari junior hingus2an sampai jadi anak dara..pheewittt!!
Sek Men Keb yang banyak mengajar aku jadi dewasa. Sampai lepas sekolah SMK masih dalam igauan aku. Terlalu sukar membuang ingatan di sini. Terlalu banyak kenangan yang manis dan pahit. 

Form 1-3 dengan cikgu Ng dan Navina yang sangat garang. Tambah lagi cikgu Netto. Semuanya nakkan anak murid jadi manusia. Tersentuh dengan kemerduan suara Cikgu Bakar berdendang sayang. 
 Terubat luka dengan senyuman cikgu Norizah. Belaian manja seorang ibu Cikgu Salbiah. Cikgu Hasnah banyak curah ilmu menjadikan aku seorang perempuan di kelas ERT.

Meningkat remaja form 4 - 5 dengan bimbingan Cikgu Syed, Cikgu Mokhtar, Cikgu Manap, Cikgu Al-Shaari,Cikgu Zainuddin (awat lelaki semua?) nama ni sahaja yang sedang terlintas difikiran sekarang. Membimbing kami semua mencapai kejayaan hingga ke Tingkatan 6.

Bersama Cikgu Zainal (Mataram). Siapa form 6 yang tak kenal Cikgu Zainal sewaktu sezaman dengannya? Masa form 5 selalu teringin untuk berada di kelas Cikgu Zainal bila dengar kisah2 dari abang2 dan kakak2 form 6 tentang kehebatan kelasnya. Cikgu Zainal sebenarnya menjadi 'pembuka' kepada fikiran aku untuk lebih bersedia menghadapi alam dewasa dan menjadikan aku seorang yang semakin matang dalam setiap apa yang dilakukan.

Kini dalam keluarga aku juga ada yang mewarisi karier yang disanjung ini. Selamat Hari Guru untuk adik2 ku Hanidah, Siti Amiza dan my niece yg kat Bintulu Shasha Syahirah.

Untuk semua guru2 yang pernah mencurahkan ilmu kepada aku dan seluruh anak bangsa - semuga dirimu sentiasa diberkati dan bahagia dunia akhirat. Dirimu seorang pemberi yang sangat mulia.

Minggu depan dah cuti sekolah. Means...Selamat Pengantin Baru lah pulak. Undangan dah berderet. Ada yang dapat pergi ada yang tidak.

Aku pun sibuk juga memeriahkan debaran pengantin2 ni. Dah siapkan tempahan hantaran dan dah selamat tiba di Kuantan.






tema - pink dan peach.




nak sireh junjung yang simple bangat!.




tafsir Quran.




kasut Polo yang simple.




seharum kasihnya.



tokeh Herbalife ni. Confirm sihat sepanjang zaman.



kempiskan perut kembungkan poket. Bijak!




bakal diisi dengan kek, buah dan coklat.


 Selamat Pengantin baru Zuhainiza & Aizuddin on Ahad 26 May 2013. Moga bahagia ke hujung nyawa.

Selamat berhujung minggu. Selamat semuanya.

Adios.










Wednesday, May 8, 2013

MELAYU...jangan sampai layu..

Assalammualaikum.

Sesal dan sedih sebenarnya melihat kepada keputusan PRU 13 yang lalu. Bukan sedih sebab BN menang atau sedih sebab BN Selangor kalah tapi lebih sedih melihat bangsa sendiri yang semakin hanyut (maaf kalau sedikit kasar) semakin tak sedar akan kerapuhan perpaduan sesama Islam dan sesama bangsa Melayu. Cuba buka mata seluas2nya. Mata hati! Cuba lihat berapa peningkatan kerusi pembangkang (DAP) dibandingkan dengan PRU 12 lalu. Masih tak nampak ke? Masih tak mahu percaya atau buat2 tak percaya?

Aku tahu suara aku sangat kecil dan tak mampu didengari oleh semua. Namun apa yang mampu aku tuliskan hanyalah satu peringatan dari generasi dahulu yang telah lama nampak 'permainan' dan sandiwara oleh orang2 yang ingin merobek tanah kita.


Untuk bangsaku yang merasakan dirinya seorang Melayu. 

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Aceh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah Mualaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
sedang orang mencapai timba

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun telah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka "

Sajak oleh : Usman Awang






TAK MELAYU HILANG DI DUNIA.




Anak Melayu
namamu telah diseru
Jawablah
sebelum lidahmu menjadi bisu!






Friday, May 3, 2013

YANG MANA SATU?

Assalammualaikum.

Salam Jumaat yang dirahmati. Baru dapat menulis lagi. Sibuk macam2 hal tapi tak dapat dikongsikan segala di sini.
Bukan sibuk berkempen untuk mengundi tapi biasa lah sibuk semedang dengan hal2 keluarga dan kerja.

Hujung minggu ni satu tarikh keramat yang ditunggu2 oleh semua warganegara yang layak. Hari mengundi untuk PRU 13. 5  May 2013 atau 5/5/13.

Dah tau nak undi parti mana? Bermacam2 warnakan?  Sampai saat ini kalau anda seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab tentu dah ada pilihan nak pangkah yang mana. Yang atas pagar ni selalunya susah sikit nak decide yang mana satu. Tengok parti tu ok, tengok parti yang ni pun ok, sama je. Kalau macam tu lebih baik buat solat istikharah. Bukan untuk cari jodoh sahaja ye. Ini untuk satu pilihan yang paling bijak yang menentukan masa depan kita. Masa depan bangsa, agama dan negara.

Merata2 tempat 'meriah' dengan poster macam2 parti. Macam satu perayaan pulak. Perayaan 5 tahun sekali. Memang best, meriah!

Ceramah, kempen? Maaflah..aku tak de masa nak dengar ceramah2 tu. Lebih banyak masa 'berceramah' dengan anak2 yang semakin leka dengan tab samsung yang baru. Adoi!!!...anak2...



Sedikit gambar sebagai memeriahkan blog dan tanda kenangan blog aku berada di zaman PRU 13.



Tetap bersemangat walau dibom, dibakar dan dibuang gambar2 pemimpin parti. 







Parlimen Shah Alam - Huh!..kerusi Parlimen paling 'panas' di Selangor. Penuh kontroversi!  Aku salah seorang pengundi untuk Parlimen ini (P108).








Masih boleh bertahan untuk 5 tahun lagi? Tunggu 5 May nanti.




DUN Batang Kali - kampong aku ni. Maaflah aku tak mengundi kat sini sebab orang2 Shah Alam ramai pengundi luar. Bila mengundi balik kampong masing2. So Shah Alam jadi tempat aku mencari rezeki patut aku mengundi kat situ. Susah senang, jatuh bangun kat situ (cewah!).  Penggal lepas BN, penggal ni ontah lah..tapi tengok belon tak naik2 pun...hihihi...sebenarnya anak2 yang teruja suruh aku tangkap gambar ni sebab belon ni betul2 'mendarat' depan mata masa gi shopping kat Liga Emas.


Fikir2 dan pangkah2lah yang terbaik!


You are the best!